okei adik-adik sekalian. mari mari mari. yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat. eceh. okei adik-adik, sebelum ni aku ada cerita sedikit sebanyak tentang beberapa laluan yang korang boleh pergi lepas SPM dan aku juga ada bagitahu yang aku nak bagi beberapa tips yang boleh korang pakai sekiranya korang konpius nak ambil kos apa bila korang nak pilih U nanti based on korang punya subject lah. tapi sebelum tu hari ni kakak yang berhati baik dan budiman ingin bagi tahu bahawa penulisan ini khusus untuk korang yang pilih STPM sebagai landasan korang untuk terus kedepan. sebab aku dulu ambil STPM, jadi aku lebih expert pasal STPM berbanding dengan bidang-bidang lain.
tadi ada seorang pakcik yang amat mengasihi anaknya telah bertanya kepada aku,
tadi ada seorang pakcik yang amat mengasihi anaknya telah bertanya kepada aku,
"anak saya dapat masuk tingkatan enam. dia tulis dalam surat tu kemanusiaan. bagus ke kalau dia ambil?"
" eh! eh! dah tentulah bagus pakcik"
"macam mana nak tahu matapelajaran yang dia pilih tu nanti boleh bagi dia masuk U ya?"
ya. soalan ni la yang selalu orang lontarkan.
"kalau aku ambil subjek itu, subjek ini nanti nak masuk U aku boleh apply kos apa ek? boleh ke?
okei. benda pertama sekali yang korang kena tahu adalah apa cita-cita korang. bila korang ada cita-cita maka senanglah korang nak rancang masa depan korang. sekarang ni cita-cita korang based on kelayakan STPM yang bakal korang ambil nanti. persetankan tentang result SPM korang yang dah lepas tu. apa cita-cita korang? doktor? lawyer? majestret?
Okei. Bila korang dah ada cita-cita, adalah amat perlu untuk korang merajinkan diri korang and search kos yang boleh korang amik bagi membolehkan korang dapat apa yang korang cita-citakan kat mana-mana U yang wujud kat muka bumi ni.
contoh : ni kos architecture dari UTM. sila kelik utk tumbesaran yg lebih jelas
Bila korang dah tahu apa cita-cita korang and tahu kelayakan yang korang perlu ada maka bersiap sedialah untuk memulun sampai berjaya. Senang bukan. ^^
Bagi korang yang bercita-cita besar nak kerja dengan kampeni yang super best, super gempak dan super besar, korang boleh lah survey kat website dorang pas tu tengok job apa yang ada kat sana. Contohnya macam petronas. Bukan budak science stream ja yang boleh kerja kat sana, budak-budak art stream pun boleh kerja kat sana tau. Lepas korang dah aim apa kerja yang korang nak tu korang cari pulak apa kelayakan and subjek yang perlu korang pulun macam yang aku cerita sebelum ni. Bila dah dirancang maka senanglah hendaknya korang memburu cita-cita yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. ^^
goodluck my dear adik2. blaja rajin2 n jadiklah mcm kakak yg budiman ni ye. ^^
goodluck my dear adik2. blaja rajin2 n jadiklah mcm kakak yg budiman ni ye. ^^
No comments :
Post a Comment