Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 14, 2012

contoh resume nak mintak kerja part 2



Assalamualaikum

Selamat pagi. Bangun pagi mata bengkak macam kena penumbuk seliang. Nak keluar rumah rasa malu pulak. Ni la akibatnya kalau tidur kuat-kuat. Arrhh!

Hello para pekerja dan para pencari kerja sekalian. Good morning ya. Apa khabarkah anda? Kena kerja ke time cuti-cuti ni? Sungguh tak heaven kan? Cuti adalah masa untuk berhibur libur. Baru la best.  

Hari tu aku ada buat contoh resume untuk mintak kerja. Entri ni sambungan daripada entri lepas.

Dalam entri lepas aku ada sertakan sekali dengan contoh resume. Aku lupa nak bagitahu, kalau la korang submit korang punya resume melalui email adalah baik kiranya korang hantar resume korang tu dalam bentuk PDF sebab nampak lebih kemas.


Resume nak tulis dalam BM ke BI?
Tulis dalam BI. Baru nak macam professional. Kalau tak reti tulis BI mintak la tolong siapa-siapa semak untuk korang. Tapi kalau korang rasa malu dan segan korang boleh guna teknologi. Pakcik google translate ada. Beliau boleh tolong korang.

Bila masa sesuai nak mintak kerja?
Sebenarnya pada pendapat aku yang tak berapa nak dapat ni, masa paling elok untuk korang apply kerja adalah semasa tahun akhir korang belajar. Kalau la tahun akhir tu korang kena buat praktikal, jadi time parktikal la korang apply kerja. Sebab biasanya proses untuk dorang panggil korang untuk temuduga paling koman pun 4 bulan depends pada dorang [government]. So, katakanlah korang start masuk praktikal bulan 1. Bulan 2 korang dah boleh start dah cari. Dan kalau murah rezeki elok korang habis je praktikal korang dah dapat surat panggilan temuduga. Mana tahu rezeki kan?

Tak habis belajar macam mana nak mintak? Result pun belum keluar lagi? Tak graduate lagi macam mana?
Pakai la result yang latest. Kalau belum graduate mintak surat pengesahan kat tempat korang belajar yang mengesahkan korang dah habis belajar dan tunggu masa nak graduate je.

Macam mana nak cari kerja yang sesuai?
Korang jangan memilih kerja. Nak nak pulak kalau korang tu baru nak mula cari kerja. Apa kerja yang korang dapat korang ambik je sebab tujuan utama nak ambil pengalaman. Korang pun sendiri tahu yang nak dapat kerja sekarang ni semua nak pengalaman. Let say, korang ada diploma lepas tu job yang dorang offer kat korang taraf SPM. korang ambik je. Once bila korang dah dapat kerja tu maknanya korang akan jadikan ia sebagai platform untuk korang cari kerja yang lebih baik. Sebab macam aku cakap tadi. Tujuan utama nak pengalaman. Contohnya macam ni la, korang kerja kerani. Taraf SPM. bila dah dapat kerja kerani, sambil tu korang cari job lain pulak yang setaraf dengan diploma korang. Faham? Tak faham? Buat-buat faham la. Uhuhu.

Tak apa ke mintak kerja ni? Layak ke? Malu la kalau resume kena reject. Wuwuuwu.
Layak ke tak layak tu korang jangan pedulik. Korang mintak je selagi boleh. Korang malu sebab rasa macam tak layak? Eheh. Tak payah nak rasa malu tak bertempat sangat la. Orang tu bukan kenal korang pun. Malu sebab dia tengok gambar korang? Ala releks la. Habis kuat pun dorang campak dalam tong sampah. Korang bukan tahu. Kalau dorang reject resume korang apa korang kisah. Korang cari je kerja lain. Yang susahnya orang tu sebab dorang yang kena bersusah payah nak tapis orang. Korang just hantar resume klik klik klik je. Dah siap.

Untuk permulaan kalau nak senang cari kerja aku lebih suka melalui online/email. Sebab korang tak payah cop sijil apa bagai. Klik klik je apa yang patut. Lepas tu tunggu dengan sabar. Buat masa ni yang aku tahu jobstreet dan mudah.com lebih cepat bagi respond bila kita mintak kerja. Kalau ikut pengalaman aku dalam dua minggu kot. Jobmalaysia pulak macam hampeh.

Jangan malas nak join aktiviti. Buat ja apa yang orang suruh buat.
Ini khas untuk budak yang tenagh praktikal. Dah berapa ribu kali dah aku cakap kat budak-budak praktikal kat tempat aku, kalau ada apa-apa aktiviti sila lah join. Silalah. Silalah. Dah berapa kali aku bagi hint, aku bagi nasihat. Tapi masing-masing buat bodo je. Aku suruh join bukan sebab nak raging ke apa, aku buat untuk kebaikan korang jugak. sekurang-kurangnya bila korang dah abeh praktikal, dalam resume atau dalam borang kerja korang boleh la tulis aktiviti yang korang sertai. Yang latest aktiviti. Nampak la korang tu aktif sikit. tu pun susah sangat ke? Aku nak tolong korang. Tapi korang tak nak tolong diri korang sendiri. Bila tak dapat kerja, nganga. Hah. Baru padan muka.

Lagi satu kalau orang suruh korang buat kerja korang kena buat even benda tu korang nampak macam “alahai benda ni pun nak suruh budak praktikal buat ke?”. Macam aku cakap tadi benda ni bukan tujuan nak buli-buli korang tapi korang kena jadikan benda ni sebagai pengalaman korang untuk korang mintak kerja nanti. Walaupun kerja tu hanya semata-mata nak handle event, tapi sekurang-kurangnya korang dapat tahu jugak selok-belok macam mana nak berdepan dengan sesuatu majlis. Korang dapat belajar tentang protocol. Dapat belajar macam-macam lagi benda. Dapat berkenalan dengan VIP jugak. Mana tahu kot tersangkut. Heh.

Hah. Tu dia. Panjang dan lebarnya aku membebel. Ini hanyalah pendapat aku yang tak berapa nak betul sangat ni. Kalau korang rasa nak ikut, korang ikut. Kalau korang rasa macam tak guna tak payah ikut. Best of luck yoooww!~

p/s: baik kan aku sebab bagi korang tips? aku baik tapi aku tak tunjuk. muahaha. *jahat*





7 comments :

  1. Salam Mardiana...Atas tu awak ada bgtau lebih bgs hantar resume dlm bentuk PDF,camne nk tukar tu eh? Oh ya, thanks sebab bg tunjuk cara2 nk bt resume sbb sy skg ni pun baru start nk buat.. hihih...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. click je kat "save as" pilih PDF file

      Delete
  2. terbaik la...thanks atas perkongsian ilmu... :)

    ReplyDelete
  3. salam mardiana..maaf nak tanya sikit ni..sya sepatutnya grad bln 12 ni..tpi sya terpaksa extend 1 sem..So,,kiranya sya x perlu hntar resume lg kan bln 12 ni..??resume tu sya perlu hntr bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya pun tak pasti. tapi biasanya kalau dah last year boleh start apply keje dah.

      Delete