Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 8, 2013

bila lelaki berduit maka perempuan pun suka


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah memang malam pun. Mata mengantuk tapi otak tak bagi tidor. Haih. Hello gadis-gadis yang comel. Yang sangat suka duit. Wah. Siapa yang tak suka duit bak sini kat aku. Dan hello jugak kepada jejaka-jejaka hemsem yang gigih cari duit untuk membina masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang disamping dengan tujuan untuk membelanjakan duit-duit itu untuk perempuan yang tersayang. Untung la.

Zaman sekarang zaman duit. Buat itu duit. Buat ini duit. Nak bercinta kena ada duit. Kalau tak berduit macam mana nak belanja anak dara keluar dating kamu tahu. Sangat susah nak cari orang berduit tapi hidup macam orang tak banyak duit. Maksud aku hidup sederhana. Rumah biasa-biasa. Kereta pakai Viva je. Pakaian apa yang ada. Pendek kata serba serbi sederhana. Bukan kedekut tapi sekadar cukup untuk apa yang perlu.

Kalau dalam drama bolehlah nak berlakon. Jadi orang kaya tapi hidup macam tak kaya. Lepas tu mengorat pulak anak orang. Dah mengorat, siperempuan tengok-tengok lelaki tu orang kaya rupanya. Lalu kahwin dan hidup happy sampai meninggal. Oh. Pehlish. Tersangatlah klise. Bosan okei cerita macam tu. Tapi kalau jadi betul-betul kat aku memang tak bosan lah. Hahahak.


Ada orang cakap, lelaki yang berjaya adalah lelaki yang boleh mencari kekayaan lebih dari yang mampu manakala wanita yang berjaya adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu. Statement tu memang tak dapat nak nafi. Realitinya tersangatlah bersepah.

Bukan semua perempuan tengok pada duit. Asalkan ada hati baik itu kira cukup baguslah tu. Bila hati baik dan niat baik, secara otomatik silelaki akan bekerja dan berusaha dengan gigih untuk mencari duit nak bina keluarga pada masa depan.

Kesimpulannya, semuanya kerana duit. Pandai cari duit, pandai uruskan duit, pandai bersyukur bila dapat duit maka dengan itu akan cemerlang, gemilang dan terbilanglah hidup kalian. Sekian. Rezeki itu dari Allah. Jangan lupa dan buat-buat lupa. 




Saturday, July 6, 2013

parah nak hadap


Assalamualaikum

remember when everything ends, memories begin. you will cry.

Wow. Malam-malam buta nak speaking London pulak ye. Hahak. Oh my English macam tu la kekdahnya.

Selamat malam kepada gadis-gadis yang berangan dapat suami macam Izzue Islam. Alah, stok budak sekolah je yang berangan macam tu. Dan selamat malam jugak kepada jejaka-jejaka yang gigih main Candy Crush Saga. Nampak sangat comel okei bila main game tu. Aku tak layan game Candy Crush sebab aku tak reti . Aku layan game Shaun The Sheep. Sakit otak nak bagi kambing gemok tu melompat. Dah la badan berlemak-lemak. Nasib baik kamu comel. Gigih jugak la aku mengadap.

Orang main game sebab banyak sebab yang bersebab. Ada yang main game sebab bosan. Ada jugak yang main game sebab nak hilangkan stress. Ya stress bila berdepan dengan masalah cinta. Salah satu daripada punca stress la jugak tu.


“arghh! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak? buat rosak mood aku yang aman harmoni ini”

Mata laju-laju buat tak tahu. Ada orang cakap hadap. Ada orang cakap tak payah nak menyusahkan diri nak hadap benda yang dah buat kamu sakit hati. Ah. Itu semua terpulang pada diri masing-masing. Kalau kamu kuat kamu hadaplah. Kalau tak mampu pergi peluk bantal kuat-kuat.

Ikut hati mati. Pakai akal sebelum biarkan diri makan hati.

“kalau aku jumpa dia kompem aku nangis”  - kata perempuan yang dah berkahwin itu.

Pang! Mahu boleh melekat pelempang seliang. Diulangi. Ikut hati mati. Mati di tangan laki sendiri. Apa kejadah pulak, dah bersuami tapi nak nangis keluar air mata tak terperi? Parah la kalau macam tu.







Wednesday, July 3, 2013

rumah sewa kampung jambu taiping : maaf : ditutup


Assalamualaikum

Housemate aku dah dapat baby dan ambik keputusan nak pindah dan berulang dari ipoh ke taiping demi baby yang tercinta. Sudahnya aku jenuh nak mencari teman pengganti. Oleh itu aku dengan rendah hati nak buat iklan. Aku nak cari housemate.

Perempuan.
Masuk bulan julai dan ke atas 2013

Lokasi : kampong jambu, taiping. Kawasan perumahan yang paling hot. Hot sebab kawasan ni kawasan yang paling terdekat sangatlah dengan bandar. Ini bukan kampung. Tapi perumahan. Rumah yang aku duduk ni ada 1 bilik kosong. Jadi aku nak cari housemate. Lantak koranglah nak sumbat banyak mana pun manusia dalam bilik tu. Itu terpulang kepada korang. Hoho.

Rumah ni ada tv. Ada peti sejuk. Ada dapur boleh main pondok2. Ada kerusi untuk diduduk. Ya. Nama pun kerusi haruslah untuk diduduk. Dan kelengkapan rumah yang lain.

*update : rumah dah ada orang sewa* maaf.




Tuesday, July 2, 2013

perlukah berkawan dengan dia?


Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis cantik. Yang tak cantik sila pergi tidor. Eheh. Hai manusia yang suka berkawan. Ada ke manusia yang tak suka berkawan?

Orang yang tak berkawan bukan bermaksud dia anti dengan makhluk Tuhan ini. Kadang-kadang orang macam ni dia lebih selesa hidup sendiri. Life dia banyak dihabiskan dengan orang yang betul-betul rapat dengan dia. Especially family.

Bukan jugak bermaksud dia sepisis kera sumbang. Tapi dia lebih selesa menjalankan segala aktiviti secara bebas tanpa bergantung sepenuhnya dengan orang lain. Orang macam ni bukan tak ada kawan dan bukan jugak tak berkawan langsung.

Dia kawan, tapi bukan secara rapat. Kawan secara berpada-pada. Ada banyak motif dia buat macam tu. Antaranya sebab dia tak nak susahkan korang selagi boleh. Tapi kalau korang mintak tolong no hal punya. Dia akan tolong walaupun korang tak rapat dengan dia.


Last time ada girl ni tanya aku, perlukah dia kawan dengan kawan dia yang dah tinggalkan dia bila dapat kawan baru? Oh. Pehlish. Sori my sweet little candy. Kalau kamu tanya aku soalan macam tu, jawapan aku mudah saja. Kamu tinggalkan je lah dia and buat kerja sekolah kamu sampai siap. Belajar pandai-pandai, kerja bagus-bagus dan kemudian carilah kawan merangkap akan jadi bakal suami kamu. Dia bukan takat jadi kawan, malah akan jadi best friend forever ever dunia akhirat. Hahah. Mudah kan jawapan aku. 




tetap Allahu Akhbar



Assalamualaikum


 Bila aku tengok gambar ni, aku terfikir tentang sesuatu. Fikir banyak benda yang membuatkan ia jadi sesuatu.