Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 8, 2013

bila lelaki berduit maka perempuan pun suka


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah memang malam pun. Mata mengantuk tapi otak tak bagi tidor. Haih. Hello gadis-gadis yang comel. Yang sangat suka duit. Wah. Siapa yang tak suka duit bak sini kat aku. Dan hello jugak kepada jejaka-jejaka hemsem yang gigih cari duit untuk membina masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang disamping dengan tujuan untuk membelanjakan duit-duit itu untuk perempuan yang tersayang. Untung la.

Zaman sekarang zaman duit. Buat itu duit. Buat ini duit. Nak bercinta kena ada duit. Kalau tak berduit macam mana nak belanja anak dara keluar dating kamu tahu. Sangat susah nak cari orang berduit tapi hidup macam orang tak banyak duit. Maksud aku hidup sederhana. Rumah biasa-biasa. Kereta pakai Viva je. Pakaian apa yang ada. Pendek kata serba serbi sederhana. Bukan kedekut tapi sekadar cukup untuk apa yang perlu.

Kalau dalam drama bolehlah nak berlakon. Jadi orang kaya tapi hidup macam tak kaya. Lepas tu mengorat pulak anak orang. Dah mengorat, siperempuan tengok-tengok lelaki tu orang kaya rupanya. Lalu kahwin dan hidup happy sampai meninggal. Oh. Pehlish. Tersangatlah klise. Bosan okei cerita macam tu. Tapi kalau jadi betul-betul kat aku memang tak bosan lah. Hahahak.


Ada orang cakap, lelaki yang berjaya adalah lelaki yang boleh mencari kekayaan lebih dari yang mampu manakala wanita yang berjaya adalah wanita yg mampu mendapatkan lelaki itu. Statement tu memang tak dapat nak nafi. Realitinya tersangatlah bersepah.

Bukan semua perempuan tengok pada duit. Asalkan ada hati baik itu kira cukup baguslah tu. Bila hati baik dan niat baik, secara otomatik silelaki akan bekerja dan berusaha dengan gigih untuk mencari duit nak bina keluarga pada masa depan.

Kesimpulannya, semuanya kerana duit. Pandai cari duit, pandai uruskan duit, pandai bersyukur bila dapat duit maka dengan itu akan cemerlang, gemilang dan terbilanglah hidup kalian. Sekian. Rezeki itu dari Allah. Jangan lupa dan buat-buat lupa. 




4 comments :

  1. pompuan mmng suka duit.hantu duit.selamat ramadhan juga ;D

    ReplyDelete
  2. Laki pun ade jgk yg dok mkn duit pompuan....lg2 skrg ni zaman pompuan sume byk yg bkemampuan...

    ReplyDelete
  3. kura-kura ni kaki duitan agaknya..
    jodoh ni semuanya ketentuan ilahi..
    so masing2 ada bahagiannya..
    kalo hantaran mahal2 mana ada lelaki yang nak..
    sampai tua la mcm tu,,muka pun makin kecut kalo nk lelaki berduit sangat katanya..

    ReplyDelete
  4. duit berjuta tp lau hati x ikhlas bahagia xkan dtg....sgalanya perlukan duit tp hati lg penting dlm sebuah perhubungan........

    ReplyDelete