Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 17, 2014

motivasi nak jadi cantik


Assalamualaikum

Selamat petang yang tak best. Tak best sebab rasa tak syok. Tak syok sebab rasa tak best. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang comel macam Miranda Kerr. Yang tak comel jangan rasa susah hati. Jangan rasa kecik hati. Apatah lagi jangan rasa nak bunuh diri. Itu tidak baik untuk masa depan kamu. Sebab bila bunuh diri bukan saja korang tak sempat nak grooming diri jadi comel malah berbakul-bakul kata hinaan, cacian dan makian yang korang dapat even time tu korang dah meninggal. Dah la huduh bunuh diri pulak tu.

Sebenarnya yang tak comel tu bukan bermaksud korang tak comel. Korang sebenarnya berkemungkinan masuk dalam kategori cantik, jelita, ayu, sedap mata memandang dan mungkin jugak masuk dalam kategori miss universe punya level kecantikannya. Cuma korang je tak perasan dan tak tahu nak masuk dalam kategori mana. Hah. Banyak kan kategori ada. Kalau korang rasa nak masuk dalam group ayu maka dipersilakanlah masuk dalam group tu. Tapi ingat. Bila rasa diri tu ayu buatlah perangai yang ayu. Kalau tak reti pelan-pelan kayuh membentuk keyuan dalam diri. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama ayu itu akan terbit. Korang pegang kata-kata pujangga aku tu. Pegang ketat-ketat.


Korang kena yakin dengan diri sebenarnya. Dan jadi diri sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Kalau kita nak hadap dan hadam tahap pemikiran manusia yang malas nak berkembang dengan baik memang payah. Atau jalan penyelesaiannya anggap sahaja sel-sel otak mereka langsung gagal untuk berhubung.

Semua orang cantik. Yang buat korang jadi tak cantik sebab korang tak mahu jaga diri jadi cantik. Salahkan makanan. Salahkan keturunan. Lepas tu perangai pulak tak selari dengan perintah Tuhan. 

Okei. Sampai situ je sessi motivasi dari aku.



8 comments :

  1. Amboinyer puan mar ni..

    dulu ada sorang cikgu aku bg nasihat kat bbudak laki tmasuk aku, dia kata lebihkurag mcm ni..

    "setiap pompuan layak utk mndapat pujian kerana mereka adalah makhluk unik yg dlm dunia dia trsndiri.. xde 1 pon pompuan yg xpatut xdapat pujian"

    lps tu adala bbdk laki jahat(bukan aku ye) tanya..

    "kalo diorang xlawo xkan nk puji gak cikgu?"

    dgn bangga cikgu jawab..

    "kcantikkan pompuan bukan pda rupa dn bentuk badan tp pada akhlaknya.. huhu, yg sntiasa mnjaga maruah dn tuntutan agamanya, yg sntiasa mnjaga aurat tmasuk suaranya.. huhu, blablablabla.. itulah pompuan yg kekal cantik ke akhirat krana kcantikkan rupa dn badan hanyalah perhiasan dunyaa.."

    "tapi.." sambungnya..

    "klu kamu owang nk puji jugak pompuan yg xcantik kamu owang puji lah pakaian dia ke kasut dia ke beg dia ke..lawo baju kak long hri ni, nmpak biru gitu.."

    huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la cikgu tu. pandai buat orang lain rasa sedap hati. betuah sape jadi student dia. ^^

      Delete
  2. nak cantik.....jom try nie..klik link
    http://bit.ly/1A3Ej1g

    ReplyDelete
  3. Blogwalking here.,...btw,,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete