Assalamualaikum
Selamat tenghari
yang dah nak masuk ke pukul 1petang. Lepas tu lagi 3jam setengah adalah masa yang
sangat sesuai bagi aku untuk melompat terus dari kerusi opis lalu berjalan
laju-laju sambil pebetul tudung untuk kembali pulang dan menunaikan
tanggungjawab sebagai surirumah teres. Wuhu. Padat dan jitu jugak jadual harian
aku. Hai gadis-gadis comel yang comel. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian
yang dahlah hemsem, kacak bergaya tegap gagah perkasa pulak tu.
Bila aku tengok gambar kat atas, tak dapat aku gambarkan apa perasaan dorang masa tu. Perasaan ibu yang cuba melindungi anak-anak. Perasaan anak-anak bila berdepan dengan manusia kejam keji bersifat lahanat itu. Allah. Nak nangis rasa. Mohon untuk kita
semua berdoa untuk kesejahteraan saudara seagama kita di Palestine. Bumi Gaza
telah dibedil oleh mahkluk yang dibenci sepanjang zaman iaitu Israel laknatullah.
Perangai lahanat mereka semakin menjadi-jadi. Allah. Tuhan je tahu perasaan
ini. Sobs. Sobs.
Aku ingat lagi masa
tu aku tengok dalam berita sekumpulan
askar Israel menembak sepasang suami isteri dihadapan anak-anak ketika
mereka berada ditepi pantai. Anak-anak tu kecik lagi. Meraung menangis bila
lihat ayah dan ibu mati serta merta akibat daripada tembakan padu tepat dimuka.
Dan pada masa yang sama selepas tembak, askar-askar tu datang ke arah kids yang
dalam ketakutan dan memeluk dan pujuk anak-anak yang tak berdosa itu. Kegilaan apa
yang sedang mereka tunjukkan? Menembak mati ibu bapa dan kemudian memujuk
supaya anak-anak itu agar rasa berlapang dada?
Palestine terpaksa berjuang sendiri-sendiri. Tanpa bantuan tapi tetap tak akan mengalah. Nak harap bantuan dari pihak lain haram tak ada. PBB dan OIC? Sampai mati pun dorang akan berdiam diri. Semoga Allah bagi balasan yang setimpal dengan perbuatan kejam mereka.
Allah. Nangis.
No comments :
Post a Comment