Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 24, 2014

saya ada twitter. tu pun nak cerita. huhu.


Assalamualaikum

Selamat petang. Aku baru lepas buat siri jelajah kawasan. Pergi kutip kuih untuk hari raya. Aku bukan tak mahu buat kuih raya. Tapi sebagai warga Malaysia yang prihatin, aku sebenarnya berniat nak membantu negara mempertingkatkan ekonomi makcik-makcik khasnya dan ekonomi negara amnya. Kalau ekonomi tak berkembang nanti kita jugak yang susah. Bak kata pujangga dari pemimpin negara tersohor seantero malaya malahan seluruh dunia, jangan tanya apa negara bagi pada kita, tapi tanya apa yang kita dah bagi pada negara. Jadi berpegang kepada konsep itulah aku tak buat kuih raya. Aku korbankan perasaan keperempuanan yang membara dalam jiwa yang sangat sinonim dengan masak-masak kuih. Aku ketepikan perasaan itu. Demi pembiakan ekonomi agar lebih kukuh, padu dan jitu. Huhu.


Okei. Aku nak bagi tahu aku ada buat twitter. Itu je pun sebenarnya. Haha. Aku tahu korang bukan hadap pun dengan blog aku ni, apatah lagi nak hadap dengan twitter aku. Macam mana korang tengok blog aku ni tak ada follower macam tu jugaklah twitter aku. Huuuu.

Okeilah. Aku nak kena kutip semut duk hurung kuih pulak dah. Hoih. Tentu sedap lagi enak barangkali.

Tata.




2 comments :

  1. perlu kah aku berkongsi apa yang sedang aku fikirkan saat ini dengan kamu?
    perlu kah aku hebohkan pada kamu apa yang sedang aku lakukan ketika ini?
    perlu kah aku menjejaki bekas-bekas sahabat waktu sekolah dahulu?
    perlu kah aku kenang kisah lama bersama kamu sehingga tiada apa lagi untuk dikenang saat-saat indah kita bersama?
    untuk apa semua ini?

    sbab tu aku xde fb apa smua, kcuali akaun guuugel, hehe.

    dlm dunia maya ni bnyak temberang, bila bc status dn entry mngalahkan ustad dn ustazah, tp hakikat sbenarnya..hampeh.

    aku lg suka bca dn bca dri sumber sahih dn terkini, cntohnya tntang berita yg sayu bbulan puasa ni :

    15 terkorban, Israel bedil sekolah
    GAZA CITY 25 Julai - Sekurang-
    kurangnya 15 orang terkorban
    termasuk seorang bayi apabila kereta
    kebal milik Israel membedil sebuah
    sekolah kelolaan Pertubuhan Bangsa-
    Bangsa Bersatu (PBB) di utara
    Genting Gaza, semalam.
    Pegawai PBB mengesahkan kejadian
    tersebut, dengan menyatakan banyak
    kematian dan kecederaan berlaku di
    sekolah Beit Hanun.
    Sekolah tersebut dijadikan sebagai
    tempat perlindungan bagi penduduk
    Palestin yang melarikan diri
    daripada serangan yang dilancarkan
    oleh Israel di kawasan terbabit. -
    AFP

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. guna internet untuk sesuatu yang bermanfaat. ^^

      Delete