Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 30, 2011

Tuesday, June 28, 2011

kenapa perlu menghargai

Assalamualaikum

tadi aku dengar motivasi pagi. konon nak bagi semangat kepada orang pemalas macam aku ni pergi kerja. topik dia pasal menghargai orang lain. biasanya kita hargai orang bila orang tu buat sesuatu yang sangat bermakna buat kita. waktu tu kita akan rasa dia tu lebih kurang macam hero kitalah. lepas tu mesti akan terdetik dalam hati kita;

"nasib baik ada budak ni, kalau tak naya aku kena buat banyak kerja",

"fuhh!~ nasib baik dia boleh diharap"

kalau dalam bab kerja, kadang-kadang kita akan tengok yang orang tu dari mula-mula start kerja sampailah dia dah nak pencen asyik buat kerja yang sama ja. kita nampak macam tak ada apa-apa pada orang tu. nampak biasa-biasa. tapi walaupun dia kerja biasa dan kita tak nampak luar biasa, kita jugak sebenarnya kena hargai apa yang dia dah buat tu. walaupun dari dulu sampai sekarang dia buat rutin yang sama tapi tak semestinya dia tak bagi apa-apa sumbangan. benda yang dia buat hari-hari tu lah sumbangan dia untuk kita. sesuatu yang kita tak nampak hanya kerana ia rutin harian.


lagi satu, kita tak semestinya hargai orang lain hanya kerana dia boss kita. sebab dia boss maka kita kena kipas dia laju-laju. kipas sampai lebam. lepas tu orang lain yang tak ada pangkat yang kerja biasa tapi buat kerja dengan penuh ikhlas dan komited kita buat tak pandang ja. korang jangan pandang orang lain macam korang ja yang ada biji mata. sebab kita tak tahu masa depan dia macam mana. kita jugak tak tahu masa depan kita jugak macam mana. mana tahu orang yang korang tak nak pandang tu satu hari nanti jadi boss korang. tak pun orang yang korang kata tak bagi apa-apa sumbangan tu yang korang kena mintak bantuan. tak ke malu tu.

p/s: untuk APC 1st July 2011 ni, tahniah kepada yang terpilih dan aku sangat tak suka bila kena pakai baju koporat sebab orang cakap aku nampak macam pencil bila pakai baju tu. argghh!!!~

Saturday, June 25, 2011

perempuan suka cakap berkias : double meaning

Assalamualaikum

aku pasti kalau korang blogger tegar mesti korang pernah singgah blog The Other Khairul kan. entri dia banyak yang best dan salah satu entri yang aku suka baca tentang Girls vs Boys vs Double Meaning. agak menarik bila baca macam-macam komen dan pendapat daripada readers dia. and mostly adalah perempuan. sebagai perempuan ramai la jugak yang backup kaum-kaum yang seangkatan. ok. ramai kaum-kaum yang bertentangan dengan aku tanya;

"apasal girls suka cakap kias-kias ya. tak kias tak boleh ke? cakap direct kan senang."

girls cakap berkias sebab tu adalah cara dia nak berkomunikasi tanpa berkasar atau berbalah. benda ni jadi sebab memang dalam diri perempuan tu ada sifat melindungi dan juga sifat nak kekalkan keharmonian.

macho husband: [tengah drive]
cute wife: awak nak kopi panas?
macho husband: tak pa. tak perlu. ["baiknya bini aku ni" cakap dalam hati]
cute wife: [terus diam. senyap. sunyi. sepi]
macho husband: awak ok??
cute wife: ok [ringkas. muka ketat]
macho husband: dah tu tiba-tiba je diam. ada masalah ke?
cute wife: awak tak mahu berhenti...
macho husband: awak ingat saya dapat baca apa yang ada dalam kepala awak??
cute wife: huhuhu


bagi lelaki cakap berkias boleh buat kepala dorang pening dan berserabut. rasa semak kepala pulak bila kena pikir apa benda la yang perempuan ni nak sampaikan. bila jadi macam ni, lelaki akan anggap yang perempuan ni makhluk alam yang tak pandai nak sampaikan maksud secara baik dan jelas. senang cerita tak reti nak cakap direct. bagi aku bukan tak reti, tapi macam aku bagitau sebelum ni, cakap secara berhemah. girls kan penuh dengan kelembutan, ada nilai seni dan unik. [hoho]. 

tapi untuk girls, cakap berkias tu biarlah bertempat. kalau korang tengah bagi direction, pakai pulak ayat berbunga-bunga berkias, silap hari bulan tak pasal-pasal kena makan penampar dibuatnya.

tapi ironinya, perempuan cakap berkias dengan perempuan adalah normal. dan dorang akan faham apa yang nak disampaikan dengan baik. dan sebab tu lah kalau kita tengok, makcik-makcik kalau nak tegur mesti pakai ayat berkias. tak pun nak mengata. mesti pakai ayat kaw-kaw punya sindir. bagi yang otak cepat pickup mesti makan dalam punya.

Friday, June 24, 2011

durjana manusia itu menodai mereka yang tak berdosa

Assalamualaikum

kasih ibu bawa ke syurga pengorbanan ibu tiada taranya.
aku sedih bila baca berita tentang ibu yang sanggup jadi korban demi jaga maruah anak dia. dan aku sangat berharap manusia syaitan yang menodai ibu tu mati kena langgar dengan lori. penyet serta merta. biar dia mati hancur mampos kat situ jugak. go to hell you rapist. 


sedih campur benci


Monday, June 20, 2011

abah adalah bapa yang lebih hebat dari superman, batman mahupun ultraman

Assalamualaikum

abah adalah abah yang terhebat di alam semesta. selamat hari abah untuk abah. saya suka abah jadi abah saya sebab abah adalah abah terbaik, terbest dan terkool. dulu aku pernah bubuh entri pasal abah aku : my dedi my hero. sempena hari jadi beliau.

kehebatan abah sebagai superhero sangat best. lebih best dari superman, batman atau spiderman. ultraman pun tak best macam abah. sebab abah adalah superhero yang boleh bagi bantuan dalam segala hal terutamanya bantuan poket. [huhu]. aku tak pernah lagi tengok superman bagi duit kat orang. batman pun tak, ultraman apatah lagi. asyik lawan dengan raksasa je.


aku pernah tengok kehebatan abah memangkah anjing dengan selipar waktu kitorang tengah on the way nak pergi pasar malam. superman pun tabik spring kat abah kalau dia tengok ketangkasan, ketepatan dan kecekapan abah membaling selipar tepat ke dahi anjing tu. batman mesti menagis punya kalau tengok abah jadi super duper dedi dan ultraman mesti tepuk tangan gembira. 

waktu kitorang kecik dulu abah selalu bawak ktorang naik basikal. abah kayuh pelan-pelan. walaupun naik bukit tapi abah tetap kayuh dan tak kasik kami turun dari basikal. gila ah. bukit tinggi gila kat rumah aku tu. waktu tu aku bodoh sikit. [sikit je]. aku tak tahu kenapa, asal abah kayuh naik bukit je, mesti aku suka beratkan badan aku. bila aku tengok abah kayuh termengah-mengah aku rasa gembira. sebab nampak kelakar. memang tak guna betul aku rasa diri ini. T.T

aku dah banyak kali buat abah kecewa kot. maaf ya abah sebab anak mu ini otak tak berapa nak cekap. huhu.
selamat hari abah untuk abah. abah memang hebat.
terima kasih abah sebab selalu hulurkan tangan ringankan beban.
sayang abah so so much.

Thursday, June 16, 2011

this is the solution for those who want to watch tv : menonton tv online dengan senang hati

Assalamualaikum

guys aku nak share link untuk korang yang tak ada tv atau pun untuk korang yang nak curi-curi tengok tv time kerja atau pun untuk korang yang memang pemalas dan tak suka buat kerja dan hanya suka buang masa tengok tv tanpa korang dibebel oleh siapa-siapa. 

kalau korang nak tengok tv1, tv2, mahupun nak tengok girls cun dari mexico, filipina ataupun gadis-gadis comel dari seantero dunia sila kelik di link ini.

kalau korang nak tengok tv3, suka tengok bersamamu yang agak wuhuhu tu atau mungkin korang rindukan nurul ain nurul syuhada yang bakal nak kahwin tak lama lagi tu tapi korang tak mampu nak beli tv, korang boleh kelik di link ini pulak

tapi korang kena pastikan yang korang punya internet tu mempunyai tahap kelajuan yang menyamai kelajuan cahaya.

 cerita you saka... pergi jauh-jauh
aku kerat waktu eira syazira ni tengah bercakap tadi. tu sebab huduh semacam.

kalau korang rasa korang tamak haloba korang boleh tengok banyak-banayk channel yang korang suka serentak. anyway, selamat mengenjoikan diri anda dengan online tv. free memang best.

Wednesday, June 15, 2011

i wish i wasn't so alone

Assalamualaikum


terhenti disini

Assalamualaikum

aku suka sebab aku sendiri suka. betul cakap abah, orang tak akan ingat pada kita kalau kita bukan siapa-siapa dan orang tak akan ingat kita kalau dorang tak perlukan kita. sebab aku bukan siapa-siapa maka aku tahu siapa aku di mata mereka.


happy birthday to me

Thursday, June 9, 2011

peristiwa 712 : 692011

Assalamualaikum

hari ini telah berlaku sebuah tragedi. aku namakan sebagai tragedi 712. huhu. peristiwa tu boleh menjejaskan kredibiliti aku sebagai seorang pekerja yang komited terhadap kerjaya. ini semua jam punya pasal. nasib baik aku cekap lagi tuntas. i really hope that it will not happen again.



time to sleep. 
esok kena bertugas as a receptionist for anulae meeting. need to wear comel-comel la. hoho.

a picture of a thousand meanings

Assalamualaikum


although i just got a little but there is better than nothing.


the above is a photograph has been taken by a photographer named Kevin Carter. but he was found dead of suicide due to depression. there are various versions of the story about the death of Kevin Carter. maybe some of you already know about this story, but what i want to tell here is about the need for us to be grateful.

bersyukurlah:

kalau korang tak cukup makan, budak perempuan tu langsung tak dapat makan.
kalau korang ada tekanan, budak perempuan tu lagi tertekan.
kalau korang rasa tempat tinggal korang tak aman, budak perempuan tu tinggal di kawasan peperangan.
kalau korang rasa korang gemok sebab terlebih zat, budak perempuan tu langsung tak cukup zat.
kalau korang rasa lebih baik mati daripada hidup, budak perempuan tu gigih hadapi hidup walaupun dia tahu nyawa dia dihujung tanduk.


bersyukurlah. we should be grateful to all that we have.

p/s: written while listening to a song that was sung by shahir. eeww! terasa jiwang sekejap.

Tuesday, June 7, 2011

You are my love from the past, now and forever

Assalamualaikum

a very good evening to all readers especially gugurls out there. tadi waktu aku tengah menung-menung [mengaktifkan pergerakan otak], tiba-tiba aku teringat tentang betapa orang selalu cakap perempuan ni bodoh sebab terlalu mudah percaya kepada teman lelaki atau dalam bahasa saintifiknya boyfriend. bodohkah kaum ini?

"bodo la perempuan tu, aku nak buat main-main je. tu pun percaya"


korang pernah terfikir tak kenapa dorang buat macam tu? korang pernah terfikir tak kenapa ladies terlalu percaya kepada boy dorang. yup. jawapan yang agak klise adalah cinta itu buta. cinta itu telah mencocok-cocok mata dorang sampai buta.

dulu waktu aku study dulu lecturer aku cakap bila seseorang ni bercinta especially girl, akan wujud dalam diri dia suatu perasaan yang susah nak diungkapkan. perasaan tu macam.. eerrkk macam apa ekk? korang pernah bercinta? kalau pernah atau sedang hangat bercinta mesti korang tahu kan. hoho.

ok girls. biasanya bila bercinta akan wujud perasaan bahawa boy tu adalah segalanya untuk dia. dia akan rasa yang hanya lelaki tu je yang sanggup terima baik buruk dia dan dia jugak akan rasakan bahawa tak akan ada lelaki yang nak kat dia sebagaimana boyfriend dia nak kat dia sekarang. disebabkan hal tu, bila boy tu nak tinggalkan dia, dia akan rasa yang dunia dia gelap gelita sebab dah tak ada siapa lagi yang sudi kat dia. lebih kurang macam tu lah. 


bila jadi benda macam ni, maka girl akan sanggup buat apa saja demi cinta hati dia. tapi boy pun sanggup jugak. sanggup tinggal kekasih hati dia lepas dapat apa yang dia nak. benda ni pun bercampur gaul dengan pengaruh nafsu jugak. macam entri aku yang lepas. girl + boy + nafsu + syaitan = onar

bila dah jadi onar biasanya perempuan yang akan jadi sasaran hinaan orang sekeliling. orang cakap girl tu la jahat. siapa suruh percaya sangat. siapa suruh mudah cair. tu la, tak nak belajar agama. kenapa orang lebih nampak perempuan lagi bersalah berbanding dengan lelaki. sebab apa? adakah sebab dia adalah perempuan? macam kes buang baby. biasanya yang kena tangkap perempuan. lelaki yang buat onar tak ada pulak orang peduli.

boys out there, korang kena ingat korang tu lelaki. korang selalu cakap korang adalah makhluk yang gagah perkasa, kuat lagi tangkas. tapi gagahkah korang kalau korang rosakkan kaum perempuan yang korang pandang sebagai kaum yang lemah ni? korang jugak kena ingat bila seorang girl ni serahkan cinta dia pada korang, itu maknanya dorang percayakan korang. percaya korang mampu lindungi diri dia.


aku sangat berharap agar diri aku dan gugurls kat luar sana sentiasa dilindungi oleh Allah dari perkara yang  tak diingini.  insyaAllah.

hidup dengan duit sedikit

Assalamualaikum

hello para pengguna duit sekelian. dulu aku pernah tulis tajuk pasal krisis poket dan juga pasal keperitan berbelanja pada masa akan datang. jadi entri ini kira macam sambung untuk dua entri hari tu.

tadi waktu aku tengah ronda-ronda dalam ofis aku terjumpa satu risalah tentang macam mana nak uruskan duit dengan bijak bestari. kalau korang rasa korang tak bijak, korang kena buat-buat bijak jugak. anda wajib membijakkan diri anda.


kurangkan belanja harian
belanja apa yang perlu je. ingat tu. apa yang perlu sahaja. lepas tu selagi korang boleh dapat yang murah selagi tu korang pilih yang murah.

batalkan sesuatu yang memerlukan budget yang besar
kalau benda yang korang nak belanjakan tu perlu budget besar, elok batalkan je. maksudnya disini korang kena cari alternatif macam mana nak elak daripada korang belanja over limit. sekurang-kurangnya duit yang korang dah save tu boleh korang cover untuk benda lain yang lebih penting. contohnya korang nak pakai kereta. jadi pakailah kereta yang jimat minyak. nak lagi jimat jalan kaki je.

kurangkan guna air letrik
korang kena belajar kurang guna letrik. air pun sama. biasakan diri tu. tambah-tambah tarif letrik dah naik. kalau korang pandai kontrol limit dia untung-untung boleh dapat letrik free.

kurangkan sampah
kalau yang ada baby tu cuba pakai lampin untuk baby korang. boleh save duit. nampak klasik je kan bila  tengok baby pakai lampin. teringat zaman kecik-kecik dulu. 

jadikan barang bertahan lebih lama
korang boleh pebaik balik barang-barang yang korang rasa macam nak tak nak je hidup. macam kasut contohnya, kalau nak tercabut tu beli je gam tampal bahagian yang nak tercabut. kalau handbag nampak buruk kusam, boleh je korang polish bagi nampak berkilau memancar cahaya. perabut tu tak payah nak tukar sangat. ikut trend ke apa. lebih-lebih time nak raya semua pakat nak tukar. membazir tau. duit korang tukar perabot, tukar-tukar handbag dan kasut tu korang boleh simpan untuk sesuatu yang lebih penting.

kitar semula
korang kena mengkreatifkan otak korang untuk guna barang kitar semula. aku sangat mengesyorkan korang rujuk debbie painted house. dia punya interior design memang superb. aku sangat teruja bila tengok cara dia buat. tak payah buat macam eric leong panggil fella design, pakai cat nippon paint ke apa ke. sangat kreatif. bahan simple je.

cari hiburan yang lebih murah
kalau nak berhibur libur tu korang boleh la pergi jalan-jalan ramai-ramai, berkelah ramai-ramai. kalau nak lepaskan gian karaoke korang boleh pergi kat mana-mana majlis kenduri kahwin lepas tu rampas microphone dj tu dan nyanyilah puas-puas sampai korang kena halau dengan tuan rumah. tak pun korang teringin sangat nak tengok movie, korang tunggu la mana-mana insan yang baik hati upload kat youtube korang tengok la puas-puas. hoho. murah gila kan.

macam mana pula dengan orang yang memang ada duit sikit ja? nak jimat memang payah apatah lagi nak menyimpan. sangat perit. nak tak nak korang kena cari side income supaya hidup korang lebih stabil. tak kisah la kerja apa pun. halal dan berkat tu penting. 


kesimpulannya walau macam mana pun keadaan poket korang, korang kena jugak handle poket tu sebaik mungkin. benda ni penting untuk menjamin masa depan korang agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. ^^

Thursday, June 2, 2011