Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 7, 2011

You are my love from the past, now and forever

Assalamualaikum

a very good evening to all readers especially gugurls out there. tadi waktu aku tengah menung-menung [mengaktifkan pergerakan otak], tiba-tiba aku teringat tentang betapa orang selalu cakap perempuan ni bodoh sebab terlalu mudah percaya kepada teman lelaki atau dalam bahasa saintifiknya boyfriend. bodohkah kaum ini?

"bodo la perempuan tu, aku nak buat main-main je. tu pun percaya"


korang pernah terfikir tak kenapa dorang buat macam tu? korang pernah terfikir tak kenapa ladies terlalu percaya kepada boy dorang. yup. jawapan yang agak klise adalah cinta itu buta. cinta itu telah mencocok-cocok mata dorang sampai buta.

dulu waktu aku study dulu lecturer aku cakap bila seseorang ni bercinta especially girl, akan wujud dalam diri dia suatu perasaan yang susah nak diungkapkan. perasaan tu macam.. eerrkk macam apa ekk? korang pernah bercinta? kalau pernah atau sedang hangat bercinta mesti korang tahu kan. hoho.

ok girls. biasanya bila bercinta akan wujud perasaan bahawa boy tu adalah segalanya untuk dia. dia akan rasa yang hanya lelaki tu je yang sanggup terima baik buruk dia dan dia jugak akan rasakan bahawa tak akan ada lelaki yang nak kat dia sebagaimana boyfriend dia nak kat dia sekarang. disebabkan hal tu, bila boy tu nak tinggalkan dia, dia akan rasa yang dunia dia gelap gelita sebab dah tak ada siapa lagi yang sudi kat dia. lebih kurang macam tu lah. 


bila jadi benda macam ni, maka girl akan sanggup buat apa saja demi cinta hati dia. tapi boy pun sanggup jugak. sanggup tinggal kekasih hati dia lepas dapat apa yang dia nak. benda ni pun bercampur gaul dengan pengaruh nafsu jugak. macam entri aku yang lepas. girl + boy + nafsu + syaitan = onar

bila dah jadi onar biasanya perempuan yang akan jadi sasaran hinaan orang sekeliling. orang cakap girl tu la jahat. siapa suruh percaya sangat. siapa suruh mudah cair. tu la, tak nak belajar agama. kenapa orang lebih nampak perempuan lagi bersalah berbanding dengan lelaki. sebab apa? adakah sebab dia adalah perempuan? macam kes buang baby. biasanya yang kena tangkap perempuan. lelaki yang buat onar tak ada pulak orang peduli.

boys out there, korang kena ingat korang tu lelaki. korang selalu cakap korang adalah makhluk yang gagah perkasa, kuat lagi tangkas. tapi gagahkah korang kalau korang rosakkan kaum perempuan yang korang pandang sebagai kaum yang lemah ni? korang jugak kena ingat bila seorang girl ni serahkan cinta dia pada korang, itu maknanya dorang percayakan korang. percaya korang mampu lindungi diri dia.


aku sangat berharap agar diri aku dan gugurls kat luar sana sentiasa dilindungi oleh Allah dari perkara yang  tak diingini.  insyaAllah.

No comments :

Post a Comment