Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 20, 2011

abah adalah bapa yang lebih hebat dari superman, batman mahupun ultraman

Assalamualaikum

abah adalah abah yang terhebat di alam semesta. selamat hari abah untuk abah. saya suka abah jadi abah saya sebab abah adalah abah terbaik, terbest dan terkool. dulu aku pernah bubuh entri pasal abah aku : my dedi my hero. sempena hari jadi beliau.

kehebatan abah sebagai superhero sangat best. lebih best dari superman, batman atau spiderman. ultraman pun tak best macam abah. sebab abah adalah superhero yang boleh bagi bantuan dalam segala hal terutamanya bantuan poket. [huhu]. aku tak pernah lagi tengok superman bagi duit kat orang. batman pun tak, ultraman apatah lagi. asyik lawan dengan raksasa je.


aku pernah tengok kehebatan abah memangkah anjing dengan selipar waktu kitorang tengah on the way nak pergi pasar malam. superman pun tabik spring kat abah kalau dia tengok ketangkasan, ketepatan dan kecekapan abah membaling selipar tepat ke dahi anjing tu. batman mesti menagis punya kalau tengok abah jadi super duper dedi dan ultraman mesti tepuk tangan gembira. 

waktu kitorang kecik dulu abah selalu bawak ktorang naik basikal. abah kayuh pelan-pelan. walaupun naik bukit tapi abah tetap kayuh dan tak kasik kami turun dari basikal. gila ah. bukit tinggi gila kat rumah aku tu. waktu tu aku bodoh sikit. [sikit je]. aku tak tahu kenapa, asal abah kayuh naik bukit je, mesti aku suka beratkan badan aku. bila aku tengok abah kayuh termengah-mengah aku rasa gembira. sebab nampak kelakar. memang tak guna betul aku rasa diri ini. T.T

aku dah banyak kali buat abah kecewa kot. maaf ya abah sebab anak mu ini otak tak berapa nak cekap. huhu.
selamat hari abah untuk abah. abah memang hebat.
terima kasih abah sebab selalu hulurkan tangan ringankan beban.
sayang abah so so much.

2 comments :

  1. x smua mnusia punya nasb yg sama.jka and d lhirkn dlm klrga pngemis ape akn jd ye..^L^,..happy father day

    ReplyDelete
  2. mereka adalah antara golongan yang kuat menempuhi dugaan Tuhan.

    ReplyDelete