yeay! selamat hari jadi buat abahku. selamat hari jadi yang ke-58 buat abahku yang terensem diabad ini. seperti mamaku, abahku jugak tak tahu yang aku buat entri pasal beliau. hoho. sori ya dedi. anakanda bukan buat apa pun. just bercerita pasal dedi yang sangat kool ini. hik!~
anyway terima kasih yang teramat sangat kepada abah sebab jaga kami dari kami kecik sampai la besar tak sudah-sudah. lepas tu kasik kami duit. lepas tu selalu hambat kami ke sekolah. dan tak lupa jugak terima kasih sebab pukul kami sampai kami jadi orang. kalau tak pukul mesti kami akan jadi insan gedik lagi mengada-ngada tak ingat.
walaupun abahku sangat garang ketika kami kecik tapi garangnya bertempat. bila kami dah besar abah dah tak garang dah. abah jadi sangat kool dan suka buat lawak kelakar tak ingat. paling best bila abah sangat tak lokek bagi kami duit. itu lah part yang sentiasa kami nanti-nanti kan. haha.
kami sangat beruntung dapat abah macam abah. sebab abah baik. abah hantar kami ke sekolah. abah hantar kami pergi tuition. tapi kami tetap tak pandai-pandai jugak. hoho. disebabkan tak pandai maka abah bagi dorongan untuk jadi pandai. last-last kami jadi pandai. pandai pehabeh duit. haha.
abah adalah seorang abah yang sangat baik. semua hal kami abah yang uruskan. abah cari makan, cari duit belanja, uruskan hal sekolah, pergi pasar, bayar bil, urus itu ini semua abah yang buat. mama sangat best sebab dapat abah. mama duduk relek je kat rumah jaga kami berempat sampai kami besar. pergi pasar ke, bayar bil ke, apa saja hal rumah tangga semua abah yang settelkan. oleh sebab itu bila kami kena pergi pasar kami terkial-kial kerana terlalu dimanjakan oleh abah. huhu.
kami sangat sayangkan abah aka dady kool. hehe. love u so so much!~
p/s : harap-harap rancangan nak makan besar bersama dedi and mami kool rabu ni berjaya. insyaAllah ^^
No comments :
Post a Comment