Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 24, 2011

how do we show our love to someone we love.

Assalamualaikum

hello gugurls and bobois out there. tajuk entri ni macam jiwang je kan. biasanya kalau bincangkan pasal love love ni benda pertama yang terjah dalam otak kita mesti pasal boyfriend atau girlfriend. budak bawah umur je yang pikir macam tu. disebabkan aku berada dalam paras melebihi had umur maka perbincangan ni agak lebih terbuka dan bukan tertumpu kepada love love pasangan saja okei.

ada orang tanya macam mana nak tunjukkan rasa sayang kita pada orang yang kita sayang? eerrmm.. hurrmm.. pada aku semua tu bergantung kepada siapa orang yang korang sayang. contohnya macam aku. i do love my mami and my dedi so so much. tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa sayang aku pada dorang. hakhak. sangat tak berguna rasanya. T.T


ada orang lahirkan rasa sayang dia dengan kasik hadiah. bagi hadiah yang orang kita sayang tu suka. kalau dia suka hadiah mahal? ah. pedulik lah mahal ke murah. kalau dia sayang kat korang mesti dia terima punyalah. melainkan kalau dia sayang duit korang melebihi daripada sayangnya dia pada diri korang sendiri.

tapi kalau mak dan ayah pada kebiasaannya mereka tak akan mintak korang balas atau kasik apa-apa benda best bagi menunjukkan yang korang sayang kat mereka. apa saja yang korang kasik walau sekecil mana sekalipun walau semurah mana harganya, mak ayah kita akan terima dengan hati yang penuh ikhlas dan mata berkaca-kaca [terharu ya]. yang penting anak-anaknya menghargai jasa mereka tu dah memadai. tapi kalau korang mampu bagi lebih daripada tu lagi bagus. untuk mak ayah sendiri. bukan orang lain. sambil-sambil tu kumpul pahala. tak gitu?

kadang-kadang tu ada setengah orang bila dia cuba mengzahirkan rasa sayang dia, maka mula lah akan timbul cakap-cakap; 

"hah! nak bodek la tu"

budak ni baik semacam ja mesti ada udang disebalik batu. tak kiralah batu apa pun. mesti ada makna la tu. benda ni biasa dan lumrah. mesti akan ada mulut-mulut yang berbau unsur-unsur longkang aka limbah yang tak senang dengan perlakuan kita. ah. usah pedulik. persetankan itu semua. yang penting hati kita ikhlas.

atau ada jugak orang akan melahirkan reaksi lebih kurang macam;

"buang tabiat ke budak ni"

ada orang anggap perilaku kita luar biasa. luar daripada kebiasaan dan stigma orang kita bila tengok ja benda pelik sikit mula lah dorang kata kita buang tabiat. tak lama la tu nak tengok dunia. tapi jangan pedulik la apa orang nak cakap. ajal maut Tuhan yang tentukan.


ada setengah orang jugak dia tak mampu nak luahkan rasa betapa sayangnya dia pada orang yang dia sayang. pada dia tak ada perkara yang mampu menjadi perbandingan bagi menunjukkan rasa sayang dia. lalu dia akan senyap dan sepi tanpa menunjukkan sebarang reaksi. biasanya orang yang macam ni kalau bagi mereka yang berpasangan akan melabelkan pasangannya tak romatik sebab tak reti nak tunjukkan rasa sayang dia. dia sebenarnya bukan tak romantik bukan tak reti, tapi rasa sayang sayangnya tak terperi sampai tak ada perumpamaan yang boleh dia pakai untuk tunjukkan betapa sayangnya dia kat korang. 

bagi mak ayah pulak kasih sayang mereka memang dah tertunjuk sejak kita baby, sejak kita dalam perut mak kita lagi. tak usah nak pertikaikan banyak mana kasih sayang mak ayah kita kat kita. kalau dorang tak sayang kecik-kecik lagi dorang dah campak korang dalam longkang tau.

apa yang aku suka tekankan disini, kalau korang sayangkan orang yang korang sayang tu, sila ambil perhatian tentang dia. sila ambil berat hal dia. dia akan rasa dihargai. korang jangan pulak ambil tahu tentang girlfriend atau boyfriend je lebih-lebih, ambil tahu pasal mak ayah korang itu lebih penting. mak ayah tak ada ganti. kalau takat boy or girl tu bila-bila boleh cari.


p/s: sayang dalam hati

2 comments :

  1. nice,,asal segan sgt nk luahkn kasih syg ngan parents..lau dgn psgn mudah jer kbnykn msyrkt zmn skang.realiti n bnr.nice entri nakal,suke suke suke suke,,^L^,

    ReplyDelete
  2. thank you. sebenarnya bukan segan tapi tak terluah. ;p

    ReplyDelete