Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 30, 2011

wahai adik, kalau kamu sambung belajar...

Assalamualaikum

dulu-dulu aku selalu dimomokkan dengan ungkapan bahawa  budak lepasan U ni budak yang baik-baik. yang tahu menilai mana baik mana yang buruk. maknanya kalau lepaskan dorang pergi mana-mana  pun mak ayah tak perlu risau sebab dorang orang terpelajar. tak mungkin dorang akan lakukan perkara yang tak baik. campak mana-mana pun mesti terpelihara dan sejahtera hidup.

lepas tu bila ada kes-kes buang baby, kes bapak ayam, mak ayam, jual "produk" berasaskan bodyshop body, khalwat sana sini, hisap itu hisap ini, yang libatkan student IPT dorang masih tak percaya. "tak mungkin. budak U tak kan buat macam tu. sebab dorang budak U."


lepas tu aku juga selalu dimomokkan bahawa budak U ni dorang kalau bercakap pakai otak. dorang bercakap lebih open dan boleh diterima akal. sebab apa? sebab dorang budak U. dorang tak kan cakap benda yang bukan-bukan apatah lagi carut-carut, maki-makian.

budak U juga tak akan berpeleseran merata-rata tak tentu pasal sampai pukul 2,3 pagi. dorang tak akan keluar berfoya-foya. dorang akan study study dan terus study bagai nak rak. macam esok tak ada peluang nak hidup lagi. 


pendek kata apa yang budak U buat semua baik-baik belaka. tapi kenyataannya tidak sepertimana yang disangka. realitinya tak sama. tu belum lagi kes budaya terkejut-terkejut. dulu duduk sekolah, bila masuk U semua bebas. mak ayah tak ada nak pantau. tak ada siapa yang nak kisah korang nak pergi kelas ke nak tidor tak nak bangun-bangun ke, nak perhabis duit pinjaman ke, tak ada orang nak ambil tahu. pandai-pandai la nak uruskan sendiri.

tujuan aku bukan nak tulis tentang benda-benda buruk yang budak U dah buat. apa yang aku nak tekankan kat sini adalah persepsi dan harapan orang-orang kat luar sana terhadap setiap daripada mereka yang berjaya jejakkan kaki ke universiti. bila kita masuk U kita sebenarnya  memikul harapan ibu bapa kita. harapan keluarga harapan masyarakat. tapi ramai yang lalai dan leka. 


kepada all little cute girls and comel boys out there yang akan sambung study tak kira lah masuk universiti ke, kolej ke, apa-apa je, please take care of yourself. kat luar sana terlalu banyak benda yang mampu buat korang tergoda dan ternoda. apa yang penting ingat pesan mak ayah. jangan ikut sangat kawan or senior korang buat benda yang bukan-bukan. jangan cepat teruja. jangan malu dengan asal usul kita. dapat duit jangan joli katak. ingat mak ayah korang kumpul duit bagi korang masuk U bukan senang. bergolok bergadai.

tapi bukan semua berperangai tak baik. ada je yang baik-baik. korang jadi lah orang yang baik-baik dan jangan sesekali tergolong dalam lingkungan mereka yang tak baik. sekali korang tersasar susah untuk korang kembali ke pangkal jalan. percayalah.
 

No comments :

Post a Comment