Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 17, 2015

nasib kita berbeza-beza. bertabahlah.



Assalamualaikum

Selamat pagi yang sejuk tak berapa nak sejuk. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ni adalah sesuatu yang sangat normal kalau hingus kita meleleh dan batuk pulak berkahak-kahak. Haktuih. Ludah jauh-jauh. Dan akhirnya terpalit jugak kat diri sendiri. Huhu.

Hai gadis-gadis comel yang sedang mengesat hingus dihujung tudung. Ala la la. Nape berhingus tu? Nangis ke? Meh sini meh. Peluk skrin kuat-kuat. Huhuhu. Dan holla kepada encik-encik hemsem sekalian. Yang sentiasa nampak kool and steady. Tapi hakikatnya mati hati menanggung derita tak siapa yang peduli. Eceh.

Well. Aku tahu tak ada orang yang tak ditimpa musibah. Tak ada orang yang tak ditimpa rasa susah. Mustahil tak ada. Sebab Tuhan dah bagitahu awal-awal, bahawa sesungguhnya setiap anak Adam itu pasti akan diuji dan setiap ujian yang diberi itu adalah berkadaran dengan kudrat masing-masing.

https://www.google.com/imgres?imgurl=http://favim.com/orig/201102/25/Favim.com-1836.jpg&imgrefurl=http://favim.com/image/1836/&h=342&w=500&tbnid=KNKXZkQxHpzkGM:&docid=0sExP0Er6cxKGM&ei=rCFyVtHUCMiUuQS3l7HwBA&tbm=isch&ved=0ahUKEwjR2rOS8OHJAhVISo4KHbdLDE4QMwgdKAAwAA

Sometimes korang akan rasa dunia sangat tak adil bukan? Kenapa aku perlu bersusah payah merempuh segala onak dan duri dalam mencari cinta tapi kenapa Cik Ta boleh hidup bahagia. Heh. Tetibe.

Jawapan dia mudah je. Nasib kita berbeza. Nasib kita sesekali tak akan sama. Apa yang penting adalah macam mana korang nak sattle setiap apa yang korang lalui dengan penuh rasa tenang dan hikmah. Jangan putus harapan untuk terus berdoa. Allah dah bagitahu mintaklah pertolongan dariNya dengan sabar dan solat. Jadi marilah kita bersabar dan konsisten menunaikan solat. Yakinlah Allah akan bukak jalan mudah bagi kita.

Sambil-sambil korang baca entri ni korang pasang la lagu Maher Zain. InsyaAllah. Aku bet mesti korang akan feeling habeh bila baca entri aku kali ni.

Apa?
Tak ada feel?
Huhuhu. Ye. Aku tahu. Siapa la aku ni nak bagi nasihat kat orang.
Masalah sendiri pun tak sattle-sattle. Kohkoh.

Okei la. Aku nak kurek hidung jap.




Tuesday, December 8, 2015

kembali ke jalan yang benar


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Makan roti hirup milo sambil buat blog. Sambil mengadap luar rumah. Didepan rumah ada sebatang sungai. Tak jauh. Cuma 30 meter saja jaraknya. Tak jauh kan? Yang menampakkan ia jauh hanya  kerana kawasannya berbukit sedikit. Apa ada disungai itu? Aku sendiri pun tak tahu. Dan tak pernah nak ambik tahu. Walhal ia betul-betul ada didepan rumah aku.

Kembali ke jalan yang benar.
Jalan yang lurus.
Jalan yang diberkati.
Jalan yang diredhai.

Orang cakap makin tua makin kena taubat. Makin kena banyakkan ibadat. Dan cita-cita  aku nak kembali menjadi hambaNya. Kembali kepada fitrah kejadian aku yang sebenarnya. Aku jadi macam ni sebab dah tua? Kalau korang kata aku tua, memang tak la. aku muda okei. Haha. Salah satu nikmat Tuhan bila Dia bagi aku muka muda. Alhamdulillah.


Banyak sangat nikmat yang Tuhan bagi pada aku. Aku ada kenderaan yang boleh bawak aku pergi kerja. Aku ada tempat tinggal. Aku ada suami kerja buat kapal. Aku ada baby yang tengah duk menjerit-jerit sebab aku tak dukung dia. Ada jiran yang selalu bagi makanan. Tapi aku asyik lupa nak pulangkan pinggan dia sampai hari ni. Aku ada famili aku. Aku ada famili mentua. Aku jugak ada boss yang super kool and steady. Aku jugak ada kucing yang tiba-tiba datang tumpang nak beranak kat rumah ni. Aku ada semuanya. Diri aku dan semua sekeliling aku.

Alhamdulillah.

Cumanaya aku sangat bercita-cita untuk kembali ke pangkal jalan Allah. Jalan itu ada. kadang-kadang sebagai manusia aku lupa dan lalai kepadaNya.

Kalau kita tak cuba lihat apa yang ada kat depan sampai bila-bila kita tetap akan berada di tempat yang sama. Macam sungai tadi. Ada dekat je dengan rumah. Terdetik hati nak pergi  tapi rasa macam tak perlu lagi.

Semoga segalanya dipermudahkan.
Amin.




Wednesday, November 25, 2015

anak dan dunia blog yang semakin tenggelam


Assalamualaikum

Betul cakap seorang makhluk Tuhan ni. Suatu hari nanti bila aku dah ada anak mungkin aku akan jarang nak update apa-apa entri kat sini. Dan kalau aku update sekalipun kebanyakan entri yang aku buat lebih banyak ke arah kisah anak, kisah lampin, kisah susu dan yang seangkatan dengannya. Aku jugak tak akan jadi seperti aku yang dulu. Yang lebih banyak merapu dan mungkin aku akan lebih banyak bermain dengan emosi ketika menulis. Mula-mula aku cuba nak nafi. Tapi sebenarnya dalam realiti aku tak boleh nak lari dari perasaan itu. Huhuhu.  

Anak.
Dunia blog yang semakin tenggelam.

Bila aku tengok muka anak aku, aku rasa takut dengan masa depan dia. Takut dengan keadaan dunia yang bergolak. Takut dengan persaingan yang terpaksa mereka tempuh. Takut dengan segala kemungkinan yang tak terjangkau oleh benak fikiran. Nak dibandingkan dengan zaman kita dulu, dunia dalam fasa yang penuh kedamaian. Pergi mana-mana, kamu nak terjun parit, kamu nak main aci ligan, kamu dan kerabat pokok. Dipersilakan. Tiada halangan. Tiada orang jahat. Tiada orang yang nak berdendam. Ya. Mungkin ada. Tapi tidak sekritikal seperti sekarang adanya.


Anak-anak zaman sekarang terpaksa bersaing seawal usia. Kalau terlambat maka akan tercicirlah dia. Kesian. Mereka terpaksa tanggung akibat daripada tempias perbuatan orang-orang yang lebih tua. Dalam keadaan struktur ekonomi, politik dan sosial yang mula menerbitkan ombak-ombak pergolakan, keadaan ini sedikit sebanyak buat aku rasa bimbang. Apa akan jadi pada nasib dan masa depan anak-anak kita. Mereka kecil. Mereka tak tahu apa-apa. Dunia mereka sepatutnya penuh dengan rasa gembira. Tapi orang yang lebih tua tabur rasa duka dan derita.

Aku takut bila fikirkan tentang masa depan mereka. Andai kata bergolaknya tanah air tercinta, bersediakah kita untuk melihat anak-anak kecil ini berselerak bergelimpang sepertimana yang tersebar di dada-dada media dan seangkatan dengannya.

Ya. Aku tak nafi. Masa depan kita semua berada dalam ketentuan Tuhan. Tapi perlukah kita hanya duduk sambil berserah bulat-bulat kepada Tuhan lalu berkata oh tidak akan jadi apa-apa walhal kita tak berusaha mempertahankannya?

Allah.
Aku takut.
And for my baby, mama sangat sayangkan kamu sebenarnya.




Thursday, November 5, 2015

lukisan hati


Assalamualaikum

Aku tengah makan buah pear sambil buat blog. Korang nak tak buah ni? Nah ambik la. Jemput gigit skrin. Huhuhu. Hello gadis-gadis comel yang bergelora jiwanya. Bila sebut pasal jiwa begelora mesti orang akan cakap, hah tu frust bercinta la tu. Oh man. Mohon untuk kembangkan minda anda ye.

Lukisan hati.

Hati kita tak akan ada siapa pun tahu apa yang tersirat dan apa yang berselirat di dalamnya. Kalau korang bercerita tentang apa yang telah terbuku dalam hati, aku bet bukan seluruh jiwa yang korang akan cerita. Kadang-kadang tu apa yang dicerita tak sampai pointnya sepertimana yang telah terbuku rapi dalam hati. Bahkan penceritaan yang disampaikan tu adakalanya lari jauh tersasar dari landasan dan kehendak kita. Bak kata pepatah lain yang dimulut lain pulak yang dihatinya. Heh. Ada ke pepatah yang macam tu?


Nak bercerita kat orang tentang sesuatu yang kita rasa bukan mudah. Berserabutnya hati boleh menyebabkan minda kita rasa berat tak terperi. Kita cuba lawan. Kita cuba katakan pada diri, oh aku boleh tempoh semua ini. Walhal jauh di sudut hati menangis lalu membentak, aku sebenarnya tak mampu untuk redah sorang diri.

Lukisan hati.
Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
Huhuhu.

Okeilah. Aku tak tahu apa yang sedang aku merepek ini. Aku sebenarnya tengah ambik mood nak kembali aktif di alam maya. Mana tahu kot ada rezeki idea mencurah-curah kan? Hihu. Tepuk dahi sendiri laju-laju.




Tuesday, November 3, 2015

ini bukan magik


Assalamualaikum

Dah lama sangat aku tak update apa-apa entri kat blog ni. Kalau dikira guna jari lebih lima purnama lamanya. Zaman dulu kala, lima purnama ni ibarat macam sang suami merantau ke negeri seberang bagi mencari rezeki. Lalu tinggallah sang isteri hidup berdikari tanpa suami disisi. Sangat susah kamu tahu. Telepon tak ada. Facebook nak update status dengan harapan suami baca pun lagilah tak ada waktu tu. huehue.

Maaf. Aku merepek.


Hari ni dah lebih lima bulan aku jadi mak. Last sekali aku update entri pada 13 mei 2015. Esoknya aku bersalinlah pulak. Sebab tu aku menghilangkan diri. Korang mesti rindu kat aku kan? Kalau tak rindu pun buat-buat la rindu. Jadi aku tak lah malu sorang-sorang. Huhu.

Bila tengok cermin rasa macam, heh aku ada anak? Sambil pegang pipi sendiri dan buat muka terkejut. Boleh kata hari-hari  aku terkejut dan masih tak percaya. Dan disebabkan terkejut tu la aku tak mampu nak update entri baru kat blog ini. Weehuu. Ok tak alasan aku.

Yeah.

Okeilah. Aku nak sambung tidor kejap. Hujan-hujan ni sangat syok buat tahik mata. Sementara anak tido maka kita ambiklah kesempatan yang ada.


Tata readers.




Wednesday, May 13, 2015

bawa bertenang sayang


Assalamualaikum

Selamat pagi. Pagi-pagi rasa pening. Kepala bepusing-pusing. Mahu tak bepusing, semalam aku buat kira-kira untuk satu kes tanah dan aku dapat jumlahnya RM100k plus plus. Bila kira balik hari ni nilai dia naik sampai Ringgit Malaysia berjuta-juta lemon. Bukan sejuta dan bukan jugak dua juta. Tapi berbelas juta kamu tahu. Wuwuwu. Dah kenapanya lari banyak sangat ni wahai encik-encik nombor hoi? Aku barangan kuat sangat ke waktu buat kira-kira tu? Kalau kira duit sendiri sebanyak tu bagus jugak. Heh.

Stress.
Bertenang.
Jangan stress.


Orang kalau stress sangat susah nak bertenang. Kalau nak bertenang je rasa stress datang menjadi-jadi. Kadang tu jenuh jugak pujuk minda sendiri lalu berkata, releks la. Allah kan ada. Masalah dan pemasalah yang wujud dalam hidup ni semuanya berkaitan dengan manusia kebanyakkannya.

Jadi untuk para pekerja sekalian marilah kita memotivasikan diri sendiri. Pujuk hati dan perasaan dan cakaplah dalam hati, aku buat kerja bukan kerana boss aku suka hamput aku. Bukan sebab boss aku push aku suruh siapkan laju-laju dan bukan jugak sebab dia, bukan sebab mereka semua.

Aku bekerja kerana Allah Taala. Allah yang bagi kerja ini. Dan mereka hanya perantara sahaja. Oleh itu mari kita buat kerja sambil melempiaskan perasaan gembira kerana Allah dah kurniakan rezeki untuk kita. Walau gaji hanya sedikit tapi sekurang-kurangnya ia tetap ada. Berterusan dan tak perlu meminta-minta. Melainkan minta kepada yang Maha Pemberi Yang Maha Esa.

Hoyeah! Tarik nafas dalam-dalam.
Dan marilah lompat dari kerusi ofis laju-laju.




Friday, May 8, 2015

pahala selepas kahwin


Assalamualaikum.

Selamat masuk waktu senja. Sementara nak tunggu masuk waktu maghrib ni aku update entri laju-laju. Mesti korang cakap hekeleh, daripada update entri baik ngaji barang sebaris dua ayat al-Quran. Boleh jugak dapat pahala. Hey guys. Aku tak suka menunjuk-nunjuk tentang kebaikan yang aku dah buat. Nanti orang kata aku riak, tak ikhlas lagi takbur. Waih. Haha.

Hai gadis-gadis comel yang sedang memakai telekong. Pakai comel-comel nescaya akan sejuklah hati bakal para ibu metua. Tapi kalau nak jumpa bakal metua janganlah hendaknya korang tetibe pakai telekong pulak. Kang mati keras terkejut pulak dorang. Huhu. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang sedang bersiap sedia nak menunaikan solat wajib lima waktu. Orang perempuan kalau tengok korang pergi solat wajib lima waktu mesti akan cair hatinya. Ini sungguh serius.

Solat.
Berjemaah.

Jarang sangat nak ada orang yang menunaikan solat jemaah lima waktu. Kalau ada pun kebanyakkanya daripada golongan pakcik dan makcik pencen je. Memang. Aku tak nafi ada je golongan muda yang datang. Tapi tak ramai. Dan kebanyakkanya yang ada adalah laki orang. Eh. Jap. Laki orang jangan main-main ye. Woaha.


Pahala selepas kawen.
Berlipat, bergulung, berkali ganda.
Mudah tapi yang mudah tu rasa susah.

Solat jemaah. Ustaz cakap boleh dapat pahala banyak sebanyak banyaknya. Kalau korang dah kawen maka korang akan memperoleh keberuntungan nilai gandaan yang tinggi. Tak dapat jemaah kat masjid boleh jemaah dengan isteri. Sebelum solat tatap muka isteri pakai telekong. Senyum senyum. Kenyit mata barang sekali dua. Sungguh. Boleh buat korang teruja nak solat sama-sama. Sebagai tanda syukur sebab Allah dah kurnia isteri comel dan suami gagah jadi imam di dunia. Cuba korang pejam mata. Dan bayangkan situasinya. Oh mai. Suwiiitt sangat habaq hang.

Rugi tak kawen kot!
Manis sangat. Semanis kurma yang kamu telan itu.
Selamat solat maghrib para-para dan pari-pari-pari dunia.
Weehuuu.




Thursday, April 30, 2015

kenapa awak tak pernah minta apa-apa dari saya?


Assalamualaikum

Selamat petang. Hari ni hari hujan. Eh. Bukan hari ni je. Boleh kata setiap hari. Petang-petang mesti hujan. Tapi, dah nama pun kawasan paling lembab di Tanah Melayu sudah tentulah hujan dan air tak dapat nak dipisahkan. Ye dak? Hai gadis-gadis comel yang sangat baik hati. Dah la baik hati. Comel pulak tu. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang berbudi pekerti dan tahu menghargai nilai hakikat seorang manusia. 

Awak, ni untuk awak. 
Terima kasih. Tiba-tiba rasa mata berkaca. 
Ya. Berkaca tanpa disuruh-suruh. Berlaku secara tiba-tiba.

Mendapat sesuatu yang tak terduga memang sangat mengujakan. Nak nak pulak kalau benda tu datangnya daripada insan yang korang jatuh sayang. Yang jatuh cinta. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Dengan syarat korang kena tahu dan kena pandai hargai tentang apa yang diberi walau hanya perkara biasa-biasa. Mungkin pada pandangan mata kasar manusia lain benda tu tak akan bagi apa-apa makna. Tapi pada mata kita ia lebih daripada segalanya.


Awak suka tak?
Mata masih lagi berkaca.
Senyum lebar sampai ke telinga. 

Perasaan jatuh sayang boleh menyebabkan manusia yang dilamun cinta akan terima apa saja dengan seadanya. Kalau benda kecil pun boleh buat diri rasa teruja apatah lagi benda yang besar nilainya. Samaada besar atau kecil nilai sesuatu perkara itu sebenarnya bergantung kepada macam mana kita menetapkan aras penghargaan kita terhadap insan yang kita jatuh sayang apatah lagi yang kita jatuh cinta. Makin kita hargai dia makin kita rasa diri dia sangat berharga lebih dari segalanya. Nak nak pulak orang yang sudi terima kita. Setelah jenuh setelah puas kita mencari dia untuk suatu tempoh yang panjang dan lama.

Awak, kenapa awak tak pernah minta apa-apa dari saya?
Mata masih berkaca. Tapi kali ini bertambah-tambah pulak kacanya.
Nak diseka tak sempat. Lalu ia jatuh ke riba.

Sekian. Okei. Aku nak pikir karangan untuk next entri pulak. 




Tuesday, April 28, 2015

Hikayat baby dari masa depan : kita kena tahan ward baby..


Assalamualaikum

Selamat petang. Mama baru lepas makan pisang dua ketol. Diharap baby mama turut rasa betapa enakknya pisang yang abah baby beli semalam. Abah baby cakap nama pisang tu Rastali. Dah rupe bunyi tikus Ratatouille je kekdahnya. Mama baby ni mana kenal jenama-jenama pisang. Yang mama tahu pisang itu adalah pisang. Tak kira pisang kecik, besar, panjang, pendek. Ia tetap adalah pisang. Okei. Mari mama bawak baby ke pangkal jalan. Mama bukan nak cerita pasal pisang. Tapi cerita tentang hal kita berdua.

Wahai babyku sayang,
Mama dan baby kena tahan ward. Untuk tempoh 11 hari lamanya. Macam mana mama kena tahan? Ceritanya macam ni baby, waktu tu 14hb April 2015 (selasa). Mama pergi Hospital Taiping sebab nak buat routine check up. Dokter pakar nak check keadaan mama dan baby dalam perut mama ni. Mama pun pergi macam biasa tanpa ada rasa prejudis. Bila sampai turn, lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi dokter kemain bersilih ganti datang check perut mama. Tiga empat orang dokter datang check. Kejap kejap dokter berkerut dahi. Kejap kejap muka dorang blur. Kejap kejap dorang scan. Lepas tu dorang check jantung baby guna alat apa ntah.

Keadaan tu berlanjutan selama 4 jam lamanya. And then lebih kurang jam 12.00 tengahari dokter-dokter kat sana buat keputusan mama kena tahan ward. Dokter cakap baby sangat kecik. Dan kemungkinan baby akan lahir secara tiba-tiba. Mama terkejut dan sedih. Kenapa dorang tak bagi tahu tentang keadaan baby sejak awal lagi? Selama ni dorang cakap baby okei. Dan mama kena refer kat pakar sebab nak confirmkan tarikh lahir baby je. Bukan berkaitan dengan masalah lain. Rupa-rupanya masalah baby mama ni dah lama berlanjutan. Tapi dorang tak cerita sepatah haram pun. Sadis sangat mama rasa tahu. Sobs!


Wahai cinta hati mama tersayang,
Sebelum mama kena tahan ward mama kena suntik ubat kat pungkoq. Barang sedas. Tujuannya nak bagi ubat untuk kuatkan paru-paru baby. Sebab paru-paru baby akan berhenti membesar pada minggu ke 34. Dorang takut bila baby lahir secara tiba-tiba paru-paru baby tak mampu nak bertahan. Mama jadi panik bila dokter cakap macam tu. Dokter tu tak berhemah. Cakap agak kasar untuk orang yang dalam keadaan panik macam mama ni. Wuwuwu. Kalau mama tahu pungkoq mama kena cucuk, mama awal-awal lagi dah sapu lotion nak bagi gebu. Waha. Sakitnya rasa waktu kena cucuk tu Allah je tahu baby. Lepas kena cucuk mama tak boleh bergerak. Dari pinggang sampai hujung kaki mama lumpuh untuk tempoh beberapa minit. Mama nangis dalam hati. Tsskkk.

Lepas tu dalam pukul 1.30 petang mama masuk ke dalam ward. Nurse cari waris. Mama cakap tak ada waris. Mama datang semata dengan baby je. Abah baby outstation. Nak balik ke pangkal jalan memang tak la sebab abah baby nun berada jauh diseberang lautan. Huhu. Mama pun pasrah lagi berserah. Jalan sorang-sorang. Salin baju. Panjat katil lalu mama terbaring sambil menung dan merenung masa depan yang mama pun tak tahu macam mana. Mama nangis dalam hati lagi. Tssskk. Tssskkk.

Wahai baby gula-gula kapas mama,
Selama tempoh tu dokter datang check baby dalam perut mama. Alhamdulillah. Baby sihat. Sempurna. Cuma saiz baby kecik daripada keadaan yang sepatutnya. Tali pusat baby sepatutnya berpintal. Tapi bila scan dokter cakap tali pusat baby lurus. Huhu. Dokter cakap mungkin baby kurang bergerak pusing dalam perut mama diwaktu awal kejadian baby. Mama kira-kira lebih kurang enam orang dokter berkerumun secara berjemaah datang rawat mama dan baby. Tak termasuk dengan nurse. Masing-masing duk guna bahasa saintifik apa ntah. Dokter cakap baby punya berat 800g. Susut dari 1003g dalam tempoh 3 hari. Dan sepatutnya berat baby paling koman 1.8kg waktu tu.

Mama blur-blur. Kalau ikut hati dorang nak mama mamberanakkan baby secara paksa tanpa mama rela. Mama tawakal waktu tu. Mama betul-betul berserah kepada Allah. Tapi alhamdulillah. Sekali lagi nasib menyebelahi kita wahai babyku sayang. Sepanjang tempoh dokter terkebil-kebil cari punca pemasalahan yang timbul, mama baca macam-macam doa. Mama redha dan menangis dalam hati lagi kali ni. Tsskk. Tsskk. Tsskk. Dan kali ini pada hari khamis 24hb April 2015 dokter membuat keputusan untuk melepaskan mama daripada dijadikan sebagai tahanan tanpa kerelaan. Alhamdulillah. Waktu tu mama rasa seronok kemain. Kalau ada kepak memang mama dah terbang dah rasanya. Abah datang ambik mama. Rasa dicintai pulak waktu tu. Sungguh baby. Perasaan yang sangat serius. Wehuu.


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Wahai cinta hati dunia akhirat mama,
Mama sangat gembira bila baby mama bergerak-gerak dalam perut mama. Kejap kiri. Kajap kanan. Kalau boleh mama rakam memang mama rakam dah. Tapi tiap kali mama nak rakam dan-dan baby senyap. Hoih. Macam tahu-tahu ja mama nak rakam kan.

Mama tak kisah kalau tak ada orang nak baca blog mama ni pun. Tapi kalau baby yang baca mama suka sangat-sangat. Ha la. dalam ni mama banyak buat catatan buat baby mama yang tersayang ni. Bukan apa. Baby kena tahu, kadang-kadang kita sebagai manusia kita tak mampu nak luahkan apa yang kita rasa melalui kata-kata. Kerana perasaan itu terlalu sukar untuk digambarkan. Mama harap bila baby dah besar nanti baby akan faham apa yang mama cuba nak sampaikan pada baby.

Minggu depan 5hb Mei 2015 mama kena jumpa pakar lagi untuk tengok perkembangan baby. Semoga segalanya dipermudahkan Allah ya baby. 

Oh ya. Terima kasih kepada yang datang melawat. Abah dan mama (wawan dan opah baby). Afrina jugak. Abah dan mak (tokwan dan mak tok baby). Adik ipaq yang bagi buah strawberi cicah cekelat. Orang-orang sepejabat. Dan makcik-makcik yang tak dikenali tapi rajin datang menyembang dengan mama baby ni. 

Babai baby. Nanti mama catat lagi.
I lovee youhhh! 
Muah ciked. 




Thursday, April 9, 2015

jodoh dengan orang hodoh


Assalamualaikum

Selamat pagi yang sangat mengantuk. Konon nak jadi perempuan melayu terakhir dibumi bertuah Tanah Malaya, gigih aku bangun pagi-pagi semata nak siapkan sarapan untuk perut sendiri. Rasa perut ini dihargai pulak.

Hai gadis-gadis comel yang selalu rasa diri itu tidak sempurna. Nak nak pulak bila mana korang dapati bahawa sepatutnya sekarang ni korang perlu berada dalam fasa golongan mak-mak orang hendaknya. Yeah. Dah kehendak Allah tentukan macam tu, dah kenapanya mulut-mulut manusia lain bergigihan nak menjoyah tak tentu pasal kan? Dan tak lupa jugak kepada encik-encik hemsem sekalian. Aku tahu lelaki pun ada jugak yang mengalami masalah yang sama. Nak timang anak sendiri, tapi bakal ibunya pulak tak jumpa sampai kini. Huuuu.

Muka macam kena kapak tapi dapat girl macam Miranda Kerr.
Kegilaan apakah ini?
Heh.


Jodoh. Jodoh itu pasangan. Pasangan yang dah ditetapkan Allah sejak korang belum wujud kat atas katil bersalin lagi. Tapi kalau sebut pasal jodoh mesti orang akan berimiginasi bahawa sesungguhnya orang yang berkahwin itu haruslah mempunyai tahap kesepadanan yang tinggi. Kalau boleh kebarangkalian mempunyai persamaan itu mencecah hingga 360 darjah. Hampir sama. Hampir tepat. Nanti barulah boleh dikatakan sebagai sekufu dan bersekutu. Kalau dari segi rupa kena ada gaya. Senget sikit muka maka kata-kata caci akan diterima. Tu belum lagi masuk bab ekonomi. Poket mesti kukuh sejajar dengan kedudukan mata wang terkini.


Allah Maha Kaya. Dia jadikan mata setiap daripada manusia tu berbeza-beza. Mempunyai perspektif dan penilaian yang tak sama. Mungkin korang nampak muka lelaki tu macam kena kapak. Tapi pada girl tersebut itu bukan bekas kapak. Pada dia itu adalah kesan seni yang sangat dramatik sebenarnya. Nampak unik. Lain dari yang lain. Huhu. Penerimaan setiap orang tak akan sama bukan?

Apa yang penting jangan duk kalut sangat mengata orang. Jaga diri sendiri. Jaga mata sendiri. Korang jangan nak samakan taste korang sama dengan taste orang lain. Tak pasal-pasal nanti kena kebas tak ke naya. Jadi bersyukurlah kalau orang kata pasangan kita huduh. Walhal hakikatnya pasangan kita tu sebenarnya jelmaan Cinderella. Jadi cantik waktu malam je. Ye la. Malam-malam kena melaram lebih untuk suami. Hahahaha.

Okeilah. Malas nak merepek.
Aku nak sambung makan roti sardin.
Menteri cakap sardin ni makanan orang kaya tahu.
Bangganya aku. Makan sambil kembangkan hidung.




Tuesday, March 31, 2015

Sengheng Franchise Academy


Assalamualaikum

Sejak kawen ni aku rasa aku jadi lebih prihatin sikit dengan barangan keperluan rumah. Walaupun sikit tapi ada lah jugak perasaan nak prihatin tu. Ha la, dulu duduk sorang-sorang bolehlah aku nak buat ikut suka hati aku je kan. Nak basuh kain baju pun pakai sistem pijak-pijak dalam besen. Lepas tu perah dan jemur tanpa rasa bersalah. Kalau boleh jimat, aku jimat sebaik mungkin. 

Lepas tu bila dah kawen baru aku sedar tentang pentingnya ada keperluan asas rumah. Tapi aku bertuah sebab suami aku berjaya mengepaw sahabat beliau untuk beli hadiah kawen berupa barangan dari Sengheng. Hahaha. Aku gelak dalam hati. Ye la. Baru kawen la katakan. Kena la control kadar getaran ketawa pada tahap minimum yang mungkin. Keayuan tetap kena pelihara. 

Aku tak tahu pun yang Sengheng ni ada Sengheng Franchise Academy. Aku mati hidup semula ingat-ingat yang dorang ni jual produk semata. Dan sekarang nah. Dengan Sengheng korang boleh bina kerjaya korang jugak tahu. 


Kat sini korang boleh tengok ada lapan course yang ditawarkan. Menarik kan zaman sekarang punya academy. Dulu aku ingat nak study je kena masuk universiti. Lepas keluar universiti baru boleh bina kerjaya. Tapi sekarang dah tak macam tu dah. 



Untuk korang yang berminat boleh tengok details information di laman web Sengheng. Oh Ya. Ingat Sengheng maka mohonlah untuk ingat Awal Asahari dan Scha Al-Yahya. Sebab dorang cantik dan hemsem. Eh. Tetibe.

Terima kasih Nuffnang dan Sengheng.








hidup yang semakin sempit


Assalamualaikum

Selamat petang. Aku tak tahulah kenapa sejak komputer aku ni mengalami proses keluar masuk ward, ia mengalami tahap kemerosotan prestasi yang terlalu drastik. Kesian kat komputer. Kalau dia ada gigi dah lama aku kena gigit dah ni. Hoih.

Petang-petang ni emosi tak berapa nak stabil. Dah la lapar. Bila lapar mulalah otak aku akan berimiginasi tinggi tentang hal perihal lauk pauk sedap yang boleh disantap. Tapi semakin beremosi kalau otak mula imigine benda yang terlalu extreme yang berada jauh dari jangkauan poket. Seksa sangat perasaan ini kamu tahu. Terasa marhaen sangat diri ini.

Jap jap. Aku nak hirup susu ni kejap.

Okei. Apa kabar korang semua? Runsing? Yeah. Aku tahu korang runsing tentang hidup korang kan? Nak nak pulak bila lately banyak pulak benda pelik tetapi benar yang timbul dalam permukaan hidup kita ni.


Aku bagi korang satu benda yang senang. Kesempitan hidup. Sempit sangat ke hidup ni sampai korang rasa nak bernafas pun sikit punya susah? Aku tak nafi semakin hari hidup semakin meruncing. Itu ini semua kena pakai duit. Aku rasa kalau udara ni boleh dijual beli mahu tak cukup tanah nak tanam manusia marhaen yang ada. Semuanya pakat mati belaka sebab tak cukup oksigen. Tapi Allah Maha Kaya. Dia bagi udara untuk semua.

Kesian aku tengok orang yang tak berduit. Aku pun tak berduit jugak. Kesian kat mardiana. Kesian kat diri sendiri. Kadang-kadang bila fikir lama-lama, fikir dalam-dalam, manusia ni semakin hari semakin jadi rakus dengan dunia. Tak tahukah mereka bahawa sesungguhnya semakin dikejar dunia ini, maka dunia ini semakin jauh meninggalkan kita?

Untuk rakyat marhaen seperti kita, kita tak ada pilihan. Membentak bagai nak gila. Tetapi keadaan tetap sama. Nak tak nak kita perlu hadap sambil memaksa diri untuk jadi lebih tabah dan redha. Barangkali ini ujian dari Tuhan untuk kita dan jugak untuk mereka. Ujian supaya kita sentiasa ingat padaNya dan jangan leka. Sambil cari rezeki sambil itu berdoa memanjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa. Dapat sikit pun jadilah. Esok usaha lagi.

Aku doakan semoga negara aku yang tercinta sentiasa dimurahkan rezeki. Dan rezeki itu dinikmati dengan penuh adil lagi saksama oleh pemerintah bersama rakyat jelita. Eh. Tak. Tak. Silap. Bersama rakyat jelata sebenarnya.

Huhuhu.
Sobs.



Monday, March 23, 2015

dua puluh tiga mac 2015


Assalamualaikum

Selamat solat asar kepada bidadari dunia. Yang cantik. Yang manis. Yang comel lagi ayu lagilah jelita. Dan selamat menjadi imam kepada para hero yang bakal menjadi penyelamat untuk bidadari yang dinantikan dari masa depan. Semoga korang semua mendapat keberkatan dalam hidup. Mendapat keberkatan dalam pekerjaan. Dan berkat dalam segala hal. Amin. Semoga Allah perkenankan. Semoga Allah permudahkan.

Esok aku kena jumpa pakar. Didoakan semoga semuanya baik-baik belaka. Walaupun hati tak keruan. Hati gundah gulana. Tapi nak tak nak aku kena jugak bawak perut yang tak berdosa ini mengadap orang yang berkenaan.


Wahai baby. Marilahlah kita bertabah secara berjemaah.
Walaupun kita pergi berdua je. Tapi tak apa lah. 
Esok baby teman mama. Mama teman baby.
Kira okei la tu kan. Masing-masing ada teman.
Hoha.

I love youuuu. Muah cikeedd!



Tuesday, March 17, 2015

hikayat baby dari masa depan : cerita sedih. dokter cakap baby kecik


Perasaan mak-mak makin menular dalam diri ini barangkali. Nak taip benda merapu tapi kadang-kadang rasa malu pulak kalau anak dari masa depan ni baca. Tapi mama dia bukan merapu. Mama dia merepek je. Buat apa nak serius sangat dalam hidup ni kan? Nanti tak awet muda. Huhu. Cuba korang tengok macam artis-artis yang ada. Selalu je cakap merepek. Jawab soalan dengan merapu. Dan hasilnya korang tengok muka dorang awet muda sentiasa. Umur 20 tahun macam 20 tahun. Umur 40 tahun pun macam 20 tahun. Huhuhu.

Okeilah. Baby. Mari ikut mama ke jalan yang benar. Mama nak cerita kat kamu tentang satu benda neh. Meh duduk dekat mama meh.

Assalamualaikum

Ini adalah surat untuk babyku sayang. Surat untuk baby yang dah masuk 7 bulan dah. Wah. Cepat sangat masa berlalu. Huhu. Takutnya nak beranak. Entah rupe mana la mama kamu ni bila beranak nanti kan? Mama kamu ni bukan macam Rozita Che Wan. Nak beranak pun sempat bertatarias bermakeup bagai. Huuuu.

Dear you. Babyku sayang.

Sekarang ni baby dah boleh dikatakan sebagai memasuki ke fasa kritikal. Maksudnya mama kena standby apa yang patut untuk baby dan mama. Barang baby pun mama tak beli lagi neh. Apatah lagi barang mama. Bukan apa, mama kena tunggu abah baby balik dari outstation. Sebab beliaulah sumber kewangan yang kukuh, jitu lagi padu untuk kita. Bila nurse tanya dah perpare ke belum, mama angguk-angguk je. Haha.


Kalau menurut perkiraan baby seharusnya mencapai berat minima 1kilogram. Tapi realitinya baby tak macam tu. Berat baby hanya 500 gram saja. Dokter cakap baby kecik sangat. Dokter tengok mama. Dia tengok perut mama. You punya baby macam 6 bulan kata dokter itu. So mama kena refer ke pakar. Sebab dorang nak confirmkan bila baby lahir and betul ke baby mama ni kecik. Sobs. Sobs.

Kecik hati mama bila dokter cakap macam tu. Selama buat checkup ni dokter cakap semua okei ja. Tak ada masalah. Saje je kan dokter ni nak main dengan perasaan dan emosi mama. Mama baby ni dah la comel. Berjiwa tisu pulak tu. Bertambah-tambahlah kecomelan mama baby ni. Hoih. Tetibe.

Sebenarnya mama ada satu rahsia. Sesungguhnya keturunan baby ni adalah hasil daripada genetik tungau. Hahaha. Dokter je yang tak tahu. Mama malas nak cerita kat dokter. Nanti dorang terkagum pulak.

Wahai baby. wahai nyawaku sayang.

Mama sedih jugak sebenarnya. Bila mama balik dari checkup mama nangis. Lepas menangis lapar la pulak. Hoih. Mama makan, makan dan makan. Makan dalam keadaan sedih tragis sangat rasa. Nak nak pulak mama kamu ni duduk sorang-sorang. Abah kamu semedang ja busy. Dah lama tak balik rumah pulak tu. Grrrr.

Dear you. Cinta gula-gula manisku.

Mama rindu kat abah baby sebenarnya. Sebab dah lama beliau tak pulang ke rumah. Tsskkk. Okeilah baby. Mama nak sambung menangis dalam hati ni. Baby tolong kesat hingus hijau mama ni boleh? Ala. Bukan banyak pun, sikit je. Apa la sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan mama ni dengan hingus hijau mama tu. Huhu.

Babai baby. Muahh cikeddd!
Mama sayang baby sangat-sangat.




Monday, March 9, 2015

sembilan mac 2015


Assalamualaikum

Hampir sepurnama aku tak bagi apa-apa nafkah kepada blog aku ni. Kalau lah blog aku ni hidup dan bernyawa mesti aku dah kena tangkap dengan pihak berkuasa sebab buat penderaan fizikal dan mental terhadap insan yang tak berdosa. Haha. Kejam kan. Dah rupe Cinderella dah blog aku ni. 

Kalau dalam versi gadis-gadis pulak, bila korang kena tinggal secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda-tanda mahupun apa-apa berita itu maknanya lebih baik korang move on and cari orang lain hendaknya. Ye la kan. Kalau dia sayang dan cintakan korang jadah napenya dia tinggalkan korang tanpa pesan? Pergi berjuang ke apa? Heh. Sangat tak patut kamu tahu.


Kalau nak berjuang, mendirikan rumahtangga pun boleh dikatakan sebagai perjuangan yang tulus lagi suci semurni sabun top. Ingat senang ke nak kawen. Banyak rintangan dan halangan. Nak nak pulak kalau korang punya duit tak cukup berpapan-papan. Macam mana nak dipersembahkan depan mentua ye dak? Haruslah direjek laju-laju tanpa was-was. Huhu. Sadis sangat.

Ye. Aku tahu tak semua mentua akan rejek bulat-bulat bakal menantunya. Tapi sekurang-kurangnya korang kenalah jugak get ready kan. Kumpul duit untuk hidup besama bakal suri honey hati.

Okeilah. Tak mahu taip pajang-panjang sebab aku pun dah tak tahu nak taip apa. Hahaha.

Babai. Jumpa lagi.




Wednesday, February 11, 2015

love language : ucaplah kata cinta perempuan pasti suka


Assalamualaikum

Selamat petang yang panas-panas terik mentari. Apa kabar wahai pencinta hati sekalian? Sebagaimana yang aku dah bagitahu kat korang sebelum ni, bahasa cinta atau dalam Inggerisnya love language ini terdapat dalam lima bentuk. Iaitu sentuhan, masa berkualiti, perkataan, membantu pasangan dan jugak memberi hadiah.

Orang perempuan suka dengan sentuhan. Dan ada juga yang jenis suka sekiranya pasangan dia meluangkan masa bersama-sama. Okei hari ini mari aku bawak korang pergi dengan lebih jauh untuk explore bahasa cinta yang seterusnya iaitu perkataan.

Orang lelaki selalu cakap yang perempuan adalah sepisis manusia yang cepat perasan. Benda yang main-main dianggap serius lalu terbitlah perasaan rasa macam orang tu syok kat kita padahal dia main-mian je. Huhuhu. Tak baik tahu mainkan orang. Kang kena sumpahan tujuh keturunan tak kawen-kawen tak ke naya.

Saya cinta awak.
I love you.


Manusia itu memang unik. Kadang-kadang korang rasa korang dah buat segalanya untuk orang yang tersayang, tapi sidia tetap akan cakap dia rasa tak disayangi. Tapi tahukah anda bahawa kadang-kadang dengan hanya ucapan saja boleh menyebabkan pasangan kita terawangan-awangan? Yeah. Orang macam ni mereka tak perlukan benda yang lebih-lebih untuk kita tunjukkan rasa cinta. Cukup dengan sekadar kata-kata. Bagi mereka itu seolah-olah mereka mendapat sebuah perhatian yang tak berbelah-bagi kamu tahu.

Ucapan cinta ni bukan hanya cakap i love you, you love me, muah muah muah. Tapi merangkumi banyak benda. Contohnya korang boleh bagi kata-kata semangat. Let’s say isteri korang penat bekerja and then dia merengek-rengek mengadu manja. Jadi jalan dia mudah je. Korang cakap la macam ni, “sayang kalau ada masalah kat tempat kerja bagitahu je kat abang. Meh abang debik muka boss tu seliang. Huhuhu. Apa yang penting kita sama-sama cari rezeki untuk keluarga kita. Dan abang doakan semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup diberkati. Muah cikedd kat pipi”. Huhuhu. Suweet kan ayat aku?

Ayat sweet sweet ni boleh buat hati perempuan cair. Eleh orang lelaki macam tak tahu pulak. Time nak ngurat kemain pandai mengayat anak dara orang. Gigih google ayat-ayat cinta, berpuisi lagi berpuitis. Bila dah kawen terus jadi kayu pulak ye. Hamboi hamboi. Biasa sangat tu. Babap kang.

Okeilah. Aku nak sambung makan kismis jap. Semoga dengan memakan kismis ini nanti, aku akan nampak bijak macam sang kancil dihadapan boss nanti. Weehuu.




sayang isteri tinggal-tinggalkan. sayang ke?


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat syahdu. Syahdu sebab tengah sedap-sedap tidor bila terjaga rupe-rupenya diri ini ada kat ofis sebenarnya. Huuu. Sedih sangat. Kalau ada kat rumah kan best. Tak ada lah nak rasa tak syok macam ni.

Hai gadis-gadis comel yang hidup merantau. Hidup jauh dari keluarga. Jauh dari sedara mara. Dan jauh dari orang tercinta. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang gigih merayap merata tempat pelosok alam mencari siapalah bakal surihoney hati yang selalu buat tulang rusuk itu bergegar lagi bergetar. Kadang-kadang bila cari dekat-dekat rupanya jodoh kita dengan orang jauh. Bila cari jauh-jauh rupa-rupanya ada dekat-dekat. Haih. Cinta itu tak kenal penat lelah sebenarnya. Cewawawah!

Pepatah ada cakap kalau sayang isteri tingggal-tinggalkan. Tapi ini bukan bermakna suami boleh buat eksperimen tinggal isteri tanpa sebab yang kukuh, padu lagi jitu. Apatah lagi tinggal dengan alasan tipu-tipu. Itu sangat tidak bagus untuk kesihatan dan kerukunan rumah tangga okei.


Kalau dah sayang kenapa tinggal?
Kata sayang?

Tinggal-tinggalkan itu orang dulu-dulu nak kita rasa apa erti bila kita kehilangan orang tersayang. Dan dorang nak kita hargai orang yang kita cintai itu bila dia ada dengan kita. Ye la. Kadang-kadang bila kita dah ada depan mata bukan nak hargai penat lelah kita. Ye dak? Nak nak pulak orang perempuan. Kami ni pergi kerja kena buat kerja . Balik kerja pun masih buat kerja. Nak tidur pun kena buat kerja juga. Eh. Hahaha.

Jadi hargailah kami sebagai perempuan okei. Bila kami tak ada baru kamu orang tahu bahawa sesungguhnya seorang perempuan boleh menjadi ayah dan ibu tetapi seorang lelaki belum tentu boleh jadi seorang ibu yang baik. Huhu.

Kesimpulannya. Suamiku, isterimu nak hadiah bila balik nanti ya. Nak hadiah best-best. Besar-besar. Dan banyak-banyak. Kalau tak mahal, hadiah bernilai tinggi pun tak apa. Heh.




Friday, February 6, 2015

hikayat baby dari masa depan : baby dah sebesar buah mempelam. nyum!


Assalamualaikum

Tarik nafas dalam-dalam. Duduk bersimpuh atas kerusi. Betulkan kaki yang dah lenguh berlipat-lipat. Sebenarnya mama kamu ada dalam bilik meeting ni. Sambil dengar luahan dari lubuk hati setiap pekerja sambil tu mama update entri. Susah jugak kalau jadi boss ni ya. Kata mama dalam hati. Tapi mama kamu bukan boss. Kuli je. Hewww.

Dear you babyku sayang,
Baby apa kabar? Mama harap anak mama ni sihat walafiat. Kalau ikut perkiraan minggu depan mama kena pergi balai menghadap. Kena menyerah diri untuk ambik darah dan ambik ujian air kencing. Sakit tahu tiap kali kena cucuk. Lepas cucuk berkudis-kudis mengelupas tangan mama ni. Huhu. Harapan mama result hemoglobin mama naik. Kalau tak naik nanti kena hamput dengan nurse. Kejam nurse tu. Hamput-hamput ibu mengandung yang tengah bawak ahli syurga dalam rahimnya. Baby tahu tak hamput-hamput tu apa? Nanti mama bagi kamus dewan bahasa dan pustaka edisi terkini hiburan sensasi dan baby rujuk kat situ tau.

Wahai gula-gula hati mama,
Kalau ikut pada kajian santifik, anak mama dah masuk 24 minggu untuk jumaat kali ini. 24 minggu bahagi  4 minggu sama dengan 6 bulan. Wah. Cepat sangat masa berlalu. Sekarang ni baby dah pandai buat macam-macam tau dalam perut mama. Mama boleh rasa baby gerak-gerak. Tendang-tendang sepak-sepak perut mama. Geli-geli tapi syok. Mama suka sangat. Tapi lepas tu mama terfikir akan sesuatu. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia bagi mama perasaan kasih dan sayang kepada mama untuk baby bila baby sepak-sepak perut mama. Mama harap benda ni biar kekal hanya dalam perut mama dan janganlah terbawa-bawa hingga baby dewasa. Mama tak mahu baby jadi anak durhaka. Tsskkk. Mama takut jugak sebenarnya. T_T


Anakku ku sayang. Cinta dunia akhirat mama,
Saiz baby makin hari makin besar. Ikut kepada perubatan, baby sekarang ni sebesar mempelam dewasa.  Dewasa rupe mana mama tak tahu la pulak. Rupe mempelam harum manis ke? Mempelam kacuk-kacuk ke? Tapi yang pasti kalau ikut kepada gen mama yang kecik ni, kemungkinan baby akan ikut spesis mempelam telur je. Haha. Omei sangat. Sepanjang 6 bulan baby dalam perut mama, baby baik sangat. Mama tak ada alah langsung. Pening ke. Muntah ke. Rasa nak pitam ke. Apa pun mama tak rasa. Sedar-sedar je perut dah besar. Sampaikan mama teringin rasa nak alah, lepas tu buat-buat alah dan muntah. Bila teringat balik rasa macam terlebih cerdik pun ada. Hahaha.  

Okeilah baby. Lain kali mama sambung lagi.
Mama nak rehat. Hari jumaat ni hari paling nikmat untuk mama buat taik mata. Huhuhu.
Love youuhh baby. Mama sayang baby sangat-sangat.
Muah! Cikedd.