Assalamualaikum.
Selamat masuk
waktu senja. Sementara nak tunggu masuk waktu maghrib ni aku update entri
laju-laju. Mesti korang cakap hekeleh, daripada update entri baik ngaji barang
sebaris dua ayat al-Quran. Boleh jugak dapat pahala. Hey guys. Aku tak suka
menunjuk-nunjuk tentang kebaikan yang aku dah buat. Nanti orang kata aku riak,
tak ikhlas lagi takbur. Waih. Haha.
Hai gadis-gadis
comel yang sedang memakai telekong. Pakai comel-comel nescaya akan sejuklah
hati bakal para ibu metua. Tapi kalau nak jumpa bakal metua janganlah hendaknya
korang tetibe pakai telekong pulak. Kang mati keras terkejut pulak dorang.
Huhu. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang sedang bersiap sedia nak
menunaikan solat wajib lima waktu. Orang perempuan kalau tengok korang pergi
solat wajib lima waktu mesti akan cair hatinya. Ini sungguh serius.
Solat.
Berjemaah.
Jarang sangat
nak ada orang yang menunaikan solat jemaah lima waktu. Kalau ada pun kebanyakkanya
daripada golongan pakcik dan makcik pencen je. Memang. Aku tak nafi ada je
golongan muda yang datang. Tapi tak ramai. Dan kebanyakkanya yang ada adalah
laki orang. Eh. Jap. Laki orang jangan main-main ye. Woaha.
Pahala selepas
kawen.
Berlipat, bergulung, berkali ganda.
Mudah tapi yang
mudah tu rasa susah.
Solat jemaah. Ustaz
cakap boleh dapat pahala banyak sebanyak banyaknya. Kalau korang dah kawen maka
korang akan memperoleh keberuntungan nilai gandaan yang tinggi. Tak dapat
jemaah kat masjid boleh jemaah dengan isteri. Sebelum solat tatap muka isteri
pakai telekong. Senyum senyum. Kenyit mata barang sekali dua. Sungguh. Boleh buat
korang teruja nak solat sama-sama. Sebagai tanda syukur sebab Allah dah kurnia
isteri comel dan suami gagah jadi imam di dunia. Cuba korang pejam mata. Dan bayangkan
situasinya. Oh mai. Suwiiitt sangat habaq hang.
Rugi tak kawen
kot!
Manis sangat. Semanis
kurma yang kamu telan itu.
Selamat solat
maghrib para-para dan pari-pari-pari dunia.
Weehuuu.
No comments :
Post a Comment