Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 2, 2012

contoh resume nak mintak kerja


[dah tentu mintak kerja tak kan mintak kawen]
Assalamualaikum

Aku ingat la kan, aku nak bagi sesuatu yang ada manfaat kat korang. Selama ni aku duk taip merapu-rapu je. Tak dak faedah langsung. So, sempena tahun baru ni aku nak bagi la kat korang satu benda, especially kepada pencari kerja yang tegar sekalian. Aku tahu, korang mesti serabut cari kerja kan? nak nak pulak sekarang ni kerja bukan main la payah nak dapat.

Nah, ambik. Aku bagi korang contoh resume. Itu pun kalau korang nak ambik la. 

muka surat 1

muka surat 2

Tips tulis resume:
gambar
silalah bubuh pic yang molek-molek ya. kena senyum. baru la pic tu nampak berseri. ni bubuh pic muka macam nak mintak penampar buat spoil mood je orang tengok.

email :
bubuh alamat email yang nampak serius. nak cari kerja kena serius. jadi email pun kena serius jugak. contohnya kalau korang taruk korang punya email babyloveyoumuahmuah@yahoo.com nampak tak profesional okei. rasa macam "eeww apahal minah ni nak mintak kerja tapi email bukan main eeww eewwnya." nampak macam budak-budak walaupun hakikatnya korang tu dah boleh digelar lebih daripada budak-budak.

mukasurat :
bilangan tak lebih daripada 2 mukasurat. tak payah tulis panjang-panjang macam korang tulis biodata salasilah 7 keturunan korang. tak ada siapa yang nak ambik tahu pun.

taraf pendidikan :
tulis dari yang tertinggi ke yang terendah. Tapi korang jangan pulak bubuh sampai tahap tadika pulak. Paling koman pun bubuh takat PMR je. Kalau result korang super bagus korang boleh bubuh sekali. Biar nampak yang korang tu sememangnya bijak macam sang kancil. Yang eloknya kalau korang dapat full A la. Kalau semua huruf korang rembat, aku syorkan tak payah la korang senarai setiap deret abjad yang korang dapat tu.  Meriah sangat pulak orang tengok nanti. Huhu.

pencapaian :
apa pencapaian yang pernah korang dapat? kalau korang pernah dapat dekan, korang tulis. jangan malu-malu nak tulis. Tapi ingat, tulis benda yang ada kena mengena dengan job yang korang mintak tu.

pengalaman kerja
tak pernah kerja macam mana nak ada pengalaman...? oho.. korang mesti pernah ada praktikal kan? so, kalau ada korang bubuh la benda tu sebagai salah satu daripada pengalaman kerja korang. jangan lupa bubuh scope of work. nak olah ayat kat part ni korang punya otak kena bijak dalam membelit dan memanipulasikan ayat. contohnya macam ni, let say waktu praktikal tu korang buat kerja-kerja pejabat, fotostate, failing dan yang sewaktu dengannya. so, dekat bahagian scope of work tu korang jangan pulak tulis yang korang buat kerja-kerja fotostate, susun fail, taip surat. korang kena tukar kerja-kerja tu guna ayat yang nampak lebih profesional.

misi dan visi :
ada orang bubuh ada orang tak bubuh. semua tu depends pada company yang korang apply. macam mana nak buat misi dan visi? Ok. semua ni bergantung kepada apa job yang korang mintak. contohnya korang apply jadi engineer kat pejabat saliran dan pengairan. contoh ya contoh. lepas tu korang kena ceritakan misi dan visi korang.

"misi dan visi saya adalah untuk menjadikan sistem pengairan dan saliran di kawasan ini menjadi lebih sistematik dan produktif dengan menggunakan kaedah bla-bla-bla. diyakini bahawa dengan menggunakan kaedah tersebut bla-bla-bla."
Usually misi dan visi ni orang tanya waktu interview.

rujukan :
rujukan ni pulak korang bubuh la orang yang ada jawatan yang boleh meyakinkan pihak yang akan tengok korang punya resume tu. seeloknya korang bubuh nama boss korang la. korang jugak boleh bubuh nama lecturer korang dan jugak nama penyelia or boss korang waktu korang buat praktikel dulu. ni terutamanya untuk student praktikel la.

ok guys. tu la sedikit sebanyak ilmu yang aku nak kongsi kat korang. kalau nak ambik, ambik la. kalau tak nak pergi main jauh-jauh. Hoho. 

kalau rajin sila la tengok contoh resume nak mintak kerja part 2 pulak ya.

p/s: belajar dari pengalaman dan pergaulan ^^




14 comments :

  1. kalau tulis CV dalam BM boleh ke? huhuhu

    ReplyDelete
  2. tu dia comel kat mata 2...
    ni contoh terbaik la nak buat resume...nnt gambaq jgn lupa edit mcm akak Mardiana 2 buat :P

    ReplyDelete
  3. Once you have succeeded in doing so close to quarter of your respective per hour, encourage the bbq to cool down all the way down for an estimated Five minutes following make use of an vintage trowel, and even sleek type
    of all steel metal and therefore properly scrape both parties for this barbq to i would say the
    sweaty exhausting deposits. Begin you see, the product evaluations with regard to
    problems carrying out and / or keeping proper temperature conditions.
    They are quality birthday gifts to all your mummy together with buddys which people benefit from hanging out in the kitchen space.
    These kinds of cookers assist you in preparing take breakfast every
    day, lunchtime and / or evening meal just smaller sized raising snacks.
    The situation have got some time precisely as it didnrrrt actually
    catch me personally just up until ultimately inside
    of video clip, merchandise online this situation as a final point reach.



    Also visit my website :: Gerardo Burchett

    ReplyDelete
  4. Hi, i think that i saw you visited my site so i came to “return the favor”.

    I am trying to find things to enhance my site!
    I suppose its ok to use some of your ideas!!

    Also visit my website; vacature in arnhem

    ReplyDelete
  5. This is the perfect blog for everyone who really wants to find
    out about this topic. You understand so much its almost hard to
    argue with you (not that I really will need
    to…HaHa). You definitely put a new spin on a topic which has been
    written about for many years. Excellent stuff, just excellent!


    my site; vakantiehuis frankrijk huren

    ReplyDelete
  6. What a data of un-ambiguity and preserveness of valuable know-how regarding unpredicted emotions.


    My site luxe vakantiehuizen ()

    ReplyDelete
  7. I'm truly enjoying the design and layout of your blog. It's a very easy on the eyes which
    makes it much more enjoyable for me to come here and visit more often.

    Did you hire out a developer to create your theme? Great work!


    my web-site particuliere vakantiehuizen

    ReplyDelete
  8. ada sample resume yg atas x??yang dah siap n tggal nk edit jee...heee

    ReplyDelete
  9. tq o much.... n i think can help everyone to find he/his resume

    ReplyDelete
  10. Nk tnya, kalo bhg skill/strengths cthnya nk letak apa ya ... :)

    ReplyDelete