Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 30, 2017

Dugro Core So Much More


Assalamualaikum

Hai mak mak budak sekelian. Apa khabar anda? Tengah bancuh susu anak ke? Mak dan bancuh susu berpisah tiada. Bila masuknya korang dalam fasa mak-mak, maka dengan itu secara automatiknya korang punya hidup berubah dengan serta-merta. Tak ada lagi istilah nak bangun lewat bersuka ria macam dahulu kala. Bak kata pepatah, anak didahulukan suami diutamakan. Huhu.

Kita ni bila dah ada anak kalau boleh semua benda yang kita buat hanyalah untuk anak. Macam bancuh susu jugak. Kalau boleh nak bagi susu yang bagus dan terbaik untuk dorang. Dan sempena hal ini sudah semestinya susu DUGRO adalah salah satu daripada perkara yang boleh menggembirakan ibu bapa.


Susu DUGRO ni ada banyak nutrsi yang baik untuk anak-anak. Antaranya adalah DHA yang penting untuk perkembangan otak dan mata anak. Haa, dari situlah segalanya bermula. Anak kita ni belajar dari memerhati keadaan sekeliling. Dan daripadanya akan diproses melalui otak dan diekspresikan melalui tingkahlaku dan pertuturan. Kita Nampak macam biasa biasa kan? Padahal ianya lebih dari biasa.  


Yang bestnya DUGRO jugak ada buat promosi tau. Beli dua pack susu DUGRO boleh dapat bekas makanan comel. (sementara stok masih ada). Ada warna kuning, merah jambu dan hijau gitu. Meriah bekal kamu nanti nakk. Huhu.


DUGRO jugak telah menganjurkan pertandingan memasak untuk mak mak tunjuk skill memasak makanan anak. Menang set memasak dan air fryer kamu tahu. Tapi tarikh pertandingan dah lepas la pulak. Huahua. Eh. Tapi korang jangan pulak mungkir bahagia dengan DUGRO. Walaupun tak dapat masuk pertandingan, tapi yang lebih penting perut anak korang gembira dan membesar dengan jayanya.

Okei. Jap lagi aku nak ambik anak kat pengasuh. 
Babai readers.