Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

mengapa perlu untuk rasa tertekan?

Assalamualaikum

sambil minum kopi susu cap dutch ladygaga yang agak lemak berkrim dan yummy ni, aku berjalan-jalan intai kot-kot ada benda best yang boleh aku bubuh dalam blog ni. tadi aku terjumpa satu entri yang sangat sesuai aku rasa nak dijadikan sebagai topik. iaitu stress. entri yang aku jumpa tu cerita tentang "orang islam tak sepatutnya stress". kredit untuk isuhangat. anda memang best. kalau aku nak relek kan kepala otak aku suka tengok isuhangat sebab entri-entri dia semua best belaka. i loike. ^^

aku ingat lagi orang selalu cakap "alangkah indahnya kalau kita kecil, dan tak besar-besar. sebab budak kecil tak fikir apa. yang dorang tahu main main dan terus main. makan pakai semua orang yang buat. gila best". tapi bagi aku tak semua budak kecil alami fasa yang best buat dorang. ada juga budak kecil yang kecil-kecil lagi dah terpaksa tanggung tekanan hidup.


memang aku tak nafi yang kita semua mesti akan rasa stress. cuma yang membezakan kita adalah jenis stress yang kita hadapi tu. stress boleh buat korang jadi gila kalau korang tak tangani dengan betul. kalau tak gila pun korang akan jadi mereng. tak pun paling koman korang akan jadi sewel. lebih kurang macam tu la. 

okei. sebagai orang Islam ada jalan untuk korang lepaskan diri daripda stress. bukan lepaskan diri tapi nak tenangkan diri. kita kena yakin yang benda apa pun yang berlaku kat kita ni semua adalah rahmat Allah dan ada hikmahnya. kalau benda tu memang korang yang cari pasal, itu memang patutlah korang tanggung. lagi pun Allah dah nyatakan bahawa;

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Al-Hadiid :22)


sebenarnya stress ni boleh kita sattle kalau kita fikir positif. contohnya korang banyak kerja kena buat. sana sini kerja. tak habis dengan kerja kat rumah pula stress dengan hal rumah. apa kata korang sattle down secara step by step. macam aku sekarang. disebabkan tekanan kerja banyak maka aku berblogging sekejap. lepas tu kejap lagi aku sambung balik kerja aku sampai aku rasa nak termuntah. agak-agak nak muntah aku blogging balik. macam tu la kitar hidup aku. lagi pun aku memang dah set siap-siap dalam otak, aku akan start tertekan dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang saja. lepas daripada tu sorry to say. haha.

tapi kan kalau kita tak stress, tak tertekan mesti kita akan lupa Tuhan kan. tak payah tipu lah korang tak lupa. mesti lupa punya. kita bila susah baru cari Tuhan. waktu tengok seronok apa agai ucap syukur pun tak ingat. uhuh!~
 
 

Monday, May 30, 2011

jangan risau bila jodoh belum tiba

Assalamualaikum

entri kali ni aku nak cerita pasal jodoh. sangat sesuailah dengan musim kahwin sekarang ni. kawan-kawan aku pun ramai yang dah bertemu jodoh dan ada yang akan bertemu jodoh dalam masa terdekat ni. congratulation to all of you. semoga berbahagia sampai akhir hayat.

okei. ladies and gentlemen. tadi waktu aku merayap-rayap aku terjumpa satu blog ni. agak menarik dan tertarik jugak entri-entri dia. dan dalam banyak-banyak entri tu aku agak suka dan agak  teruja dengan penulisan dia yang bertajuk "jangan risau bila tiada jodoh". kredit untuk beliau manjemusyuk. nickname yang tersangat la eeww eeww. aku tak pasti tuan empunya ni gugurl or boboi. tapi nampak gaya mesti cute gugurl ni. ^^


dalam entri tu dia cerita pasal cinta. pendek je nukilan dia tak panjang macam aku selalu mengayat. bila bercerita pasal cinta, budak kecil zaman sekarang pun tahu pasal cinta. cuba kalau kita sakat sikit, mula la ehem-ehem, malu malu, tersengeh tersipu semua ada. budak dah besar apatah lagi. lagi expert. tu belum masuk lagi bab orang yang dah terlebih besar. 

hakikatnya cinta diciptakan oleh Allah agar kita dapat ketenangan hati dan dapat bagi kesenangan pada pasangan kita. bukan untuk cari pasal lepas tu gaduh-gaduh. lukakan hati dia. apatah lagi untuk dipukul-pukul. bukan ya. please don't do like that. tak suka tau.
 
"Aku akan pertahankan dirimu bila kau dicerca oleh sesiapa saja.."
"Sampai bila?"
"Selama aku masih hidup"
"Selepas kau tiada?"
"Aku tahu kau tabah..."
"Bagaimana jika kau sudah tak lagi mencintaiku..siapa akan membela nasibku?"
"Itu tak mungkin berlaku"
"Hari ini kau kasih padaku. Esok belum tentu.."

huhu. sadis pulak dialog dia. 
aku pasti korang mesti tahu yang cinta hakiki adalah cinta kepada Allah. cinta manusia tak akan kekal lama. dan sesungguhnya cinta tak semestinya akan diakhiri dengan perkahwinan. tapi siapa yang nak macam tu kan. semua orang nak cerita cinta dia happy ending punya. tapi kita manusia hanya merancang dan Allah yang tentukan semuanya. kita kena terima kena redha. hati kena kuat!


gugurls and bobois yang belum kahwin-kahwin lagi disarankan agar jangan berputus asa untuk berdoa kepada Allah. berdoalah dengan yakin bahawa jodoh korang memang ada. ada tu.. mesti ada punya. sebab Allah telah menyatakan bahawa Dia dah ciptakan setiap makhluk tu berpasangan. termasuklah kamu, kamu dan kamu.

tapi macammana pula sampai mati kita tak kahwin? jangan risau ya sebab Allah akan temukan jodoh kita dengan pasangan yang juga tak bertemu jodoh semasa didunia. aku pernah dengar ceramah tapi tak ingat siapa yang bagi ceramah. dia cakap Allah akan sandingkan pasangan tersebut dengan pasangannya yang telah dipilih oleh Allah di syurga kelak. insyaAllah.

kepada bobois out there sebelum kahwin sila penuhkan ilmu di dada dulu. pastikan nanti korang mampu bimbing isteri yang korang cintai itu. bukan mampu pukul belasah macam dia sorang je ada perasaan orang lain tak ada. perkara itu perlu dielakkan. penuhkan ilmu di dada macam abang salih yaakob kita tu. sampai semua kouta full. huhu. 

kepada girls prepare yourself dengan benda yang patut korang prepare. aku sangat sarankan korang penuhkan ilmu di dada korang dengan ilmu seni mempertahankan diri selain daripada seni kulinari. sebelum ada mana-mana kaki dan tangan hinggap dimana-mana badan kita baik kita beware. aku rasa tak salah kot sebab kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi pada masa depan bukan.

wahai adik, kalau kamu sambung belajar...

Assalamualaikum

dulu-dulu aku selalu dimomokkan dengan ungkapan bahawa  budak lepasan U ni budak yang baik-baik. yang tahu menilai mana baik mana yang buruk. maknanya kalau lepaskan dorang pergi mana-mana  pun mak ayah tak perlu risau sebab dorang orang terpelajar. tak mungkin dorang akan lakukan perkara yang tak baik. campak mana-mana pun mesti terpelihara dan sejahtera hidup.

lepas tu bila ada kes-kes buang baby, kes bapak ayam, mak ayam, jual "produk" berasaskan bodyshop body, khalwat sana sini, hisap itu hisap ini, yang libatkan student IPT dorang masih tak percaya. "tak mungkin. budak U tak kan buat macam tu. sebab dorang budak U."


lepas tu aku juga selalu dimomokkan bahawa budak U ni dorang kalau bercakap pakai otak. dorang bercakap lebih open dan boleh diterima akal. sebab apa? sebab dorang budak U. dorang tak kan cakap benda yang bukan-bukan apatah lagi carut-carut, maki-makian.

budak U juga tak akan berpeleseran merata-rata tak tentu pasal sampai pukul 2,3 pagi. dorang tak akan keluar berfoya-foya. dorang akan study study dan terus study bagai nak rak. macam esok tak ada peluang nak hidup lagi. 


pendek kata apa yang budak U buat semua baik-baik belaka. tapi kenyataannya tidak sepertimana yang disangka. realitinya tak sama. tu belum lagi kes budaya terkejut-terkejut. dulu duduk sekolah, bila masuk U semua bebas. mak ayah tak ada nak pantau. tak ada siapa yang nak kisah korang nak pergi kelas ke nak tidor tak nak bangun-bangun ke, nak perhabis duit pinjaman ke, tak ada orang nak ambil tahu. pandai-pandai la nak uruskan sendiri.

tujuan aku bukan nak tulis tentang benda-benda buruk yang budak U dah buat. apa yang aku nak tekankan kat sini adalah persepsi dan harapan orang-orang kat luar sana terhadap setiap daripada mereka yang berjaya jejakkan kaki ke universiti. bila kita masuk U kita sebenarnya  memikul harapan ibu bapa kita. harapan keluarga harapan masyarakat. tapi ramai yang lalai dan leka. 


kepada all little cute girls and comel boys out there yang akan sambung study tak kira lah masuk universiti ke, kolej ke, apa-apa je, please take care of yourself. kat luar sana terlalu banyak benda yang mampu buat korang tergoda dan ternoda. apa yang penting ingat pesan mak ayah. jangan ikut sangat kawan or senior korang buat benda yang bukan-bukan. jangan cepat teruja. jangan malu dengan asal usul kita. dapat duit jangan joli katak. ingat mak ayah korang kumpul duit bagi korang masuk U bukan senang. bergolok bergadai.

tapi bukan semua berperangai tak baik. ada je yang baik-baik. korang jadi lah orang yang baik-baik dan jangan sesekali tergolong dalam lingkungan mereka yang tak baik. sekali korang tersasar susah untuk korang kembali ke pangkal jalan. percayalah.
 

Saturday, May 28, 2011

sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan

Assalamualaikum

entri kali ni aku nak cerita pasal nafsu. berbelanja ikut nafsu, makan ikut nafsu, bertindak ikut nafsu, tengok orang pun bernafsu. hoho. okei. semua orang ada nafsu. kamu, kamu, dan kamu pun ada nafsu jugak. nafsu ini perlu untuk disalurkan melalui saluran yang betul. kalau tak betul maka terjadilah onar. onar buang baby, onar buat maksiat, macam-macam jenis onar lah.

nak berperang dengan nafsu bukan senang tau. macam nafsu makan, tengok macam-macam jenis makanan ada, dan dan time tu jugak nafsu makan menjadi-jadi naiknya. macam tu jugak kalau nafsu bershopping. tengok pulak ada sale. memang syiok habis. tu belum lagi nafsu-nafsu syaiton yang lain. memang haru kalau tak dapat nak kontrol. tapi kita wajib lawan nafsu sebab syaitan tak kan dapat kuasai manusia tanpa nafsu. contohnya kes seks bebas. semua tu sebab dorongan nafsu. bagi merancakkan lagi suasana agar lebih hot, syaitan pun hasut-hasut buat maksiat. semuanya bermula dengan nafsu. kalau korang tengok orang pun tak bernafsu macam mana nak buat maksiat kan.


ada orang kalah dengan nafsu. dia tak cuba nak elak daripada ikut nafsu. ikut ja apa yang nafsu suruh buat. nafsu ni benda yang kita suka. kalau tak suka tak bernafsu namanya. ada juga orang yang berjaya lawan nafsu tapi nak lawan nafsu bukan mudah sebab perlu untuk ada kekuatan dan usaha yang konsisten.

bila kita cuba nak lawan nafsu tu, apa yang penting kita kena ingat yang Allah akan menilai usaha kita dan bukannya menilai samada kita dah sampai ke hujung jalan atau tidak. 

"katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengehtahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan," surah annur ayat 30. 


ok. nak kawal nafsu ni kena ada strategi. benda yang paling penting kita kena buat adalah tahan sumber kekuatan nafsu dengan berpuasa. bila perut lapar dan dahaga, ia boleh melemahkan semangat dan keinginan fisiologi dan biologi. tutup sumber kekuatan nafsu, mata kena jaga, telinga, kaki, tangan. cuba kawal tapi bukan sekat. paling penting sibukkan diri dan korbankan diri dengan ibadat. bila busy dengan ibadat insyaAllah kita tak sempat nak ingat nak buat maksiat.

macam mana nak mulakan? emm.. apa yang penting mula kan secara perlahan-lahan takat kemampuan kita. jangan terlalu tekankan diri sangat sebab ia mungkin akan bagi tekanan pada korang. tapi walaupun mula perlahan korang kena pastikan apa yang korang buat tu adalah secara konsisten. bak kata orang sikit tapi selalu. nak buat benda ni kita kena mula as soon as possible. kalau kita tangguh dan tangguh nanti lama-lama diri kita jadi payah nak buat sebab dah sebati hidup berlandaskan nafsu.


ilmu penting kalau kita nak berubah. sebab dari situ kita akan tahu tahap mana kita berada. kita kena kuatkan hati dan berazam yang kita boleh lawan nafsu tu. ikut nafsu akan bawa kepada penyeksaan. penyeksaan jiwa semasa hidup dan penyeksaan diri kita bila kita dah tiada lagi di bumi ini.

seelok-eloknya cari orang yang boleh bimbing kita. kawan dengan orang yang boleh bagi teguran dan ingatkan kita. dan rajinkan diri join program amal dan ibadat. dan paling penting sentiasalah berdoa kepada Allah. insyaAllah. kerana ikut nafsu sangat la yang buat kita jadi buta. maksiat sana sini. buang baby. rogol bunuh dah jadi perkara biasa. 


surah an-nazi'at ayat 40-41: "dan ada pun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keiginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tiggalnya."

Friday, May 27, 2011

fenomena halo matahari

Assalamualaikum

tadi waktu aku pergi korek-korek makanan kat sebuah kedai [pukul 12.36 pm] ada sorang makcik ni suruh aku tengok matahari. lepas tu aku yang tengah lapar ni, blur blur. apasal pulak dia suruh aku tengok matahari. aku tengah lapar gila ni.

"nape dengan matahari tu makcik?"
"ada benda pelik, macam pelangi"
"erk. lawa la kalu macam tu makcik"
"kamu tengok la bukan selalu macam ni"
"makcik jangan kerap tengok nanti rosak mata makcik"
"tak rosak makcik tengok ikut kereta"
"owh.. huhu.."

kalau makcik tu tak cerita pasal matahari tu sampai ke sudah aku yang berada dalam ketegori katak bawah tempurung besi ni tak akan tau menda macam ni. lagi pun aku berjalan bukan dongak ke langit. aku sentiasa tunduk lagi tawaduk melihat bumi. hoho.

ok. guys. ini fenomena pelangi mengelilingi matahari ataupun dikenali halo matahari terjadi di sekitar bandar taiping. berlaku sebab ada apungan-apungan kristal. nak tahu lebih lanjut sila kelik kat sini. boleh tambah ilmu. nanti tak la kita terkejut tak tentu pasal bila tengok benda-benda pelik fenomena alam.


picture ni aku grab daripada tuan empunya en.azreen. kredit untuk beliau. lokasi penthouse majlis perbandaran taiping.

p/s: setiap sesuatu yang terjadi hanya Allah yang lebih mengetahui. ^^


Thursday, May 26, 2011

little brown fish yuckss!

Assalamualaikum

aku rasa korang mesti pernah berdepan dengan situasi macam kat bawah;


aku tak tahu kenapa susah sangat la dorang nak cuci balik apa yang dorang dah produce. sangat eiii.. yuckss!~

muka kami muka tak berduit ;P

Assalamualaikum

situasi 1:
hobi aku tengok orang. tadi sambil buat kerja ada tiga orang manusia datang ke opis untuk promote pasal kad kredit. tiga orang manusia tu sangat bersungguh-sungguh bercerita pasal kad kredit yang dorang promote tu. lepas tu aku tengok dorang pergi dari satu meja ke satu meja dan jumpa dari satu staff ke staff yang lain untuk promosi kad kredit dorang. dorang promote kat semua orang, kecuali aku.

situasi 2:
waktu aku pergi shoping dengan adik aku dan abah aku, macam biasa kat shopping kompleks mesti akan ada promoter bekerja dengan tekun mempromote barangan dorang. setiap kali ada orang lalu mesti akan jadi sasaran dorang. dan macam biasa sasaran itu bukan aku, bukan adik aku dan juga bukan abah aku. bahagia sungguh rasanya bila berjalan tak ada orang nak kacau.

situasi 3:
aku dan abah pergi beli ink. abah duduk luar kedai sambil makan biskut kegemaran, sambil tengok orang lalu lalang. lepas tu aku tengok berlegar-legar sorang dua manusia ni edar risalah depan abah aku. setiap orang yang lalu mesti dorang akan bagi risalah and promote pasal barang dorang. dorang bagi kat semua orang kecuali aku dan abah aku.

best jugak bila macam ni sebab tak ada gangguan dari anasir-anasir luar.
kesimpulannya: kenapa kami tak diganggu? mungkin kerana poket kami dilindungi. hik!~

krisis ekonomi poket tak berisi

Assalamualaikum

entri sebelum ni aku ada cerita pasal bermulanya fasa untuk kita berubah akibat daripada tekanan dalam kehidupan. berubah kepada keadaan dahulu kala. merangkak kembali ke alam purba. aku tak tahu kenapa aku rasa yang hidup sekarang makin lama makin tertekan. lebih-lebih lagi bila kena berdepan dengan cabaran untuk menyediakan suatu jaminan untuk masa depan. bila tulis pasal masa depan, memang kita tak dapat nak ramal apa yang akan berlaku pada diri kita. entah sampai bila hidup, jadi apa kita untuk tahun-tahun akan datang hanya Allah yang tahu. tapi tu tak bermakna kita kena duduk goyang kaki. lepas tu cakap "entah apa la nak jadi aku ni" dan persoalan tu biasanya berlalu macam tu ja tanpa sebarang tindakan nak berubah.


memang agak tertekan bila tengok keadaan sekarang. dulu aku tak rasa sangat benda ni. tapi bila dah lepas alam belajar baru aku tahu nak cari makan bukan senang. nak cari untuk perut sendiri pun payah ni kan pulak cari untuk perut lain. tambah-tambah yang dah ada family. memang susah.

dulu waktu sekolah aku bukan pikir susah payah abah aku kerja cari duit. yang aku tahu celik mata pergi sekolah lepas tu cakap "abah, nak duit'" sambil sengeh-sengeh. sekarang ni nak spend duit untuk diri sendiri pun payah. huhu.

sekarang ni ramai orang yang alami krisis poket tak berisi. tensen. sangat sangat tensen. tambah-tambah lagi bagi mereka yang sedang sedaya upaya menceburkan diri dalam alam pekerjaan. tekanan amat kuat dari orang keliling.


bagi pencari kerja yang tegar kat luar sana aku pasti korang mesti berada dalam keadaan gundah gulana, jiwa bergelora dan berasa agak kecewa dengan tindakan kerajaan yang membekukan pengambilan kerja di sektor awam. keputusan yang agak mengecewakan ribuan hati. ada yang rasa give up bila keadaan macam ni berlaku. aku faham perasaan korang. 

walau apa pun kita tak seharusnya putus asa. teruslah cuba cari rezeki. usaha sedaya mungkin. dan yang penting tawakallah kepada Allah. insyaAllah. aku berdoa semoga jalan untuk kita semua mendapat rezeki dipermudahkan amin.. ^^

p/s: jalan itu pasti ada

Wednesday, May 25, 2011

sudah tiba masanya untuk kembali ke alam purba

Assalamualaikum

tadi waktu borak-borak dengan gang-gang perempuan kat opis sambil makan hasil makanan yang telah berjaya dorang pau daripada big boss, salah sorang daripada dorang cakap suatu hari nanti zaman cucu cicit dia nanti akan kembali makan ubi macam mana dia lalui dulu. bila aku pikir-pikir memang betul pun. sebabnya dia cakap barang sekarang kalau takat RM50.00 nak beli barang dapur apa sangatlah yang nak lepas. tu zaman sekarang belum lagi zaman akan datang.

orang cakap zaman akan datang adalah zaman yang penuh dengan kemajuan. yup kemajuan yang akan membawa kepada merempatnya generasi akan datang. kalau krisis ini tak diatasi dengan baik. sasaran pada masa akan datang adalah untuk meningkatkan pendapatan penduduk hingga capai berapa ribu ntah aku pun tak ingat. tapi aku yakin bahawa meningkatnya hasil pendapatan tidak akan menjamin bahawa akan meningkatnya kualiti isi rumah. sasarannya adalah tahun 2020. kira-kira 9 tahun lagi. oh! rasa tuanya diri ini T.T


kita tak payah nak tengok nak tenung nak renung jauh-juah. tengok masa sekarang dah lebih daripada cukup. sekarang nilai duit dah makin kecik. harga barang makin naik. minyak nak naik kot. sekali dia naik habih semua pun pakat nak naik. hantaran pun naik. gila ah. nak kawen pun susah kalau macam ni. 

sekarang ni orang macam aku tak ada pilihan. terpaksa memerah keringat untuk kumpul duit untuk masa depan. tapi nak kumpul bukan senang. sebab gaji pun ciput. uhuh. nak bayar itu ini. yang tinggal cukup makan je. wuwuwu.

aku sokong cakap makcik opis aku. generasi akan datang akan kembali ke zaman purba. tapi bagi aku tak payah tunggu akan datang sebab benda tu sudah bermula dari sekarang. tanpa kita sedar.. (--)"

masalah dalam menyelesaikan masalah

Assalamualaikum

secara jujur tulus dari hati yang suci murni, aku seharusnya akui bahawa aku memang tak ada bakat langsung dalam menyelesaikan masalah orang. nak sattlekan masalah sendiri pun terkial-kial ini kan pulak nak selesaikan masalah orang lain. tapi bila orang cuba mintak tolong selesaikan masalah, aku kadang-kadang tak dapat nak tolak pelawaan dorang. sebabnya aku kesian. rasa tak best pulak tengok dia sorang je yang bemasalah. rasa macam tak adil pulak biarkan dia dengan masalah dia walaupun masalah tu tak ada kena mengena pun dengan aku. 

semua orang ada masalah. aku sendiri pun ada masalah. masalah yang aku sendiri cari. haha. padan muka aku. masalah tu berbeza-beza dan biasanya bergantung keapada apa status korang, apa tanggungjawab korang. orang yang tak bertanggungjwab je yang rasa dia tak ada masalah dan dia banyak mendatangkan masalah.


dalam banyak-banyak masalah ada satu masalah yang kita semua kongsi sama-sama. masalah DUIT. ada duit masalah tak ada duit lagi masalah. bila ada duit, kita akan pikir macam mana nak tambah tambah dan tambah lagi duit. lepas tu bila dah banyak duit rasa takut pulak kot-kot duit kita tu orang lain nak sebat. orang yang tak berduit pulak akan pikir macam mana nak cari cari dan terus mencari duit. lepas tu bila tak dapat duit kita akan terus pikir sampai nak pecah kepala macam mana nak dapatkan duit. arghh! tensen ok.

macam aku bagitau sebelum ni masalah tu semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. kalau korang ada boi/girl friend maka masalah yang korang hadapi tu berkaitan dengan benda tu lah. kalau korang ada family, masalah dengan family, yang kerja masalah dengan kerja pulak. lepas tu tak ada kerja masalah tak bekerja. kalau study masalah dengan study. macam-macam lah.


bila orang mintak tolong aku carikan jalan penyelesaian, aku sendiri pun buntu. aku tak pandai nak bercakap apatah lagi nak nasihat. kalau aku bercakap ayat yang aku pakai tu tonggang terbalik. ayat yang kat belakang akan pergi ke depan. serius aku memang bukan pencakap yang baik. aku lebih suka menulis sebabnya bila aku tulis kalau ada mistake aku boleh padam, aku boleh liquick, aku boleh undo atau aku boleh delete. kalau bercakap aku memang tak boleh blah. tu sebab aku suka silent handphone aku sampai abah aku pun bosan. huhu. kalau cakap merapu tu boleh lagi, tapi kalau cakap benda yang serius aku tak boleh nak bagi idea on the spot. sebab aku ni lumpy. T.T

kalau orang mintak nasihat aku lebih suka advice dorang supaya kembali ke pangkal jalan. renung kembali. berbalik kepada ajaran agama. itu je yang mampu aku bagitahu. semua masalah yang berlaku ada hikmah. tapi bila aku cakap macam tu dorang tak boleh nak terima la pulak. ah! aku tahu korang memang nak mengada-ngada dengan aku kan.



p/s: tawakal dengan setiap perkara yang aku hadapi ^^

Tuesday, May 24, 2011

how do we show our love to someone we love.

Assalamualaikum

hello gugurls and bobois out there. tajuk entri ni macam jiwang je kan. biasanya kalau bincangkan pasal love love ni benda pertama yang terjah dalam otak kita mesti pasal boyfriend atau girlfriend. budak bawah umur je yang pikir macam tu. disebabkan aku berada dalam paras melebihi had umur maka perbincangan ni agak lebih terbuka dan bukan tertumpu kepada love love pasangan saja okei.

ada orang tanya macam mana nak tunjukkan rasa sayang kita pada orang yang kita sayang? eerrmm.. hurrmm.. pada aku semua tu bergantung kepada siapa orang yang korang sayang. contohnya macam aku. i do love my mami and my dedi so so much. tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa sayang aku pada dorang. hakhak. sangat tak berguna rasanya. T.T


ada orang lahirkan rasa sayang dia dengan kasik hadiah. bagi hadiah yang orang kita sayang tu suka. kalau dia suka hadiah mahal? ah. pedulik lah mahal ke murah. kalau dia sayang kat korang mesti dia terima punyalah. melainkan kalau dia sayang duit korang melebihi daripada sayangnya dia pada diri korang sendiri.

tapi kalau mak dan ayah pada kebiasaannya mereka tak akan mintak korang balas atau kasik apa-apa benda best bagi menunjukkan yang korang sayang kat mereka. apa saja yang korang kasik walau sekecil mana sekalipun walau semurah mana harganya, mak ayah kita akan terima dengan hati yang penuh ikhlas dan mata berkaca-kaca [terharu ya]. yang penting anak-anaknya menghargai jasa mereka tu dah memadai. tapi kalau korang mampu bagi lebih daripada tu lagi bagus. untuk mak ayah sendiri. bukan orang lain. sambil-sambil tu kumpul pahala. tak gitu?

kadang-kadang tu ada setengah orang bila dia cuba mengzahirkan rasa sayang dia, maka mula lah akan timbul cakap-cakap; 

"hah! nak bodek la tu"

budak ni baik semacam ja mesti ada udang disebalik batu. tak kiralah batu apa pun. mesti ada makna la tu. benda ni biasa dan lumrah. mesti akan ada mulut-mulut yang berbau unsur-unsur longkang aka limbah yang tak senang dengan perlakuan kita. ah. usah pedulik. persetankan itu semua. yang penting hati kita ikhlas.

atau ada jugak orang akan melahirkan reaksi lebih kurang macam;

"buang tabiat ke budak ni"

ada orang anggap perilaku kita luar biasa. luar daripada kebiasaan dan stigma orang kita bila tengok ja benda pelik sikit mula lah dorang kata kita buang tabiat. tak lama la tu nak tengok dunia. tapi jangan pedulik la apa orang nak cakap. ajal maut Tuhan yang tentukan.


ada setengah orang jugak dia tak mampu nak luahkan rasa betapa sayangnya dia pada orang yang dia sayang. pada dia tak ada perkara yang mampu menjadi perbandingan bagi menunjukkan rasa sayang dia. lalu dia akan senyap dan sepi tanpa menunjukkan sebarang reaksi. biasanya orang yang macam ni kalau bagi mereka yang berpasangan akan melabelkan pasangannya tak romatik sebab tak reti nak tunjukkan rasa sayang dia. dia sebenarnya bukan tak romantik bukan tak reti, tapi rasa sayang sayangnya tak terperi sampai tak ada perumpamaan yang boleh dia pakai untuk tunjukkan betapa sayangnya dia kat korang. 

bagi mak ayah pulak kasih sayang mereka memang dah tertunjuk sejak kita baby, sejak kita dalam perut mak kita lagi. tak usah nak pertikaikan banyak mana kasih sayang mak ayah kita kat kita. kalau dorang tak sayang kecik-kecik lagi dorang dah campak korang dalam longkang tau.

apa yang aku suka tekankan disini, kalau korang sayangkan orang yang korang sayang tu, sila ambil perhatian tentang dia. sila ambil berat hal dia. dia akan rasa dihargai. korang jangan pulak ambil tahu tentang girlfriend atau boyfriend je lebih-lebih, ambil tahu pasal mak ayah korang itu lebih penting. mak ayah tak ada ganti. kalau takat boy or girl tu bila-bila boleh cari.


p/s: sayang dalam hati

ikhlas yang tak terbalas

Assalamualaikum

I.K.H.L.A.S. dah nama pun ikhlas jadi dah tentulah kita tak harap kepada apa-apa balasan. tapi korang pernah tak dengar ungkapan lebih kurang macam ni bunyinya;

"aku buat kerja ikhlas, macam ni dia balas?"

ikhlas kah kita bila kita ungkit kembali apa yang dah kita lakukan? wallhualam. aku tak pandai nak ulas benda macam ni. cumanya disini aku nak bincangkan tentang dilema bila kita berbuat sesuatu, apa yang kita buat  tu tak dihargai dan hanya dipandang sepi. senang cerita macam kita ni tak wujud je. padahal kita adalah antara penyumbangnya.


ada setengah orang kerja bagai nak rak, bertungkus lumus bagi idea. kerja dengan sangat komited, tapi tak dihargai. naik pangkat usah harap lah. naik gaji, tinggal harapan. berbanding dengan setengah orang, kerja relek je. kerah tenaga dan otak orang untuk bagi idea pada dia, tapi last-last dia yang dapat habuannya. memang tak patut. dan waktu tu mesti kita akan rasa;

"aku kerja penat-penat, tak boleh ke dorang hargai apa yang aku buat?"
"nak resign lah kalau macam ni!"

lumrah manusia kalau buat sesuatu mesti dorang harap kepada balasan. siapa yang tak nak kan? sekurang-kurangnya nyatakan penghargaan. bila kita dihargai kita akan rasa macam apa yang kita buat tu dipandang serius oleh pihak lain. rasa macam... rasa macam best kot bila orang hargai hasil kerja kita. rasa macam lubang hidung ni tak henti-henti kembang kempis bila orang puji.  haha. tapi tak payah puji pun tak apa, memadai dengan ucapan terima kasih pun dah kira okei jugak.

kadang-kadang tu bila dikenang-kenangkan rasa macam tak berbaloi je apa yang dah kita buat, apa yang dah kita sumbangkan. tapi kita tak sedar sebenarnya apa yang kita buat selama ini sebenarnya sudah terbalas. bukan balasan melalui kerja yang kita buat tetapi Allah balas melalui bentuk lain. habuan yang kita sendiri tak sedar. sebab biasanya bila kita buat sesuatu kita harap balasan atau penghargaan yang kita dapat tu adalah dalam bentuk yang sama jugak.

aku pernah borak-borak dengan sorang makcik ni. dia cleaner kat tempat kerja aku. dia cerita tentang betapa susahnya dia nak sara family dia dengan gaji hanya RM450.00. dia jugak cerita tentang betapa sombong dan bongkaknya orang-orang yang menganggap diri mereka high class memandang rendah terhadap diri dia yang hanya bekerja sebagai cleaner. dia cakap dia agak penat buat kerja macam tu tapi dia tak ada pilihan. korek punya korek aku dapat tahu yang anak dia dua orang tengah study engineering kat UTM dan yang kecik study kat MRSM. terdiam aku sekejap. sebenarnya makcik tu sangat bertuah. walaupun dia kerja cleaner, orang tak hargai apa yang dia buat, tapi Allah  bagi kurniaan yang lebih hebat.


jadi kesimpulannya apa yang kita buat tak semestinya akan dibalas sama seperti yang kita harapkan. apa yang penting jangan mengharap kepada balasan daripada manusia sebab manusia tu sendiri pun tak sempurna. ^^

Monday, May 23, 2011

dia terlalu comel di mataku

Assalamualaikum

disebabkan aku terlalu obses dangan seorang baby gurl ni maka dengan ini entri kali ini aku nak bubuh pix sigugurl yang sangat comel. aduyai!~ termimpi-mimpi aku dibuatnya. kakyati izinkan saya curi baby bqis sekejap ya. ^^

speechless


awat la hang ni comey sangat.

mencari ketenangan dalam kegusaran, dalam kegelisahan, dalam kesukaran, dalam kesusahan

Assalamualaikum

walau macam mana happy pun korang dalam suatu ketika aku kompem korang juga pasti akan rasa tak tenang jiwa dan raga. kalau tak banyak sikit pun mesti ada punyalah. kegelisahan dan keresahan yang berpunca dari pelbagai sebab. okei. kat sini aku nak share sikit tips untuk korang yang berjiwa resah gelisah. untuk korang yang nak cari ketenangan. 


elakkan daripada suka bersungut. terima qada dan qadar.
apa benda pun yang kita dapat, apa benda pun yang kita hadapi, jangan bersungut-sungut jangan merungut-rungut. tak baik tau. setiap benda tu ada reason yang Allah saja yang tahu. korang kena kuat kan hati kuatkan diri korang untuk terima segala apa yang korang dapat. walaupun benda tu korang tak suka. jangan ingat benda yang kita suka tu adalah baik untuk kita. itu semua dah Tuhan tentukan. qada dan qadar dari Allah. kat sini ada ada doa yang korang boleh amalkan :
"dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku, ya Allah jadikanlah aku ini redha dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku hingga aku tak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan cepatkan"

bertaubat dan elakkan dari melakukan dosa
bila kita selalu buat dosa lepas tu buat dan buat lagi hati kita jadi hitam jadi keras jadi busuk. kita tak akan dapat rasa tenang dalam hati sebab diri dah bergelumang dengan dosa. tak kiralah sekecil mana pun kesalahan yang kita buat tu kadang-kadang benda yang kecil tu lah yang selalu menghambat perasaan kita. yang selalu bermain-main dalam benak pikiran kita. perkara ni akan berlaku selagi kita tak menyesal dan bertaubat.

tak payah iri hati dan dengki dengan anugerah yang Allah berikan kepada orang lain.
wow. orang tu cantik. orang ni ensem. orang tu kaya. orang ni mewah. orang tu pandai, orang ni bijak. kita apa ada? ada pun tak ada. dah la tak pandai. muka tak cun. poket tak kembung. bila tengok orang lebih daripada kita mesti kita akan rasa dengki. rasa macam.. oh! sungguh tidak adil dunia ini. bila kita asyik pikir pasal orang, padahal orang tak pikir pun pasal kita, nak buat apa. sia-sia ja. try la improve diri tu jadi lebih baik. kalau asyik dengki-dengki busuk hati tak guna. dengki-dengki ni perangai gang-gang syaitan ja yang ada perasaan macam tu. elakkan lah ya.

ingat Tuhan banyak-banyak
kalau hati resah gelisah, gundah gulana, maka ingatlah Tuhan. Allah Maha Penyayang. baca zikir, dengar bacaan Al-Quran. insyaAllah Allah akan bagi ketenangan dalam jiwa korang. jangan kita rasa sedih dengan apa yang orang lain lakukan terhadap kita. dorang tu orang. manusia macam kita jugak. apa kuasa yang dorang ada? kuasa veto? ah persyaitonkan itu semua. Allah lebih berkuasa. ^^

 
ada orang nak tenang dia pergi buat benda yang bukan-bukan. pergi berhibur libur cucuk langit, makan itu ini, buat itu buat ini yang penting enjoy. yang penting boleh hilangkan stress boleh hilangkan gudah gulana. tapi untuk berapa lama? sejam dua? sehari dua? seminggu dua?

lecturer aku pernah cakap kalau kita nak hati kita tenang kita perlu lupakan segala kejahatan yang pernah orang lakukan kepada kita dan lupakan segala kebaikan yang pernah kita lakukan untuk orang lain.

kredit untuk BeritaHarian

hati bagai disentap direntap

Assalamualaikum

no words i can say
nothing i can do
just wait and see
for how long?
only God knows

okei ladies and gentleboy. emosi tiba-tiba tak stabil bila aku terlihat sesuatu. "ter" yang tak sengaja yang telah menerbitkan rasa gundah gulana, rasa cemas hiba dan rasa kecewa merana. perlukah untuk aku rasa seperti itu. aku rasa tak kot. orang macam aku tak berhak untuk rasa macam tu. aku hero [hero ke heroin?] dalam cerita hidup aku. so sebagai hero aku perlu lah kuat lagi gagah walaupun hati aku agak tersiat-siat. cuba tengok dalam filem dalam drama. hero kena hadapi macam-macam dugaan. kalau tak hadapi dugaan tak payah jadi hero. jadi pak pacak sudah. eceh. 


p/s: dengan penuh harapan hadapi dengan senyuman hik~ ^^


Tuesday, May 17, 2011

selamat hari guru : hepi teacher's day

Assalamualaikum cikgu!~

ok. selamat hari cikgu buat insan-insan tersebut :


mama : 
thanks sebab ajar kami kenal dunia. ajar kami suap makan sendiri. ajar kami berjalan. berlari. ajar berdikari [konon] dan macam-macam lagi lah.

abah : 
thanks sebab ajar kami dari kecik sampai besar. ajar kami kenal duit [itu sangat penting ya]. ajar kami baca papan tanda tiap kali ronda-ronda. ajar kami baca laju-laju ikut subtitle kat tv. lepas tu ajar kami subjek geografi walaupun sampai sekarang kami tak faham pasal longtitut, latitut ntah menda apa ntah yang sewaktu dengannya. paling tak boleh lupa ajar kami drive sampai abah terpaksa makan ubat hipertensi. huhu. sori ya dedi. anakmu ini berkaki kayu. tapi anakmu kini dah boleh drive sendiri walaupun tak lepas nak parking sisi.

cikgu zainab dan kak uji: cikgu tadika kemas [kampung cegar, bidor]
thanks a lot to both of you. sebab tanpa cikgu zainab mesti kami tak kenal apa itu ABC, 123. oh cikgu zainab. walaupun cikgu garang tapi cikgu sangat best. cikgu sangat komited ajar kami mengenal huruf dan nombor ketika kami tak tahu apa-apa. bayangkan, daripada tak tahu apa-apa lama-lama kami tahu apa-apa. entah apa yang aku tahu waktu tu aku pun tak tahu. haha. ok. untuk kak uji, thanks sebab sudi masak sedap-sedap untuk kami semua. sampai sekarang saya ingat laksa kak uji dan air susu yang terpaksa kami minum pagi-pagi. rasa agak pelik dan unik. nak tak nak terpaksa telan jugak. kang kak uji and cikgu zainab puk puk.semoga kak uji dan cikgu zainab cepat sembuh.

cikgu-cikgu sekolah kebangsaan bidor:
cikgu dari tahun 1 sampai tahun 6. tak nak senaraikan nama cikgu sebab nanti ada yang kecik ati pulak kalau tertinggal nama. cewah. padahal aku lupa nama-nama cikgu tu. huhu. apa pun walaupun lupa nama tapi aku ingat muka. kira ok la jugak tu kan. terima kasih cikgu ajar kami nyanyi lagu macam-macam waktu darjah 1 dulu. lagu "papaku pulang dari kota", lagu "ais kacang", lagu "labah-labah panjat perigi" banyak lagi lah yang aku tak ingat. 

cikgu-cikgu SMK syeikh abdul ghani bidor :
terima kasih cikgu-cikgu yang ajar dari form 1 sampai form 3. 

cikgu-cikgu smt kuala kangsar:
thanks to cikgu-cikgu kat sana jugak. kepada warden yang selalu rocall kitorang sampai kul 2,3 pagi. selalu jugak kami kena denda. kena hambat pergi prep. thanks a lot sebab sudi jaga kami yang nakal ntah apa-apa.

cikgu-cikgu smk buyong adil tapah:
terima kasih cikgu. dah tak berapa ingat cikgu punya nama tapi still ingat rupa. huhu

auntie tuition:
thanks teacher sebab ajar kami. hehe 

teacher wife cikgu tharu:
teacher! thanks sebab ajar kami adik-beradik. walaupun tiap-tiap kali tuition kitorang asyik telelap sebab teacher selalu pasang lagu tamil, tapi teacher tak pernah marah. huhu. suka tengok teacher tanda buku kitorang. sangat comel tulisan teacher. tapi kenapa ek, tiap-tipa kali kami datang , waktu tu lah cikgu tharu masak kari ikan. kari ikan. kari ikan. kari ikan. huhu. pening lor. teringat kat kucing teacher si tiger yang garang dan super ganas. thank u teacher!

ustaz dan ustazah [sar kampung dato' kamaruddin]:
terima kasih ustazah dan kepada Allahyarham ustaz Hadi al-fatihah. sangat terharu bila tiap-tiap kali jumpa abah atau adik, ustaz mesti akan tanya pasal aku. T_T 

tokey driving school:
hoho. sori la tokey. kalau nak tahu aku dan adik aku merupakan student dia yang paling kurang sopan dan kuat melawan berbanding dengan student lain. mulut dia dah la laser tapi nasib baik kitorang ni jenis tak sentap. bila dia laser kami pun laser ganda dua jugak la. haha.

lecturer kat UUM:
ulu-ulu malaysia atau pun UUM. hehe. memang ulu pun nak buat macam mana kan. tapi ulu-ulu pun last-last kat situ jugak aku menimba ilmu. timba la konon. anyway thanks to all my lecturers. sepertimana cikgu, hanya certain lecturer ja aku ingat nama and rupa. ada setengah aku ingat rupa tapi tak ingat nama. ada juga yang ingat nama tapi langsung tak ingat rupa. huhu.

ada banyak lagi cikgu-cikgu especially yang telah menjadi "cikgu" aku secara tidak langsung. hepi teacher's day to all of you. jasamu dikenang ya wahai para guru. muaaxxx!~ muehehe.





dia bukan penipu tapi dia terpaksa menipu

 Assalamualaikum

tulisan untuk kali ni agak pendek sebab susah aku nak ungkapkan tentang tajuk entri kat atas. tapi aku tahu korang mesti faham apa yang cuba aku nak sampaikan. cumanya, kalau nak menipu tu biarlah dalam keadaan atau situasi yang benar-benar memerlukan korang berbuat macam tu. tapi kalau takat nak menipu sebab tak nak kasik parents korang tau tentang kejahatan yang telah korang lakukan, cuma satu ja aku nak pesan ; semoga korang dapat pembalasan yang setimpal.


The truth about the truth is… it hurts.. so … we lie… ~Meredith Grey (Grey’s Anatomy)

Monday, May 16, 2011

my dedi my hero

Assalamualaikum abah!~

yeay! selamat hari jadi buat abahku. selamat hari jadi yang ke-58 buat abahku yang terensem diabad ini. seperti mamaku, abahku jugak tak tahu yang aku buat entri pasal beliau. hoho. sori ya dedi. anakanda bukan buat apa pun. just bercerita pasal dedi yang sangat kool ini. hik!~

anyway terima kasih yang teramat sangat kepada abah sebab jaga kami dari kami kecik sampai la besar tak sudah-sudah. lepas tu kasik kami duit. lepas tu selalu hambat kami ke sekolah. dan tak lupa jugak terima kasih sebab pukul kami sampai kami jadi orang. kalau tak pukul mesti kami akan jadi insan gedik lagi mengada-ngada tak ingat. 


walaupun abahku sangat garang ketika kami kecik tapi garangnya bertempat. bila kami dah besar abah dah  tak garang dah. abah jadi sangat kool dan suka buat lawak kelakar tak ingat. paling best  bila abah sangat tak lokek bagi kami duit. itu lah part yang sentiasa kami nanti-nanti kan. haha.

kami sangat beruntung dapat abah macam abah. sebab abah baik. abah hantar kami ke sekolah. abah hantar kami pergi tuition. tapi kami tetap tak pandai-pandai jugak. hoho. disebabkan tak pandai maka abah bagi dorongan untuk jadi pandai. last-last kami jadi pandai. pandai pehabeh duit. haha.


abah adalah seorang abah yang sangat baik. semua hal kami abah yang uruskan. abah cari makan, cari duit belanja, uruskan hal sekolah, pergi pasar, bayar bil, urus itu ini semua abah yang buat. mama sangat best sebab dapat abah. mama duduk relek je kat rumah jaga kami berempat sampai kami besar. pergi pasar ke, bayar bil ke, apa saja hal rumah tangga semua abah yang settelkan. oleh sebab itu bila kami kena pergi pasar kami terkial-kial kerana terlalu dimanjakan oleh abah. huhu.

kami sangat sayangkan abah aka dady kool. hehe. love u so so much!~

p/s : harap-harap rancangan nak makan besar bersama dedi and mami kool rabu ni berjaya. insyaAllah ^^

spesel untuk mamaku yang terchinta chanduri

Assalamualaikum mama!~

oyey mamaku selamat merayakan hari-hari hari ibu buat mamaku yang terchinta chanduri. muaxx! untuk mama. entri ini aku tujukan khas buat mamaku. walapun beliau sekali-kali tak akan tahu akan kewujudan blog ini tapi aku nak dedicate jugak untuk mamaku. apa-apa pun thanks a lot mama sebab beliau sangat komited dalam membesarkan kami adik-beradik yang tak dengar kata ni. thanks sebab jaga kami sejak kami  baby lagi. thanks sebab bagi kami duduk menyempit dalam perut mama. lepas tu bagi kami mamam, mandikan kami dengan syampo johnson's baby yang warna kuning dan tak pedihkan mata tu. lepas tu bagi kami pakai baju comel-comel. bubuh bedak penuh badan dan muka agar kami bertambah cute mute. lepas tu masak untuk kami, basuh baju n macam-macam lagi lah. terima kasih jugak mama sebab pukul-pukul kami bila kami jahat lagi nakal. haha.


banyak sangatlah benda yang dah mama buat untuk kami. tak terungkap rasanya. ibu adalah anugerah yang paling tak terhingga buat kita semua. sabtu hari tu aku tengok hindustan kat TV2 cerita kegemaran abah aku. heroin tu cakap "didunia ini tidak akan ada mana-mana ibu yang mampu untuk menggantikan tempat ibu kita" yup. that is true. 

kita kena hargai pengorbanan ibu kita. itu semua orang tahu tapi tak semua orang tahu macam mana nak hargainya. bertindak dan bercakap dengan emosi yang keterlaluan boleh menyebabkan emosi ibu terguris. begitu juga kalau kita melakukan perkara yang beliau tak suka. tapi biasalah jiwa muda memberontak bila apa yang kita buat tak dapat persetujuan dari ibu kita. ibu mana yang nak anak dia susah kan. bila ibu larang kita akan cakap ibu kita kolot ketinggalan zaman. up to date sangatkah kita hingga sanggup melukakan sekeping hati seorang ibu? 


mama adalah seorang ibu yang sangat prihatin dan sangat concern pasal anak-anak beliau yang tak boleh blah nakalnya ini. walaupun kami dah besar tapi kami tetap mengekalkan sifat kenakalan kami tapi dalam versi dewasa. haha.

hari hari adalah hari ibu.

p/s: disebabkan aku buat entri ni kat opis maka aku tak dapat nak bubuh pic ratu chantik dihati kami sebab pic semua dalam lappy. muaxx untuk mamaku terchinta chanduri.

Wednesday, May 11, 2011

mana hala tuju lepas spm?

Assalamualaikum

okei adik-adik sekalian. mari mari mari. yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat. eceh. okei adik-adik, sebelum ni aku ada cerita sedikit sebanyak tentang beberapa laluan yang korang boleh pergi lepas SPM dan aku juga ada bagitahu yang aku nak bagi beberapa tips yang boleh korang pakai sekiranya korang konpius nak ambil kos apa bila korang nak pilih U nanti based on korang punya subject lah. tapi sebelum tu hari ni kakak yang berhati baik dan budiman ingin bagi tahu bahawa penulisan ini khusus untuk korang yang pilih STPM sebagai landasan korang untuk terus kedepan. sebab aku dulu ambil STPM, jadi aku lebih expert pasal STPM berbanding dengan bidang-bidang lain.

 

tadi ada seorang pakcik yang amat mengasihi anaknya telah bertanya kepada aku,

"anak saya dapat masuk tingkatan enam. dia tulis dalam surat tu kemanusiaan. bagus ke kalau dia ambil?"

" eh! eh! dah tentulah bagus pakcik"

"macam mana nak tahu matapelajaran yang dia pilih tu nanti boleh bagi dia masuk U ya?"

ya. soalan ni la yang selalu orang lontarkan.

"kalau aku ambil subjek itu, subjek ini nanti nak masuk U aku boleh apply kos apa ek? boleh ke?


okei. benda pertama sekali yang korang kena tahu adalah apa cita-cita korang. bila korang ada cita-cita maka senanglah korang nak rancang masa depan korang. sekarang ni cita-cita korang based on kelayakan STPM yang bakal korang ambil nanti. persetankan tentang result SPM korang yang dah lepas tu. apa cita-cita korang? doktor? lawyer? majestret? tapi sebelum tu cita-cita korang kena la sesuai dengan aliran yang korang ambil. jangan pulak korang ambil aliran kemanusiaan tapi cita-cita nak jadi doktor. jangan mimpi okei.

Okei. Bila korang dah ada cita-cita, adalah amat perlu untuk korang merajinkan diri korang and search kos yang boleh korang amik bagi membolehkan korang dapat apa yang korang cita-citakan kat mana-mana U yang wujud kat muka bumi ni.

 contoh : ni kos architecture dari UTM. sila kelik utk tumbesaran yg lebih jelas

Bila korang dah tahu apa cita-cita korang and tahu kelayakan yang korang perlu ada maka bersiap sedialah untuk memulun sampai berjaya. Senang bukan. ^^

Bagi korang yang bercita-cita besar nak kerja dengan kampeni yang super best, super gempak dan super besar, korang boleh lah survey kat website dorang pas tu tengok job apa yang ada kat sana. Contohnya macam petronas. Bukan budak science stream ja yang boleh kerja kat sana, budak-budak art stream pun boleh kerja kat sana tau. Lepas korang dah aim apa kerja yang korang nak tu korang cari pulak apa kelayakan and subjek yang perlu korang pulun macam yang aku cerita sebelum ni. Bila dah dirancang maka senanglah hendaknya korang memburu cita-cita yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. ^^

 goodluck my dear adik2. blaja rajin2 n jadiklah mcm kakak yg budiman ni ye. ^^

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum

I should be grateful for everything I have.


i love myself and i love what i have.