Assalamualaikum
walau macam mana happy pun korang dalam suatu ketika aku kompem korang juga pasti akan rasa tak tenang jiwa dan raga. kalau tak banyak sikit pun mesti ada punyalah. kegelisahan dan keresahan yang berpunca dari pelbagai sebab. okei. kat sini aku nak share sikit tips untuk korang yang berjiwa resah gelisah. untuk korang yang nak cari ketenangan.
elakkan daripada suka bersungut. terima qada dan qadar.
apa benda pun yang kita dapat, apa benda pun yang kita hadapi, jangan bersungut-sungut jangan merungut-rungut. tak baik tau. setiap benda tu ada reason yang Allah saja yang tahu. korang kena kuat kan hati kuatkan diri korang untuk terima segala apa yang korang dapat. walaupun benda tu korang tak suka. jangan ingat benda yang kita suka tu adalah baik untuk kita. itu semua dah Tuhan tentukan. qada dan qadar dari Allah. kat sini ada ada doa yang korang boleh amalkan :
"dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku, ya Allah jadikanlah aku ini redha dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku hingga aku tak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan cepatkan"
bertaubat dan elakkan dari melakukan dosa
bila kita selalu buat dosa lepas tu buat dan buat lagi hati kita jadi hitam jadi keras jadi busuk. kita tak akan dapat rasa tenang dalam hati sebab diri dah bergelumang dengan dosa. tak kiralah sekecil mana pun kesalahan yang kita buat tu kadang-kadang benda yang kecil tu lah yang selalu menghambat perasaan kita. yang selalu bermain-main dalam benak pikiran kita. perkara ni akan berlaku selagi kita tak menyesal dan bertaubat.
tak payah iri hati dan dengki dengan anugerah yang Allah berikan kepada orang lain.
wow. orang tu cantik. orang ni ensem. orang tu kaya. orang ni mewah. orang tu pandai, orang ni bijak. kita apa ada? ada pun tak ada. dah la tak pandai. muka tak cun. poket tak kembung. bila tengok orang lebih daripada kita mesti kita akan rasa dengki. rasa macam.. oh! sungguh tidak adil dunia ini. bila kita asyik pikir pasal orang, padahal orang tak pikir pun pasal kita, nak buat apa. sia-sia ja. try la improve diri tu jadi lebih baik. kalau asyik dengki-dengki busuk hati tak guna. dengki-dengki ni perangai gang-gang syaitan ja yang ada perasaan macam tu. elakkan lah ya.
ingat Tuhan banyak-banyak
kalau hati resah gelisah, gundah gulana, maka ingatlah Tuhan. Allah Maha Penyayang. baca zikir, dengar bacaan Al-Quran. insyaAllah Allah akan bagi ketenangan dalam jiwa korang. jangan kita rasa sedih dengan apa yang orang lain lakukan terhadap kita. dorang tu orang. manusia macam kita jugak. apa kuasa yang dorang ada? kuasa veto? ah persyaitonkan itu semua. Allah lebih berkuasa. ^^
ada orang nak tenang dia pergi buat benda yang bukan-bukan. pergi berhibur libur cucuk langit, makan itu ini, buat itu buat ini yang penting enjoy. yang penting boleh hilangkan stress boleh hilangkan gudah gulana. tapi untuk berapa lama? sejam dua? sehari dua? seminggu dua?
lecturer aku pernah cakap kalau kita nak hati kita tenang kita perlu lupakan segala kejahatan yang pernah orang lakukan kepada kita dan lupakan segala kebaikan yang pernah kita lakukan untuk orang lain.
kredit untuk BeritaHarian
No comments :
Post a Comment