Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

mengapa perlu untuk rasa tertekan?

Assalamualaikum

sambil minum kopi susu cap dutch ladygaga yang agak lemak berkrim dan yummy ni, aku berjalan-jalan intai kot-kot ada benda best yang boleh aku bubuh dalam blog ni. tadi aku terjumpa satu entri yang sangat sesuai aku rasa nak dijadikan sebagai topik. iaitu stress. entri yang aku jumpa tu cerita tentang "orang islam tak sepatutnya stress". kredit untuk isuhangat. anda memang best. kalau aku nak relek kan kepala otak aku suka tengok isuhangat sebab entri-entri dia semua best belaka. i loike. ^^

aku ingat lagi orang selalu cakap "alangkah indahnya kalau kita kecil, dan tak besar-besar. sebab budak kecil tak fikir apa. yang dorang tahu main main dan terus main. makan pakai semua orang yang buat. gila best". tapi bagi aku tak semua budak kecil alami fasa yang best buat dorang. ada juga budak kecil yang kecil-kecil lagi dah terpaksa tanggung tekanan hidup.


memang aku tak nafi yang kita semua mesti akan rasa stress. cuma yang membezakan kita adalah jenis stress yang kita hadapi tu. stress boleh buat korang jadi gila kalau korang tak tangani dengan betul. kalau tak gila pun korang akan jadi mereng. tak pun paling koman korang akan jadi sewel. lebih kurang macam tu la. 

okei. sebagai orang Islam ada jalan untuk korang lepaskan diri daripda stress. bukan lepaskan diri tapi nak tenangkan diri. kita kena yakin yang benda apa pun yang berlaku kat kita ni semua adalah rahmat Allah dan ada hikmahnya. kalau benda tu memang korang yang cari pasal, itu memang patutlah korang tanggung. lagi pun Allah dah nyatakan bahawa;

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Al-Hadiid :22)


sebenarnya stress ni boleh kita sattle kalau kita fikir positif. contohnya korang banyak kerja kena buat. sana sini kerja. tak habis dengan kerja kat rumah pula stress dengan hal rumah. apa kata korang sattle down secara step by step. macam aku sekarang. disebabkan tekanan kerja banyak maka aku berblogging sekejap. lepas tu kejap lagi aku sambung balik kerja aku sampai aku rasa nak termuntah. agak-agak nak muntah aku blogging balik. macam tu la kitar hidup aku. lagi pun aku memang dah set siap-siap dalam otak, aku akan start tertekan dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang saja. lepas daripada tu sorry to say. haha.

tapi kan kalau kita tak stress, tak tertekan mesti kita akan lupa Tuhan kan. tak payah tipu lah korang tak lupa. mesti lupa punya. kita bila susah baru cari Tuhan. waktu tengok seronok apa agai ucap syukur pun tak ingat. uhuh!~
 
 

No comments :

Post a Comment