Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 25, 2012

Padahal hati dah rabak


Assalamaulaikum

Selamat petang yang gelap dilingkari awan sarat yang berarak mendung. Menunggu masa memuntahkan isi yang ada. Hujan. Rintik-rintik. Renyai-renyai. Lebat-lebat. Hai kepada gadis-gadis comel yang hatinya banjir. Dilimpahi hujan. Adakala lebat. Lebat yang sangat tak terbendung. Tak sempat nak bawak lari hati untuk berteduh. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang hatinya yang hampir-hampir dah nak lemas. Tak apa, jangan bimbang nanti aku bagi pelampung. Eheh.

Soal hati adalah soal yang sangat rumit. Kalau ada exam tentang soal hati, aku rasa sampai meninggal pun tak akan ada orang yang mampu jawab segala persoalan-persoalan yang timbul. Hati selalu berubah-ubah. Kejap okei, kejap haru biru. Lepas tu okei balik. Rasa nak lempang je orang yang ada hati macam ni. Oh. Ya. Aku kena lempang diri aku sendiri tatkala hati aku pun selalu je mengalami ketidakstabilan yang tinggi. Sobs!~


Bukan senang nak bawak hati. Nak tuju ke arah keredhaan. Hati yang sendiri-sendiri, selalu rasa sunyi akan cepat rasa down. Tak ada orang yang sudi bagi sokongan akan menyebabkan korang rasa tersangatlah hidup ni tak berguna. Itu hakikat. Bukan senang nak cari orang yang boleh support kita. Alah, bukan support macam mana pun, just jadi pendengar setia and then mulut tu jangan lah pulak suka jaja cerita. Tapi bak kata metalika sad but true. Bahawa sesungguhnya untuk mendapat manusia yang mempunyai ciri-ciri itu adakalanya memerlukan sebuah keajaiban.

“kau okei ke ni…?”
“aku okei je… tak ada apa-apa…” 

Glup. Aku teruskan perjalanan kaki aku. Entah ke mana aku pun tak tahu.




Wednesday, December 19, 2012

Istikarah cinta : tips dan panduan


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis comel yang mengalami kecelaruan dan kekeliruan. Keliru dan celaru nak buat pilihan. Dan selamat petang jugak kepada jejaka-jejaka yang mengalami kebimbangan dan keserabutan. Bimbang dan serabut nak pilih yang mana satu awek cun yang harus disunting. Adakah nora danish pilihan yang cute mute tu atau pilih aku saja. Hahaha. Eheh.

Dalam islam kalau korang confisue nak buat pilihan dah ada dah garis panduan diberi. Aku rasa semua orang tahu. Istikarah namanya. Asal sebut istikarah je mesti dalam kepala otak otomatik dah set dah, barang siapa yang nak buat istikarah sah-sah tak lain dan tak bukan dia nak kawen la tu.

Oh. Pehlish. Tolong tukar mind set korang tu. Istikarah bukan untuk kawen je tapi untuk semua benda. Mungkin sebab kawen adalah sesuatu yang lebih dekat dengan hati dan perasaan maka sebab tu ramai orang cop and dah set dengan stigma macam tu.

Okei petang-petang yang dingin ni mari aku bawak korang mengembara lebih jauh. Istikarah tujuan dia nak dapatkan pilihan yang terbaik antara banyak-banyak pilihan yang ada. Kalau lah korang memang dah yakin dengan pilihan korang tanpa korang perlu buat istikarah, itu semua tak ada hal punya. Teruskan je dengan pilihan korang tu.

Tapi kalau korang rasa confiuse, rasa pening-pening, rasa 50:50, rasa masam masin sampai semua rasa ada and then tak tahu nak buat pilihan yang mana yang terbaik untuk korang, maka istikarah adalah jalan yang terbaik.


Bila waktu terbaik nak buat istikarah?

Bila-bila je korang nak buat boleh. Ikut suka hati koranglah. Tapi yang paling baik waktu hening malam. Waktu sahur. Iaitu hampir-hampir ke penghujung malam. Senang cerita time dah nak hampir ke subuh. Iaitu kira-kira 50 bacaan ayat al-quran sebelum tibanya azan subuh. Pandai-pandai la korang budget masa. Haha.

Macam mana nak sembahyang istikarah?

Okeh secara tulus ikhlas mohon untuk korang rujuk google. Banyak kot korang boleh dapat info. Tapi istikarah ni korang boleh buat dalam dua bentuk. Pertama khusus dan yang kedua gabung dengan solat sunat lain. Okeh aku bagi contoh. Khusus ni korang buat betul-betul berdasarkan kepada solat sunat istikarah yang telah diajar. Manakala yang gabung ni pulak korang buat istikarah digabungkan dengan solat sunat lain.

Contohnya macam ni. Korang masuk masjid and then korang buat solat sunat tahiyatul masjid. Lepas je habis solat sunat tu, korang terus berdoa menggunakan doa istikarah. Faham? Apa tak faham? Okeh dalam bahasa mudahnya, lepas habis sembahyang sunat, korang tak payah buat solat sunat istikarah. Korang terus je berdoa lepas solat sunat tahuyatul masjid tu.

Tapi yang lebih afdal buat secara khusus sebab khusus tu betul-betul untuk buat pilihan yang betul-betul korang nak.

Surah apa nak baca?

Apa-apa surah. Ikut suka hati korang nak baca surah apa.

Bacaan doa macam mana?

Doa dia sekali lagi sila rujuk google. Haha. Kalau nak baca doa dalam bahasa melayu pun boleh jugak. Tak ada masalah. Tapi kalau korang rasa doa yang sedia ada tu panjang korang boleh guna doa pendek. Korang ringkaskan je doa yang ada. Contohnya macam ni:

“Ya Allah pilihkanlah kepada aku dan tunjukkan pilihan terbaik kepada aku”

Atau

“Ya Allah aku ada dua pilihan, jejaka itu [nama] dan jejaka ini [nama], aku sayangkan kedua-duanya, Engkau tunjukkanlah yang terbaik untuk aku”

Ikut suka korang la nak baca doa macam mana sekalipun. Asalkan berdoa sudah.

Macam mana nak tahu yang kita dah dapat petunjuk?

Mimpi
Okeh. Ramai orang dah set dalam otak, barang siapa yang buat istikarah maka dia akan dapat petunjuk melalui mimpi. Ya. memang boleh dapat petunjuk melalui mimpi asalkan korang tu orang yang baik-baik. Sembahyang tak tinggal. Pendek kata iman kuat lah. Sebabnya mimpi ni banyak mainan syaitan ja. Ni korang sembahyang subuh pun pukul 7.30pagi. Lepas tu perangai haru biru, apa kejadahnya pulak korang nak dapat mimpi yang baik-baik. Kebanyakkan orang yang dapat mimpi yang baik-baik tu adalah orang yang baik imannya. Kalau rasa diri korang tak baik sila baik kan diri okeh.


Gerak hati.
Pentunjuk yang korang boleh dapat lepas buat solat sunat istikarah selain dari mimpi adalah melalui gerak hati. Which mean korang punya kecenderungan terhadap sesuatu benda. Let say ya, korang ada empat awek yang berjaya korang tackle. And then one day mak korang suruh korang kawen tapi korang tak tahu girl yang mana satu la yang korang patut nikah. Kalau sapu semua kang orang cakap tamak haloba.

So korang pening kepala and kepala pusing-pusing. Jadi jalan terbaik buat istikarah. Bangun dari tidor korang teringat-ingat kat semua girls yang dah berjaya korang tackle. Dalam ramai-ramai tu mesti akan ada rasa salah sorang dari dorang tu mampu buat korang rasa sejuk hati and tenang je bila teringat kat dia. So bila korang cenderung ke arah dia, maka pilih la dia. Korang lebih tahu tentang kehendak korang.

Semua urusan dipermudahkan
Ni pun salah satu daripada petunjuk yang boleh korang dapat. Apa saja urusan yang korang buat tu semuanya okei. Lancar je tak ada masalah. Apa saja urusan yang korang nak buat dengan girl tu semuanya dipermudahkan. Mak ayah korang okei. Tak ada halangan. Mak ayah girl tu pun sporting tak memilih tak banyak bunyi.

Contoh lain macam ni, korang dapat dua job dalam satu masa. Dua-dua memang korang nak. Keje best gaji masyuk. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Job yang pertama mungkin korang rasa susah sikit prosedur nak lapor diri. Nak mintak cop susah. Nak sediakan dokumen itu dan ini ada je masalah. And then untuk job kedua pulak korang tak ada masalah. Semua benda boleh sattle. Benda yang susah semua jadi mudah.

Aku dah buat istikarah. Aku dah buat pilihan ikut petunjuk yang aku dah dapat. Tapi kenapa aku tak bahagia macam aku harapkan?

Kalau korang buat istikarah apa saja keputusan yang korang buat for sure korang tak akan rasa menyesal dengan apa yang dah korang pilih. Confirm korang tak akan rasa menyesal punyalah. Sebab apa yang dah korang buat adalah sesuatu yang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk korang.

Apa yang berlaku dalam hidup kita adalah kehendak Allah. Dia lebih tahu tentang masa depan kita, tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita Allah lebih tahu apa yang terbaik untu kita semua. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Hanya Allah saja yang tahu.

Walluhualam. Selamat berjaya buat pilihan dalam hidup selamat berjaya dalam memilih cinta sejati. Cinta hingga akhir usia. InsyaAllah.




Thursday, December 13, 2012

kalau tak dapat macam mana?


Assalamualaikum

Selamat tengahari wahai gadis-gadis yang sedang tekun mengejar impian. Dan selamat tengahari jugak kepada jejaka-jejaka yang sangat komited mengumpul duit poket. Kumpul banyak-banyak. Macam mana dengan impian dan kumpulan duit anda hari ni? Tak memberangsangkan? Yeah! Masuklah skim cepat kaya. Hahaha.

Antara kebimbangan yang paling menakutkan adalah bila mana korang rasa kot-kot korang tak akan dapat korang yang nak. Takut bila tak dapat nanti korang akan kecewa.


Benda tu benda biasa. Lumrah hidup. Tu sebabnya kalau nak buat apa-apa kita kena berserah kepada Tuhan. Nanti tak la kecewa sangat.

Allah kan ada.

Ingat tu kancil. Jangan jadi macam lembu dan buaya.




muka macam heliza helmi : eh!~


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis. Yang semestinya comel. Cantik. Uhuh. Sangat tertarik dan menarik. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang wow. Yang berpoket tebal. Bila poket tebal otomatik muka korang jadi tersangatlah hemsem macam baru keluar dari oven. Eh bukan. Macam baru keluar dari spa. Serius tak tipu.  

“Eh! Eh! Muka akak macam heliza helmi la..”

Aku tersipu malu.. Tanpa dipaksa-paksa hidung aku terus kembang dua depa. Ada dua kelopak hidung maka jadi dua depalah kembangnya.
Tak lama lepas tu owh.. Tak jadi nak kembang.

“akak yang sebelah akak tu.. muka macam heliza helmi..”
“Owh. Itu adik akak. Eheh. Comelkan..”
 "aah.. comel macam akak jugak.."

Yes. motif tercapai. Nak dorang puji aku jugak. Muahaha. 

"B, [panggilan untuk adik].. muka hang macam neelofa la.." kata makcik sebaya aku.

Owh. rasa nak terkeluar laksa ikut hidung. Cepat-cepat ambik tisu. Kesat hidung laju-laju. Kali ini hidung aku kembang sebelah depa. Lagi sebelah kuncup kembali ke bentuk asal. Haha. Love you lah adik.




Tuesday, December 11, 2012

perempuan dan kereta : tak pandai parking mengundur?


Assalamualaikum

Holla. Hai gadis-gadis semasa. Yang suka jalan-jalan sambil drive masuk kampung keluar kampung. Masuk taman keluar taman. Ronda sana pusing sini. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang suka showoff kereta dengan harapan akan ada awek barang seorang dua tersangkut pada kekacakan kereta korang tu.

Majoriti gadis-gadis comel zaman sekarang ni ramai dah yang pandai bawak kereta. Macam aku jugak. Pandai bawak kereta. Auto je pun. Huehue. Tapi langsung tak pandai tentang kereta. Aku kalau drive kereta memang bijak sekali. Kalau tak langgar lubang bukan mardiana nama diberi. Kalau tak masuk lopak itu maknanya bukan mardiana lah yang drive.


Sangat jarang ada orang perempuan yang tahu masuk parking secara mengundur. Ada memang ada tapi tak ramai. Macam aku, aku sangat bijak kalau parking kat tempat kosong. Berdesup. Konon macam pro. Bila tengok parking full lutut aku otomatik berlaga-laga tanpa pedoman.

Orang perempuan yang mampu masuk parking secara mengundur dengan lagak yang senang hati secara amnya dorang ni ada sifat kelakian dalam diri dorang. Kalau tak banyak pun sikit mesti ada.

Disebabkan aku memang langsung gagal dengan jayanya nak parking kereta secara mengundur, maka tahap nilai dan ciri-ciri keperempuanan sangatlah tinggi dan menebal dalam jiwa aku. Haha. 

Betul tak teori aku?
Kalau tak betul ada aku kisah.
Akakak.





redha dan kecewa


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang senantiasa je nampak comel. Dah la comel. Baik. Lemah lembut. Manja dan yang sama waktu dengannya. Dan holla kepada jejaka-jejaka yang gagah perkasa. Hebat macam encik badang. Macam mana dengan hidup korang hari ni? Tak okei? Errmmm.. huhu..

Sebagai manusia dah tentulah korang nak hidup korang semuanya okei. Semua berjalan dengan lancar. Apa yang dibuat semua tak ada masalah. Tapi bukan semua yang kita rancang tu menjadi. Bukan semua yang kita nak buat tu kita akan dapat.

Nak tak nak korang kena redha.
Ya. Redha.
Cakap memang la senang kan. Tapi yang nak mengharungnya yang haru.


Proses untuk jadi redha adalah proses yang sangat susah. Sangat susah nak nak pulak kalau korang memang ada mengharap kepada sesuatu yang mempunyai harapan yang tinggi. Sangat-sangat tinggi. Bila tak tercapai kecewa yang amat sangat. Kecewa tu dah tentu. Tak akan ada orang yang tak akan rasa kecewa kalau apa yang dia hajat tak kesampaian.  Tak dapat nak lepas hajat menyahtinja pun boleh buat korang rasa kecewa inikan pulak kalau bercinta. Bahaha.

Rasa kecewa sebenarnya akan bawak korang dekatkan diri dengan Tuhan. Serius. Kalau Tuhan tak buat korang rasa kecewa aku kompem sampai sekarang korang duk terkinja-kinja and tak akan reti-reti untuk bersyukur dengan nikmat Tuhan.

Kan? Kan?




Monday, December 10, 2012

jangan biarkan mata itu terluka


Assalamualaikum

Hai kepada gadis-gadis manis yang bermata cantik sekalian. Dan holla kepada jejaka-jejaka hemsem yang bermata miang. Eheh.

As usual, hobi aku adalah tengok orang. Aku suka sangat tengok orang, lebih-lebih lagi anak teruna orang. Hahaha. Okei. Aku tipu. Sebagai perempuan yang bermata baik aku tak tengok anak teruna orang tau. Aku mengendap ja. Akaka.

Jaga mata sangat penting. Orang cakap dari mata turun ke hati. Dari mata jugak kita akan nampak sinar. Sinar sedih. Sinar gembira. Mata tak boleh nak tipu-tipu orang. 


Kalau boleh elakkan mata dari melihat benda-benda yang boleh membutakan hati korang. Tapi ye la, zaman sekarang ni nak elak memang susah. Banyak sangat benda yang nak ditengok. Tengok sekali tak  apa. Orang kata rezeki. Eheh. Tapi kalau tengok banyak-banyak kali meh sini aku bagi pelempang dengan harapan korang akan mengalami tahap kesedaran yang tinggi bahawa sesungguhnya mata itu boleh membawa kita ke arah yang tak baik.

Aku pun bukan baik sangat. Nak nak pulak hobi aku tengok orang. Huehue. Tapi sebagai manusia marilah kita jaga mata agar lebih terpelihara. Tak baik seksa mata sendiri. Mari kembali ke pangkal jalan. Tengok orang boleh. Tengok sambil memuji keindahan ciptaan Tuhan. 




Sunday, December 9, 2012

jangan marah


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang ayu lagi lemah lembut. Bila marah terus nampak muka macam harimau. Eh. Harimau tak apa lagi. Jangan macam muka tedung. Memanjang ja bengis. Dan holla kepada jejaka-jejaka yang bermuka serius sekalian.

Orang marah sangat jarang dapat kontrol kemarahan dia. Nak nak pulak kalau pendam perasaan marah yang dah lama tak terluah. Benda ni ibarat macam gunung berapi. Tengok dari jauh.. wah.. berkepuk-kepok asap.. cantik.. jom snap picture barang sekeping dua jap. Orang keliling boleh buat joke. Tapi bila gunung berapi dah membuak-buak dah kapasiti isipadunya, keluarlah la segala isi perut yang ada.

Kenapa orang marah suka hempas-hempas barang? Suka baling pinggan? Rasa macam nak hempok kepala orang kat dinding laju-laju? Or rasa macam nak singgahkan tapak kaki kat pipi dia? Heh.


Sebab bila marah akan wujud satu tenaga dalaman yang agak aktif. Cuba kalau korang tengah relek-relek. Kool. And tenang. Korang tak akan buat benda yang bukan-bukan. Apa kejadah pulak korang tiba-tiba nak lempar barang. Tak pasal-pasal kang orang lempar pulak korang ke dalam tanjung rambutan. Ye tak?

Bila buat sesuatu yang ekstrem. Korang akan rasa apa yang terpendam tu diluahkan. Tapi sebenarnya benda ni tak elok. Islam sendiri pun ada garis panduan kalau kita dalam keadaan marah. Kalau nak tahu search kat google. Haha. Aku malas nak cerita.

Sabar dan bertindak.
Gerak! Gerak! Gerak khas!
Eheh.

Aku susah nak marah. Serius.



Friday, December 7, 2012

seorang manusia seorang diri


Assalamualaikum

Pusing kanan, pusing kiri
Pergi kanan, pergi kiri
Aku jalan jalan jalan
Aku pergi sana, aku pergi sini
Aku buat itu, aku buat ini

Jaga diri baik-baik. Jaga diri sendiri. Sendiri buat. Sendiri ingat.

Susah jugak jadi perantau. Merantau kat tempat orang. Jauh dari mak. Jauh dari ayah. Apatah lagi sedara mara memang tak ada. kawan-kawan? Masing-masing ada life sendiri.

Eh. Tak apa.
Allah kan ada.
InsyaAllah.




Wednesday, December 5, 2012

mengulat lagi malas


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang sangat tekun bekerja menuju kerah kejayaan. Eh. Ayat sangat skema. Dah holla kepada jejaka-jejaka yang suka mengulat time kerja. Haha. Asal ngulat je mesti orang lelaki ya. Orang pumpuan tak ngulat. Tapi ngulor. Lagi dasyat dari lelaki. Hoho.


Boss, comel tak saya hari ni? Oleh itu saya malas buat kerja boleh? Eh. *muntah*







Tuesday, December 4, 2012

baby fund : 15 june 2013 : untuk baby yang bakal lahir nanti


Assalamualaikum

Hai adik-adik manis. Yang sangat manis dan comel macam baby dan holla kepada abang-abang handsome yang kacak macam abam aeron ajis. Bertambah kacak tatkala korang memeluk baby. Wah. Boleh cair hati gadis-gadis suci kamu tahu.

Sempena bakal kelahiran seorang baby yang tersangat-sangatlah dinantikan, aku ada buat satu tabung khas untuk seorang baby yang bakal lahir ke dunia yang penuh dengan onak dan duri ini. Welcome cute baby. Aku tak tahu kenapa aku sangat terover eksited dengan kelahiran baby ini. Padahal bukan baby aku pun. Kalau dengan baby orang lain aku tak kisah dan tak berapa nak pedulik sangat pun. Maklumlah baby orang bukan baby sendirik. Tapi dengan baby ni aku sangat teruja. Huahua. Oh. Tanda-tanda apakah ini?


Baby comel ini akan lahir 15 June 2013. Ya. Aku harap baby tu akan lahir pada 14 June. Sama tarikh lahir dengan aku. Hakhak. Sebab tu aku eksited semacam. Suka hati aku je nak dia diberanakkan dengan lebih awal kan.

Aku harap bila dah tiba masanya aku boleh bagi baby fund ni kat baby tersebut. Buat masa ni baru ada singgit je pun. Huehuehue. Tak apa. Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama bertimbun la duit. Eheh. Harapnya baby tu tak jadi mata duitan macam aku. Akaka.

Congrats to the husband and wife. Jaga baby baik-baik. Bukan senang nak dapat baby. Nak kawen apatah lagi. Huhuhu. Sobs!~ Jeles sudah pasti.





 

Monday, December 3, 2012

bercintalah kerana ia suatu anugerah


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah masuk ke senja dah nak masuk waktu maghrib. Sementara ada masa aku nak update entri kat sini. Aku cepat-cepat taip segala apa yang ada kat dalam otak aku. Ya. Muntahkan ia.

Hai gadis-gadis yang mengalami kecelaruan. Yang pening-pening lalat. Yang hatinya rasa goyang-goyang. Ya. Goyang gempa bumi melanda hati. Dan hola kepada jejaka-jejaka yang mengalami fasa ketidaktentuan hidup. Yang rasa kecewa bila hati yang ingin dimiliki makin lama makin jauh dari diri korang. Oh. Sangat tragis. Aku paham apa yang korang rasa. Uhuh!~

Hati punah lalu hancur bersepai tersangatlah sakit kamu tahu. Rasa macam nak putus asa. Rasa macam ah! Dunia ini sangat tidak adil. Kenapa perlu untuk rasa macam Romeo dan Juliet menderita sedangkan orang lain boleh hidup bahagia? Perlukah untuk jadi seperti Laila dan Majnun yang hidup merana? Cewah.

Tapi hidup sangat tak seronok kalau selalu merintih-rintih. Orang keliling pun naik fade up kalau korang asyik nak merengek je. Merengek dan rasa nak lempang kalau korang tak buat apa-apa tindakan yang positif. 


Jalan yang terbaik adalah kembali kepada Dia. Aku tahu, time bercinta mana adanya korang nak ingat kat Dia. Nak nak pulak kalau tengah dating. Jangan haruslah nak ingat. Termasuklah aku. Ekeke. Bila kecewa baru menggagau nak ingat Tuhan. Puii. Tu lah manusia.

"Hasbunallah wani'mal wakeel"

Nak dapat apa yang kita impikan mintaklah pada Dia. Sebab Dia yang ciptakan kita semua. Jangan bergantung harap pada manusia. Jangan merintih pada boyfriend yang dah tinggalkan korang dan jangan merengek-rengek kat girlfriend yang dah rejek pinangan korang macam tu je. Tak ada maknanya itu semua.

Bila korang selalu mintak pada Dia, selalu, selalu dan selalu, korang akan rasa dekat denganNya. Dan waktu tu baru korang akan sedar ada hikmah disebaliknya. Jangan lupa mintak dan jangan putus asa. Rugi kot kalau korang tolak cinta yang datang lagi. Tu anugerah kamu tahu. Bukan semua orang dapat rasa. Jadi bukalah hati. Kalau ada yang nak ngorat dan jatuh hati cuba buka ruang yang ada. Dan ingat letakkan ketentuan berpaksikan kepada Tuhan. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.