Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 11, 2012

perempuan dan kereta : tak pandai parking mengundur?


Assalamualaikum

Holla. Hai gadis-gadis semasa. Yang suka jalan-jalan sambil drive masuk kampung keluar kampung. Masuk taman keluar taman. Ronda sana pusing sini. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang suka showoff kereta dengan harapan akan ada awek barang seorang dua tersangkut pada kekacakan kereta korang tu.

Majoriti gadis-gadis comel zaman sekarang ni ramai dah yang pandai bawak kereta. Macam aku jugak. Pandai bawak kereta. Auto je pun. Huehue. Tapi langsung tak pandai tentang kereta. Aku kalau drive kereta memang bijak sekali. Kalau tak langgar lubang bukan mardiana nama diberi. Kalau tak masuk lopak itu maknanya bukan mardiana lah yang drive.


Sangat jarang ada orang perempuan yang tahu masuk parking secara mengundur. Ada memang ada tapi tak ramai. Macam aku, aku sangat bijak kalau parking kat tempat kosong. Berdesup. Konon macam pro. Bila tengok parking full lutut aku otomatik berlaga-laga tanpa pedoman.

Orang perempuan yang mampu masuk parking secara mengundur dengan lagak yang senang hati secara amnya dorang ni ada sifat kelakian dalam diri dorang. Kalau tak banyak pun sikit mesti ada.

Disebabkan aku memang langsung gagal dengan jayanya nak parking kereta secara mengundur, maka tahap nilai dan ciri-ciri keperempuanan sangatlah tinggi dan menebal dalam jiwa aku. Haha. 

Betul tak teori aku?
Kalau tak betul ada aku kisah.
Akakak.





No comments :

Post a Comment