Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 3, 2012

bercintalah kerana ia suatu anugerah


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah masuk ke senja dah nak masuk waktu maghrib. Sementara ada masa aku nak update entri kat sini. Aku cepat-cepat taip segala apa yang ada kat dalam otak aku. Ya. Muntahkan ia.

Hai gadis-gadis yang mengalami kecelaruan. Yang pening-pening lalat. Yang hatinya rasa goyang-goyang. Ya. Goyang gempa bumi melanda hati. Dan hola kepada jejaka-jejaka yang mengalami fasa ketidaktentuan hidup. Yang rasa kecewa bila hati yang ingin dimiliki makin lama makin jauh dari diri korang. Oh. Sangat tragis. Aku paham apa yang korang rasa. Uhuh!~

Hati punah lalu hancur bersepai tersangatlah sakit kamu tahu. Rasa macam nak putus asa. Rasa macam ah! Dunia ini sangat tidak adil. Kenapa perlu untuk rasa macam Romeo dan Juliet menderita sedangkan orang lain boleh hidup bahagia? Perlukah untuk jadi seperti Laila dan Majnun yang hidup merana? Cewah.

Tapi hidup sangat tak seronok kalau selalu merintih-rintih. Orang keliling pun naik fade up kalau korang asyik nak merengek je. Merengek dan rasa nak lempang kalau korang tak buat apa-apa tindakan yang positif. 


Jalan yang terbaik adalah kembali kepada Dia. Aku tahu, time bercinta mana adanya korang nak ingat kat Dia. Nak nak pulak kalau tengah dating. Jangan haruslah nak ingat. Termasuklah aku. Ekeke. Bila kecewa baru menggagau nak ingat Tuhan. Puii. Tu lah manusia.

"Hasbunallah wani'mal wakeel"

Nak dapat apa yang kita impikan mintaklah pada Dia. Sebab Dia yang ciptakan kita semua. Jangan bergantung harap pada manusia. Jangan merintih pada boyfriend yang dah tinggalkan korang dan jangan merengek-rengek kat girlfriend yang dah rejek pinangan korang macam tu je. Tak ada maknanya itu semua.

Bila korang selalu mintak pada Dia, selalu, selalu dan selalu, korang akan rasa dekat denganNya. Dan waktu tu baru korang akan sedar ada hikmah disebaliknya. Jangan lupa mintak dan jangan putus asa. Rugi kot kalau korang tolak cinta yang datang lagi. Tu anugerah kamu tahu. Bukan semua orang dapat rasa. Jadi bukalah hati. Kalau ada yang nak ngorat dan jatuh hati cuba buka ruang yang ada. Dan ingat letakkan ketentuan berpaksikan kepada Tuhan. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. 




No comments :

Post a Comment