Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 30, 2012

nak berjaya kena usaha : nak kahwin pun kena usaha


Sikit-sikit kawen. Sikit-sikit kawen.
Siapa yang tak nak kawen? ye dak? eheh.

Assalamualaikum

Hello perempuan-perempuan dan lelaki, lelaki, lelaki dan lelaki diluar sana. How are you today?

aku tahu korang semua mesti nak berjayakan? Mana ada orang yang tak nak berjaya. Tak kira la berjaya apa pun. Aku jugak tahu ada antara korang yang nak berjaya tapi malas nak usaha kan? kan? macam aku jugak. Haha. heh!

Kalau nak berjaya korang kena jadi orang yang luar biasa. I mean bukan jadi incredible hulk. No need to transform yourself jadi macam ultraman or something like that. You just need to change your mind. Semuanya bermula daripada minda. Korang kena setkan dalam minda korang yang korang mesti jadi orang yang luar biasa kalau korang nak berjaya.

Kenapa kena jadi orang luar biasa? Biasa-biasa tak boleh ke?
Well aku bagi korang satu contoh mudah. Let say, korang minat gila kat sorang awek ni. Awek comel. Dah la comel macam norkamadhia. Lemah lembut. Baik. Sopan santun. Semua pakej lengkap ah. So, sebagai seorang awek yang comel dan memiliki full pakej dah tentu la akan ada ramai lelaki yang nak tackle jugak kan. Jadi kalau korang nak kebarangkalian yang awek comel ni pilih korang jadi suami ni nak tak nak korang kena jadikan diri korang sebagai lelaki luar biasa yang bukan biasa-biasa macam lelaki lain. Which mean apa yang tak ada kat diri orang lain akan ada kat diri korang.

Orang akan nampak benda yang luar biasa berbanding dengan biasa-biasa. Contohnya macam aku dengan lisa suri honey bunny. Kalau aku duduk sebelah dia of course la secara membuta tuli orang akan nampak lisa suri honey bunny tu berbanding dengan aku kan? Sebab aku biasa-biasa. Aku bukan orang luar biasa. Takat mardiana ni siapa la yang nak pandang. Uhuh!~

Orang yang luar biasa akan diberikan lebih perhatian. Peluang yang dia akan dapat untuk terus ke depan lebih banyak daripada orang biasa sebab dia mampu ke hadapan berbanding dengan orang yang biasa-biasa. Contohnya antara orang yang pandai cakap BI dengan yang tak reti cakap BI dah tentulah orang yang reti cakap tu lebih banyak peluang kan?


Ala bapak dia datuk, kaya raya, dia pandai, banyak duit, handsome macam orlando bloom.  Aku ni tak ada apa. Muka dah la macam tembok. Tak berduit. Duit tak sempat tengah bulan dah abis. Nak kikis duit bapak, bapak aku pun tak ada duit.
Korang nak berjaya ke tak nak? Nak kahwin ke tak nak? Nak? Kalau nak, jangan banyak bunyi. Korang usah peduli kalau muka dia handsome macam Orlando Bloom sebab kalau korang jadi orang berjaya muka korang otomatik jadi handsome. Serius tak tipu. Dengan syarat duit mesti banyak. Haha


Matlamat kena ada
Kalau nak berjaya korang kena ada matlamat hidup. Apa matlamat hidup korang? Nak kahwin? Yes. Kalau nak kahwin berusahalah kearah perkahwinan tu. Kalau matlamat korang nak dapat kerja yang lebih baik berusahalah dapatkan kerja tu. Hidup tak ada matlamat dan sekadar berpuashati dengan apa yang korang ada langsung tak best kamu tahu tak. Matlamat tu tak semestinya untuk jangka panjang. Mungkin korang boleh buat target untuk 3 bulan akan datang. Atau untuk 1 tahun. Tapi benda tu kena realistic la dengan keadaan korang. Kalau korang target nak dapatkan Lamborghini Aventador dalam masa 2 minggu depan memang tak dapat la wei melainkan kalau korang tu adalah kamal ashnawi. Haha.

Korang kena yakin yang korang boleh ngorat. Op. bukan. Yakin korang boleh buat
Yakin tu penting okei. Stigma masyarakat korang kena buang jauh-jauh. Contohnya macam ni. Korang muka tak handsome. Tapi korang nak sangat kat sorang awek ni. Muka ala-ala nurkamardhia jugak yang korang nak. High taste kot dan awek ni berumur dari korang. Actually norkamardhia ni tak tua mana pun tapi tahap kegatalan korang yang tinggi dalam usia yang muda, nak nak pulak taste korang jenis macam tu. Tapi dalam masa yang sama korang tak yakin dan takut dengan stigma masyarakat terhadap korang. Lelaki kahwin dengan girl yang berumur dari dorang ibarat taboo.

Okei guys. Kalau korang duk fikir tentang stigma orang kat korang, sampai bila-bila pun sicomel yang secomel norkamardhia tu akan jadi milik korang. Usah peduli dengan apa orang nak cakap. Kalau orang cakap-cakap lepas tu dorang rekemankan mana-mana girls kat korang kira okei la jugak kan? Ni tidak. Dah la buruk sangka lepas tu tak menolong pulak. So macam tu jugak la dengan hidup korang. Korang kena yakin yang korang boleh buat apa yang korang nak buat tu. Yakin sangat penting. Kalau korang tak confident korang susah nak ke depan.

So korang nak jadi macam mana?
Semuanya depends pada korang. Nak jadi orang biasa yang hidup pun biasa-biasa which mean hanya berpuashati dengan apa yang korang dapat atau korang nak jadi orang luar biasa yang boleh hiup secara luar biasa, korang sendiri la yang putuskan.



p/s: Kalau nak berusahalah.


Sunday, January 29, 2012

jangan follow kalau tak suka



Assalamualaikum

Tajuk entri aku ni budget macam bagus je kan. Budget macamlah ada orang nak follow blog aku ni. Haruslah. Haha. Ok readers. Aku tak paksa untuk korang follow blog aku. korang tak follow pun tak apa. Sebab aku berpegang kepada prinsip “don’t judge the blog by its followers”. heh!~ Apa kena mengena ntah. 


go busuk go


Monday, January 23, 2012

memburu gajah di pasar raya


Assalamualaikum






tak baik menafikan hak orang lain


Assalamualaikum

You never know how strong you are until being strong is the only choice you have

Setiap orang ada peluang masing-masing. Tapi samaada secara sedar atau tak kadang-kadang kita sendiri nafikan peluang orang lain.

Apa kena mengena dengan quote kat atas? Entah. Heh. 


macam mana nak jawab I LOVE YOU too


Assalamualaikum

Kenapa aku dah lama sangat tak update blog? Eceh. Macam la ada orang nak ambik tahu. Tapi aku nak bagitahu jugak. aku tak update sebab aku malas. Op! bukan. Bukan. Aku bukan malas. Aku terbusykan diri aku dengan beberapa projek mega yang perlu aku buat.

Okei girls out there and boys too. Aku nak share satu benda.


Kalau ada orang cakap kat korang “I LOVE YOU” tapi korang malas nak jawab dengan hati yang rela korang hanya perlu jawab macam ni “I LOVE YOUtube.” Jawab laju-laju. Like a boss. Hahaha.

Ok. Tak lawak pun. Bye!!


Thursday, January 12, 2012

mamaabah



Assalamualaikum

Aku akan balik selagi aku boleh balik. Sebelum aku tak boleh balik lebih baik aku balik.

I love my mum and I love my dad so so much.

sayang mama and abah sangat-sangat. Muaaaxxx!!~

Monday, January 9, 2012

kerana perempuan adalah unik part iv


[aku lupa ni part yang ke berapa sebenarnya. aku tibai je]
Assalamualaikum

Spent most of the day thinking about women
-“they are a complete mystery”-
stephen hawking


Hai girls yang misterious sekalian. Apa khabar adinda-adinda diluar sana? Baik?? Good. Girls memang selalu baik-baik. Tapi orang je yang tak faham. Even pakcik yang bernama stephen hawking pun tak akan faham kita ni siapa.

Well, you see bertapa istimewanya perempuan sampaikan orang bijak pandai pun rajin meluangkan masa berfikir tentang kita. Girls patut berbangga tau. Sebab kemisterian korang tu telah menyebabkan ada orang concern pasal korang. Lepas ni pakcik stephen hawking kena kaji tentang misterinya makhluk yang bernama perempuan. Supaya orang-orang yang sepisis dengan beliau faham siapa kami sebenarnya. Hahaha.



Orang selalu cakap yang perempuan ni makhluk pelik. Pelik ke? Bukan pelik la. Unik. Unik okei. 

Thursday, January 5, 2012

macam-macam perangai yang menggila


Assalamualaikum

Dua minggu kebelakangan ni dan yang kehadapan aku agak busy tolong officemate aku handle orang awam yang datang. Macam-macam jenis orang aku jumpa. 








costumer always right. yo lah tu!~


will be coming soon



Assalamualaikum

Hai para penulis yang rajin sekalian. How are you today.

Kebelakangan ni aku agak kurang update kat blog ni. Otak aku agak berat. Selain pikir tentang kerja dan masa depan yang haru-biru, badan aku secara tanpa segan silu jadi letih bila malam menjelma. Asal pukul 9malam je tanpa perlu diarah kaki arah terus pergi ke katil, beguiling-guling, bergulung-gulung sampai pagi esok.

Anyway, bila otak aku dah capai tahap kestabilan yang tinggi aku akan update beberapa entri yang dah terperuk dalam draf aku ni.

Aku bukan malas, niat dah ada tapi hasrat belum tercapai lagi. Hik!~

See you soon.


Monday, January 2, 2012

facebook punya hal


Assalamualaikum


“When you having family as friends on facebook 
it makes you 
think twice about what you want to post”


Kan? Kan? Kan?


bila anda diminta mendengar lagu


Assalamualaikum

"When someone asks you to listen a song 
it's because
the lyrics are all the words he afraid to say"






girls comel sekalian. am i right? 

aku? aku jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri.




contoh resume nak mintak kerja


[dah tentu mintak kerja tak kan mintak kawen]
Assalamualaikum

Aku ingat la kan, aku nak bagi sesuatu yang ada manfaat kat korang. Selama ni aku duk taip merapu-rapu je. Tak dak faedah langsung. So, sempena tahun baru ni aku nak bagi la kat korang satu benda, especially kepada pencari kerja yang tegar sekalian. Aku tahu, korang mesti serabut cari kerja kan? nak nak pulak sekarang ni kerja bukan main la payah nak dapat.

Nah, ambik. Aku bagi korang contoh resume. Itu pun kalau korang nak ambik la. 

muka surat 1

muka surat 2

Tips tulis resume:
gambar
silalah bubuh pic yang molek-molek ya. kena senyum. baru la pic tu nampak berseri. ni bubuh pic muka macam nak mintak penampar buat spoil mood je orang tengok.

email :
bubuh alamat email yang nampak serius. nak cari kerja kena serius. jadi email pun kena serius jugak. contohnya kalau korang taruk korang punya email babyloveyoumuahmuah@yahoo.com nampak tak profesional okei. rasa macam "eeww apahal minah ni nak mintak kerja tapi email bukan main eeww eewwnya." nampak macam budak-budak walaupun hakikatnya korang tu dah boleh digelar lebih daripada budak-budak.

mukasurat :
bilangan tak lebih daripada 2 mukasurat. tak payah tulis panjang-panjang macam korang tulis biodata salasilah 7 keturunan korang. tak ada siapa yang nak ambik tahu pun.

taraf pendidikan :
tulis dari yang tertinggi ke yang terendah. Tapi korang jangan pulak bubuh sampai tahap tadika pulak. Paling koman pun bubuh takat PMR je. Kalau result korang super bagus korang boleh bubuh sekali. Biar nampak yang korang tu sememangnya bijak macam sang kancil. Yang eloknya kalau korang dapat full A la. Kalau semua huruf korang rembat, aku syorkan tak payah la korang senarai setiap deret abjad yang korang dapat tu.  Meriah sangat pulak orang tengok nanti. Huhu.

pencapaian :
apa pencapaian yang pernah korang dapat? kalau korang pernah dapat dekan, korang tulis. jangan malu-malu nak tulis. Tapi ingat, tulis benda yang ada kena mengena dengan job yang korang mintak tu.

pengalaman kerja
tak pernah kerja macam mana nak ada pengalaman...? oho.. korang mesti pernah ada praktikal kan? so, kalau ada korang bubuh la benda tu sebagai salah satu daripada pengalaman kerja korang. jangan lupa bubuh scope of work. nak olah ayat kat part ni korang punya otak kena bijak dalam membelit dan memanipulasikan ayat. contohnya macam ni, let say waktu praktikal tu korang buat kerja-kerja pejabat, fotostate, failing dan yang sewaktu dengannya. so, dekat bahagian scope of work tu korang jangan pulak tulis yang korang buat kerja-kerja fotostate, susun fail, taip surat. korang kena tukar kerja-kerja tu guna ayat yang nampak lebih profesional.

misi dan visi :
ada orang bubuh ada orang tak bubuh. semua tu depends pada company yang korang apply. macam mana nak buat misi dan visi? Ok. semua ni bergantung kepada apa job yang korang mintak. contohnya korang apply jadi engineer kat pejabat saliran dan pengairan. contoh ya contoh. lepas tu korang kena ceritakan misi dan visi korang.

"misi dan visi saya adalah untuk menjadikan sistem pengairan dan saliran di kawasan ini menjadi lebih sistematik dan produktif dengan menggunakan kaedah bla-bla-bla. diyakini bahawa dengan menggunakan kaedah tersebut bla-bla-bla."
Usually misi dan visi ni orang tanya waktu interview.

rujukan :
rujukan ni pulak korang bubuh la orang yang ada jawatan yang boleh meyakinkan pihak yang akan tengok korang punya resume tu. seeloknya korang bubuh nama boss korang la. korang jugak boleh bubuh nama lecturer korang dan jugak nama penyelia or boss korang waktu korang buat praktikel dulu. ni terutamanya untuk student praktikel la.

ok guys. tu la sedikit sebanyak ilmu yang aku nak kongsi kat korang. kalau nak ambik, ambik la. kalau tak nak pergi main jauh-jauh. Hoho. 

kalau rajin sila la tengok contoh resume nak mintak kerja part 2 pulak ya.

p/s: belajar dari pengalaman dan pergaulan ^^




Sunday, January 1, 2012

kenapa lelaki suka rozita che wan


Assalamualaikum


Hari tu aku borak-borak dengan adik lelaki aku. lepas tu aku tanya dia satu soalan:


Aku: ko nak kawen dengan rozita che wan tak?

Adik aku: nak… [sambil sengeh-sengeh. budget rozita nak kat dia kot]

Aku: eeei.. apasal pulak ko nak kawen dengan rozita tu ? [soalan tak puashati]

Adik aku: dia manja.. [sengeh-sengeh lagi]

Aku: eerrkk! Apakah???


Mungkin tu salah satu sebab kenapa lelaki-lelaki sukakan beliau. Ohohoi…



setia tak bertempat


Assalamualaikum

Aku nak bubuh satu ayat yang bagi aku agak jiwang. Aku sebenarnya tak jiwang tau. Aku bukan jenis yang berbunga-bunga walaupun entri aku ni banyak jugak cerita pasal orang yang sedang berbunga hatinya.

Ayat ni aku tujukan kepada korang yang kadang-kadang setia tak bertempat. Kalau korang setia secara “kadang-kadang” tak apa lagi, tapi kalau setia walaupun kesetiaan korang tu tak dihargai lebih baik korang cari lain je. Tak pun korang pasang spare part and then bila korang tak tahu nak pilih yang mana satu, korang buat je macam mana yang abang ensem Johnny Deep dah ajar hari tu. Haha.  


“adalah tidak layak untuk korang mengungkapkan KESETIAAN andai kata padanya tiada KEIKHLASAN




Aku tak jiwang ya. Aku tak jiwang.


p/s: Ayat ni tak ada kena mengena dengan aku. hah.