Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 30, 2011

kpop. pop! pop! pop!

Assalamualaikum

apa itu kpop? sama dengan lolipop kah? atau adik-beradik dengan icepop kah? tak payah cerita panjang-panjang rata-rata gurls and boys kat luar sana mesti tau punya. tak silap aku fenomena ni dah lama dah orang tergila-gilakan artis korea ni. tapi waktu tu lebih kepada drama korea. waktu aku study dulu, kawan-kawan aku tak kira lelaki ke perempuan ada yang pakat tahan mata sanggup tengok cerita full house 3 hari 3 malam tak tidur. sungguh gila mereka itu. lepas tu dressing pulak ala-ala korea. yang lelaki buat rambut pun stail korea. sekarang ni fenomena gila korea ni banyak kepada muzik pulak. antara lagu yang hot meletop-letop yang aku tau hanya lah lagu wonder girls. lagu nobody. tu je. tu pun adek aku yang tunjuk kat aku. kalau tak memang haram aku tak tahu pasal group ni walaupun waktu tu memang gang dorang tengah hot gila time tu. sebab aku bukan gila artis. tak kira la artis apa pun. aku memang tak gila dengan sepisis mereka ni.


rain kat sepang 10 April 2011 [kredit untuk k-popped]. kalau kat korea dorang ada rain. kat sini kita ada hujan. 

aku jamin rata-rata daripada kita mesti akan terpikat, terpesona dan terpana dengan kecomelan gadis-gadis kpop yang budget cute tu kan. aku pun terpana jugak bila tengok wajah comel dorang. tapi aku tak la obses. sampai nak buat muka cute and dressing macam dorang. just tengok dan berkata "wow! cumilnye dia". muka cute gila. aku pernah baca artikel tentang bagaimana ibu bapa kat sana akan siap-siap simpan dana untuk anak perempuan dorang buat plastic surgery dan kebiasaanya plastic surgery yang dorang buat tu adalah untuk buat kelopak mata. lepas tu plastic surgery kat sana tu dah macam benda biasa dah untuk dorang. kalau orang biasa pun buat plastic surgery artis apatah lagi. kalau tengok yang cun tu belum tentu muka dorang ori.

wuwuwu. mati-mati aku ingat perempuan tulen. harisu transsexual korean artis. jantan rupanya kamu ni ye.

kat malaysia pun dah ada dah gang kpop. sadis dowh tengok dorang ni. T.T
tapi tak tahu la kot dorang pun akan jadi hot macam kpop kat korea sana tu. atau mungkin lebih hot. sapa tau kan. [huhu]. kredit untuk beautifulnara


korang berani ke tayang pusat macam mamat ni

budget hot macam gula-gula getah



hari kanser sedunia 2011

Assalamualaikum

semalam 29hb April 2011 jumaat, aku dikerah untuk jadi tetamu jemputan bagi hari kanser sedunia 2011 kat taiping sentral. disebabkan buat kat taiping sentral maka aku dengan terlebih bijaknya telah ambil kesempatan buat window shopping dengan rakan taulan. hari kanser sedunia anjuran kementerian kesihatan kot. aku pun tak ingat. sebab waktu tu sambil dengar ucapan perasmian yang ntah apa-apa dorang cakap sambil tu aku pun sibuk ushar barang-barang yang agak-agak best pada pandangan poket aku yang tak berapa nak kembung ni. aku dan rakan taulan jadi tetamu jemputan, tapi ktorang tak dapat pun souvenir. alasannya ktorang budak kecik. lol!~ kami semua dah stok-stok 20an. ada yang jadi isteri orang dah pun. patot la waktu ktorang datang dorang buat tak tahu ja. bila register pun dorang pandang pelik pulak kat ktorang. ceh. anyway, aku gembira hari tu sebab tak payah pikir pasal kerje. hehe. enjoi. ^^



cik atul selalu sangat berkepit dengan fb mobile dia. jadi sebagi protes aku censored mata aku sendiri. 

Wednesday, April 27, 2011

makan free perot happy. nyummy! nyummy!

Assalamualaikum

hello dear friends. aktiviti hari ini tak ada apa pun yang best. macam biasa buat kerja. tumpukan pada kerja. kerja. kerja. kerja. lepas tu pergi lunch dengan team karom. makan free siapa yang tak nak kan. actually kitorang makan untuk meraikan team ktorang hari tu. makan sampai kenyang. snap pictures sekeping dua. duduk lepak-lepak kejap lepas tu balik dengan senang hati sebab perot over loaded. tak lupa jugak makan dengan boss aku yang tercinta. puan nora ku yang sweet muweet. muaxx! muahehe!



bila kita single mingle

Assalamualaikum

aku ada terbaca tentang satu entri yang menyatakan betapa best dan bahagianya bila kita ini adalah seorang manusia yang berstatus single mingle. pada aku ada pro dan kontranya kalau kita ni single.


BEBAS! YA BEBAS BUAT APA SAJA

Kebebasan yang korang dapat tu mesti korang akan rasa macam sebuah kebebasan yang hakiki kan. bebas buat apa saja. pergi shopping ke, nak merayap kemana-mana, nak makan apa, nak buat itu ini, semua bebas belaka. tak ada orang nak kacau, tak ada yang nak duk kalut kongkong kita. tapi aku sangat pasti dalam keadaan bebas itu mesti korang sedikit sebanyak akan berasa sunyi kan. mesti punyalah. kalau tak banyak sikit pun mesti rasa sunyi punya. lumrah kejadian manusia yang Tuhan ciptakan berpasang-pasangan. memang tak boleh nak elak.

KAWAN-KAWAN BOLEH HIBURKAN ANDA

okei. bila korang single mingle, korang ada banyak masa yang boleh korang guna untuk berhibur dan berlibur bersama dengan kawan-kawan. jika sebelum ni korang berstatus double dan mempunyai masa yang terhad bersama dengan kawan-kawan maka bila sudah single mingle korang boleh spend lebih banyak masa dengan dorang. tapi, hiburan bersama kawan dengan boyfriend or girlfriend tu sangat lah lain rasanya [hiburan baik2 ya, bukan jahat2 punya]. lagipun sampai bila korang nak berhibur dengan kawan-kawan. kalau kawan korang belum kawen dan belum ada komitmen dorang mungkin boleh layan korang. tapi kalau dorang dah kawen, ada bf atau gf yang lebih penting dari korang, sedikit sebanyak korang mesti akan diketepikan. dan sekali lagi suasana sunyi pasti akan singgah dalam peti hati korang.

BANYAK MASA REHAT KAT RUMAH

kalau sebelum ni korang double, selalu keluar rumah, pergi dating, jalan-jalan, ronda-ronda sama-sama, tapi bila dah single mingle korang mungkin boleh luangkan lebih banyak masa dekat rumah. kemas rumah [tu pun kalau korang sepisis rajin]. tolong mak dan ayah kat rumah. sebukkan diri kat rumah. benda tu memang betul. tapi bukan sepanjang masa korang busy dengan kerja rumah kan. dan bila korang tak ada kerja aku pasti korang mesti akan terdetik dihati betapa rasa sunyinya hati korang kan. 

ADA LEBIH MASA NAK BUAT DUIT

bila single mingle korang boleh buat kerja lebih masa atau buat part-time job untuk tambah lagi sumber kekayaan korang. korang tak ada komitmen lain yang perlu untuk korang ambik peduli. tak perlu pikir tentang gf or bf. tak perlu pikir untuk dating ke apa. korang boleh buat kerja dengan begitu komited sekali. kerja, kerja, kerja. tapi kan kalaulah korang tak single, bila korang dah penat kerja korang mungkin boleh lepaskan penat lelah dengan spend masa bersama orang tersayang. kiranya otak tak lah terbeban sebab tak pikir pasal kerja ja. kalau yang dah kawen tu, lepas balik kerja ada suri yang boleh layankan. urut-urut ke [hoho]. 

BOLEH JIMAT WOO

kalau single mingle korang tak payah bersusah payah pergi mesin atm cucuk duit kasik kat gf korang. korang boleh simpan duit kasik kat mak ayah korang. benda tu memang betul, tapi kan walau macam mana keadaan sekalipun korang mesti rasa sunyi. kalau korang tengok kawan-kawan kasik hadiah kat gf or bf dorang mesti korang pun teringin untuk buat benda yang sama jugak kan.

TAK ADA TANGGUNGJAWAB

tanggungjawab korang hanya pada mak ayah dan diri korang sendiri. ikut suka hati korang nak buat keputusan macam mana sekali pun. tak perlu tanya pada orang lain. hanya bertanggungjawab pada diri sendiri. tak payah nak serabut otak pikir hal-hal remeh pasal bf or gf. tapi kan sampai bila korang mampu uruskan diri korang sendiri tanpa bantu orang lain. maksud aku tanpa pasangan hidup. sampai bila? kalau korang sakit. siapa yang perlu untuk bertanggungjawab menjaga korang kalau bukan pasangan korang. tak kan nak harap mak ayah. mungkin waktu tu mak ayah korang dah tua. adik-beradik mungkin ada komitmen dgn family masing-masing. tak kan nak harap kawan-kawan kot.


hidup single ni menang indah bagi sesetengah orang. bila muda kita rasa kita mampu buat segala urusan  tanpa bantuan orang lain. tapi bila usia makin menginjak, waktu tu korang akan sedar betapa sunyinya hidup korang, betapa perlunya untuk korang mempunyai teman yang mampu menjadi pelengkap hidup korang. percayalah!~   

Tuesday, April 26, 2011

tips untuk tackle gadis idaman


Assalamualaikum

seni mengorat anak orang. korang ingat pendidikan seni je ke yang boleh berseni-seni. nak mengurat pun ada seni jugak tau. atau bahasa halusnya kita panggil skill untuk tackle gurl yang korang suka. untuk tackle boy aku tak ada tips lagi ya. nanti kalau ada aku kasik. 

okei. nak tackle anak orang bukan senang ya. melainkan kalau anda tu memang seorang romeo miaw-miaw atau buaya darat yang banyak karat. tak payah susah-susah nak ngurat-ngurat. nak tackle-tackle. semuanya kat hujung jari je. tapi kalau kepada anda yang bukan kaki romeo, memang sepisis lelaki sejati yang setia sampai mati, adakalanya nak ngurat anak dara orang idaman hati ni macam satu perkara yang boleh meletupkan jiwa dan raga. 


kalau agak-agak ada gurl yang korang nak tackle untuk dijadikan teman sehidup semati silalah bertindak dengan cepat, pantas lagi tuntas ya. takut nanti kot-kot ada yang masuk line kang kecewa pulak. apa yang penting kena berani. gentleman okei. anda lelaki tak kan nak ngurat pun takut kot. 

KENA TAHU KELEMAHAN DAN KEKUATAN DIA

okei. ini bukan tips untuk ambil kesempatan terhadap gurl idaman korang tu ya. tapi satu cara untuk korang tahu dan kenali dengan lebih mendalam tentang gurl yang korang suka. bila dah tahu serba sedikit tentang dia senang sikit nak mengayat kan. jangan main terjah je.

BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH ANDA MENGORAT

tunjukkan yang anda tu memang nak kat dia. tapi jangan terover sangat sebab gurl kalau tengok lelaki over dia akan jadi rimas. jangan terlalu mendesak ye. gunakan pendekatan secara baik, jujur dan lembut. tapi bukan lembut macam  insan dua insan dua alam. jujur tu penting tau. korang kene jujur nyatakan kenapa korang nak sangat kat gurl tu.

TUNJUKKAN YANG ANDA ADALAH SEORANG YANG BERKARISMA

ini penting. anda kene tunjukkan yang anda mempunyai nilai kepimpinan dan mampu menjadi pemimpin yang baik. anda jugak kena tonjolkan diri anda sebagai seorang yang berkarisma. hal ini penting bagi menunjukkan bahawa anda mampu memikul tanggungjawab dan menjadi pemimpin keluarga yang baik. 

DOA

berdoalah agar jodah anda dan gurl idaman anda itu didekatkan. kalau niat baik insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita. ^^



p/s: boy baik untuk gurl baik, gurl baik untuk boy baik ^^









suamiku suamimu jua. oh! God

Assalamualaikum

sangat tragis bukan kalau keadaan ini berlaku terhadap kita wahai para perempuan, wanita mahupun gadis diluar sana. tragis bila terpaksa berkongsi kasih. tapi aku sangat berharap agar perkara ini tidak terjadi kepada aku. sebagai perempuan dah tentu la kita tak nak boyfriend apatah lagi suami kita dikongsi-kongsi kan. tapi bagi orang lelaki bila kita menolak benda macam ni, dikatanya yang kita ni tolak sunnah Nabi s.a.w. yang peliknya sunnah lain tak nak pulak diikut.

aku tak nafi, ada juga gurls kat luar sana yang sedaya upaya menolak dan mengelak daripada keadaan ini berlaku tapi last-last dua-dua dah tangkap cintan sampai tak boleh nak dipisahkan. silelaki bagi ayat baik punya. tabur kata-kata manis sweet belaka. nak dijadikan isteri sah. so, gurl yang terpana dengan kata-kata cinta sehidup semati ini akan percayalah setiap apa yang silelaki ni katakan.


tambah-tambah bila masing-masing hot bercinta and of course dunia ni rasa macam kita yang punya. semua yang dicakapkan semuanya betul dan kompem time tu otak tu duk pikir hanya tentang hal dia, dia, dia. semua yang dia buat betul belaka.

ada juga lelaki yang dah kahwin dan nak kahwin lagi, dia bertindak dengan agak bijak dengan tidak menceritakan tentang keburukan isterinya. dan akibat daripada itu gurl yang dah really falling in love tu sudah pasti akan rasa begitu terharu sebab dia merasakan yang silelaki itu benar-benar berlaku jujur terhadap dirinya. dia akan merasakan bahawa silelaki itu adalah seorang lelaki yang baik yang betul-betul sesuai untuk dia.


okei. kepada gurls yang menghadapai dilema bercinta dan ingin berkahwin dengan suami orang, disini aku titipkan beberapa perkara yang perlu untuk you all fikirkan sebelum bertindak dengan lebih drastik

STIGMA MASYARAKAT : ANDA ADALAH PERAMPAS

boleh ke you all hadapi semua ini? pandangan negatif masyarakat kat korang. yup. sebelum kahwin mungkin korang akan rasa korang boleh terima cercaan dan hinaan orang sekeliling. tapi ingat kemungkinan persepsi negatif yang korang terima ini mungkin jugak datang daripada orang-orang yang berada hampir dengan korang. mungkin kawan-kawan, jiran-jiran, mahupun sanak saudara. kita bukan tahu isi perut orang kan. tambah-tambah bila dorang kena cucuk dengan orang-orang sekeliling. dari tak percaya boleh jadi percaya. korang akan dicop sebagai perampas. itu benda yang tak boleh dielakkan. korang akan dicop sebagai perempuan gatal. perempuan gila harta and so on benda-benda buruk. kalau korang dapat baby pulak macam mana. anak-anak korang akan kena tempias yang sama. diejek  dan dipulau . nak main pun tak best sebab tak ada orang nak kawan.  dan hal ini akan beri tekanan pada anak-anak.

ISTERI DIA TAHU TAK YANG KORANG NAK KAHWIN

dalam bab ini kalau isteri tahu memang nahas la. melainkan kalau siisteri itu mempunyai hati yang sungguh suci sungguh murni. aku ingin tekankan disini mana ada perempuan yang nak bermadu-madu ni. kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. paling kuat pun mesti orang akan cakap "alah, pakai bomoh, tu sebab boleh kawen ramai". walauapa pun restu isteri pertama sangat penting. sebab restu itu adalah titik permulaan untuk korang melayari hidup dimasa depan.

MAMPUKAH DIA MENJADI SEORANG SUAMI YANG ADIL

okei. hal ini sangat penting. korang kena menilai dan buat kajian boleh ke dia jadi suami yang adil? boleh ke dia imbangkan tanggungjawab dia terhadap family korang dan family yang lagi satu? mampukah dia? benda ni kena pikir masak-masak. takut nanti menyesal. 

LETAKKAN DIRI KORANG DITEMPAT ISTERI/ANAKNYA

cuba korang banyangkan apa perasaan korang kalau suami korang nak kawen lain. korang layan dia sikit punya bagus. makan pakai terjaga. tip top dari hujung kuku kaki sampai hujung rambut. semua rapi. tengok-tengok dia cari perempuan lain. hancur bukan. so, pikirlah banyak-banyak dan pikir masak-masak.  kalau dia ada anak macam mana. korang banyangkan ayah korang kawen lagi tanpa sebab yang kukuh. mesti korang rasa macam pahape je kan. ayahku kahwin lagi. oh! tidak.

RESTU IBU DAN AYAH SANGAT PENTING

bincang dan tanya pendapat kedua orang tua korang. restu mak dan ayah sangat penting. sebagai mak dan ayah mereka dah tentu nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. jangan sesekali membelakangkan mereka. jangan cuba nak kahwin lari pulak ye. kelak akan meyusahkan korang. jangan pikir seronok sekarang. pikir masa depan jugak. 

ISTIKARAH

ini adalah antara perkara yang tersangat perlu untuk korang lakukan. mintaklah petunjuk dari Allah. insyaAllah Allah akan berikan jawapan yang terbaik buat korang.


apa-apa pun sebelum buat keputusan, pikir masak-masak. jangan ambil senang je benda ni. ada yang ambil jalan mudah. kawen senyap-senyap. kawen lari kat sempadan. lepas tu nak register kawen ada masalah. register anak sekolah pun susah. benda ni bukan efek pada korang je tapi generasi dan keturunan korang jugak akan menaggung derita jika korang tersilap langkah.

Monday, April 25, 2011

apa yang perlu buat bila dapat interview

Assalamualaikum

apa nak buat? buat bodo je la. haha. serius. tiap-tiap kali aku dapat interview tiap kali tu la aku buat bodo. lepas tu bila kantoi dengan parents aku, macam biasa aku kalut gelabah puyuh. 

pagi tadi aku tengok ramai orang datang ke pejabat aku. bukan pejabat aku tapi pejabat tempat aku kerja. interview 140 orang nak ambil berapa kerat orang ja. oleh yang demikian persaingan sangat hebat bukan. macam aku hari tu panggil 80 orang. nak pakai 1 orang. dan orang itu adalah aku. [huhu. alhamdulillah]

secara jujur la kan, aku memang tak ada pengalaman langsung dalam bidang yang aku mintak tu. kerja apa aku pun tak tahu. gila kosong ting tong punya otak aku hari tu. datang pun orang cakap hanya sekadar nak cukup korum ja. dan bukan datang dengan penuh harapan. harapan aku hanya datang untuk bersiar-siar dengan sanak saudara yang segerombolan datang jauh dari pahang darul makmur. kebetulan cuti sekolah jadi dorang bawak anak-anak pergi tengok buaya, biawak dan rakan-rakan di zoo taiping. 

okei. berbalik kepada topik asal. masa mula-mula sampai aku orang 2nd yang ada kat situ. maklumlah aku terbawa-bawa sikap skema dan terlalu punctual sejak dari alam persekolahan sampailah ke alam kerja. gila kentang skemanya aku hanya aku je yang tahu. sementara nak tunggu turn aku kene interview tu, macam-macam cerita aku dengar. ada yang cakap jawatan tu dah ada calon dah. calon-calon yang dipanggil ni hanya nak cukupkan syarat je. ah! aku apa peduli dengan cakap dorang sebab agenda aku datang situ nak berjalan makan angin pergi ronda-ronda masuk zoo dengan adik-adik sepupu aku. aku tahu nak enjoy je waktu tu. interview tolak ke tepi.

bila kena turn aku memang berdebar gila lah walaupun interview ni bukan agenda aku, tapi aku kene la jugak rasa nervous sebab interview la katakan. calon-calon yang dah kene interview semua pakat geleng-geleng kepala. makin kecut la aku. tambah-tambah aku ni blur-blur otak kosong datang pakai terjah je. kalau tak dapat jawab jatuh la tahap kecomelan aku nanti [uwek]. 

waktu aku kene interview tu, aku masuk dengan melemparkan senyuman semanis mungkin [eeww]. sambil bagi salam. gila sopan lagi ayu aku waktu tu. aku je yang tahu. mata aku pulak menerawang duk tengok keliling. waktu interview tu otak aku asyik duk pikir nak ronda, meronda, ronda. tak ikut protokol pulak tu. semua tu berlaku akibat daripada kegagalan aku nak control diri aku. [huhu]. lepas tu gelak-gelak macam sembang kat kedai kopi. jawab soalan pun pakai tibai ja. nasib baik waktu tu otak aku ligat bergerak cari jawapan. kalau tak memang hancur. yang aku ingat setiap soalan yang aku jawab tu aku jawab dengan senyuman. bercakap sambil tersenyum. bukan senyum manja atau senyum mengada-ngada ya. bercakap sambil tersenyum kan sweet. tambah-tambah untuk gadis-gadis comel lagi sweet la jadinya. haha.

 lepas interview aku terus pergi bersuka ria kat zoo taiping dengan sanak saudara aku. waktu tu memang tak pikir apa dah. ^^

oleh yang demikian apa yang aku tahu bila nak interview :
1) prepare cukup-cukup [jgn terjah mcm aku]
2) jawab soalan sebaik mungkin. 
3) kalau ditanya boleh ke buat itu ini, dengan konfidennya jawab je boleh.
    tapi kene tau sekurang2nya basic la.
4) kalau tak tahu jawab jangan cakap tak tahu jawab. sekurang-kurangnya bagi tahu jawapan berdasarkan    kepada pendpt. tp jgn bg pndpt yg menampakkan kebodohan kita pulak. 
5) yang girls buat muka comel dan cute waktu jawab soalan [haha]

p/s: doa dan restu parents paling penting. insyaAllah tak payah pakai kabel pun boleh dapat kerja. ^^

Tuesday, April 19, 2011

do you want to be my panguin?

Assalamualaikum


comel dan setia seperti panguin. owh! bahagianya.

hari selasa yang macam hari ahad

Assalamualaikum

hari ni aku cuti bersempena dengan keputeraan sultan aku sultan azlan shah yang ke 83. DAULAT TUANKU. aku ambil cuti sampai jadi 4 hari. duduk rumah berguling-guling. aku punya plan nak bejalan sakan. tengok-tengok lari program. huhu. adek busy, abah busy. aku and mama je tak busy. kitorang buat-buat busy kat rumah layan kucing baru adek. 

sebelum bertolak nak balik sarang. duduk dgn gaya kureng supan. uhuh!~


bawak bekalan untuk perot tercinta. ikan goreng + sotong masak apa ntah + gulai tempoyak + nasik. the very the yummy. first time aku makan gulai tempoyak. tak sangka gulai tempoyak ni sedap upenye. huhu. kalau tahu dari dulu lagi aku dah makan dah. sambil makan tunggu mentor. tunggu punya tunggu sekali cerita asmara pulak yang kuar. baru aku sedar today bukan sunday tapi tuesday. (-.-")


Monday, April 4, 2011

suweet memory ever ^^

Assalamualaikum

ok. entri sebelum ni aku pernah cerita tentang betapa aku kecewa bila aku tak dapat score point untuk  friendly match between MPT dengan MPKK. tapi aku sangat gembira bila untuk sukan betul-betul punya aku berjaya bawak team aku ke final stage. sangat gumbira sebab akhirnya team kitaorang jumpa dengan team yang memang super hebat. walaupun kalah dengan team dorang tapi aku sangat puashati sebab team kitaorang yang perempuannya semua sepisis bidang terjun tiruk, langsung tak pernah main, training pun sebulan je, berjaya masuk sampai ke final. kitorang dapat no. 2 daripada 16 pasukan seluruh perak. fuh! bangganya aku. tapi hadiah dorang kasik medal seketol n towel besar tapak tangan je. ceh! sungguh tidak adil.



team yang kitorang lawan tu team yang terdiri daripada geng-geng yang main untuk MAKSAK [majlis kebajikan & sukan anggota-anggota kerajaan]. orang maksak ni orang yang super duper terror lah berbeza dengan kitaorang ni. lagi pun kalau kitaorang pukul dorang cukup-cukup, malu la kan. ewah. apa pun aku hepi sebab sebagai seorang manusia yang langsung tak suka bersukan, akhirnya aku berjaya bawak  balik medal walaupun aku dipaksa relakan diri untuk join tournament ni. 



ini antara memori aku yang paling best. kitaorang lawan xsalin baju 2 hari  2 malam. main dari pagi sampai tengah malam pakai baju yang sama. team kitaorng paling miskin. orang lain siap pakai baju bertukar-tukar kitorang terpaksa pakai baju yang sama. bau usah cakap la. buh perfume pun boleh balik saja perfume tu. menyusuk kalbu. dan saat yang paling mensyahdukan bila team kitaorang lawan ja mesti ada lalat hinggap. huhu. sadis dowh.


p/s : main karom ni buat muka aku berjerawat sebab stress and buat otak aku berpeluh-peluh. 

mendedikasikan cucur aneh kepada diri sendiri

asaalamualaikum

hari ni aku cuti. MB kasik cuti kat semua staf yang join sukan SKT semalam. jadi sempena percutian yang diberikan tu aku mati kutu sebab aku tak tahu nak buat apa. nak berjalan aku bukan kaki jalan. nak tidur dah tak larat nak mimpi dah. nak tengok tv, tv tak dak. huhu. jadi petang ni aku decide untuk mendedikasikan cucur kepada perut aku yang sangat aku cintai.

telur + bawang + garam [tak bubuh bilis sebab tak suka encik bilis]

bubuh tepong ikut suka hati

taruk air sikit

ni hasilnya. nampak huduh tapi aku suke. yummy! yummy!