Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 26, 2011

suamiku suamimu jua. oh! God

Assalamualaikum

sangat tragis bukan kalau keadaan ini berlaku terhadap kita wahai para perempuan, wanita mahupun gadis diluar sana. tragis bila terpaksa berkongsi kasih. tapi aku sangat berharap agar perkara ini tidak terjadi kepada aku. sebagai perempuan dah tentu la kita tak nak boyfriend apatah lagi suami kita dikongsi-kongsi kan. tapi bagi orang lelaki bila kita menolak benda macam ni, dikatanya yang kita ni tolak sunnah Nabi s.a.w. yang peliknya sunnah lain tak nak pulak diikut.

aku tak nafi, ada juga gurls kat luar sana yang sedaya upaya menolak dan mengelak daripada keadaan ini berlaku tapi last-last dua-dua dah tangkap cintan sampai tak boleh nak dipisahkan. silelaki bagi ayat baik punya. tabur kata-kata manis sweet belaka. nak dijadikan isteri sah. so, gurl yang terpana dengan kata-kata cinta sehidup semati ini akan percayalah setiap apa yang silelaki ni katakan.


tambah-tambah bila masing-masing hot bercinta and of course dunia ni rasa macam kita yang punya. semua yang dicakapkan semuanya betul dan kompem time tu otak tu duk pikir hanya tentang hal dia, dia, dia. semua yang dia buat betul belaka.

ada juga lelaki yang dah kahwin dan nak kahwin lagi, dia bertindak dengan agak bijak dengan tidak menceritakan tentang keburukan isterinya. dan akibat daripada itu gurl yang dah really falling in love tu sudah pasti akan rasa begitu terharu sebab dia merasakan yang silelaki itu benar-benar berlaku jujur terhadap dirinya. dia akan merasakan bahawa silelaki itu adalah seorang lelaki yang baik yang betul-betul sesuai untuk dia.


okei. kepada gurls yang menghadapai dilema bercinta dan ingin berkahwin dengan suami orang, disini aku titipkan beberapa perkara yang perlu untuk you all fikirkan sebelum bertindak dengan lebih drastik

STIGMA MASYARAKAT : ANDA ADALAH PERAMPAS

boleh ke you all hadapi semua ini? pandangan negatif masyarakat kat korang. yup. sebelum kahwin mungkin korang akan rasa korang boleh terima cercaan dan hinaan orang sekeliling. tapi ingat kemungkinan persepsi negatif yang korang terima ini mungkin jugak datang daripada orang-orang yang berada hampir dengan korang. mungkin kawan-kawan, jiran-jiran, mahupun sanak saudara. kita bukan tahu isi perut orang kan. tambah-tambah bila dorang kena cucuk dengan orang-orang sekeliling. dari tak percaya boleh jadi percaya. korang akan dicop sebagai perampas. itu benda yang tak boleh dielakkan. korang akan dicop sebagai perempuan gatal. perempuan gila harta and so on benda-benda buruk. kalau korang dapat baby pulak macam mana. anak-anak korang akan kena tempias yang sama. diejek  dan dipulau . nak main pun tak best sebab tak ada orang nak kawan.  dan hal ini akan beri tekanan pada anak-anak.

ISTERI DIA TAHU TAK YANG KORANG NAK KAHWIN

dalam bab ini kalau isteri tahu memang nahas la. melainkan kalau siisteri itu mempunyai hati yang sungguh suci sungguh murni. aku ingin tekankan disini mana ada perempuan yang nak bermadu-madu ni. kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. paling kuat pun mesti orang akan cakap "alah, pakai bomoh, tu sebab boleh kawen ramai". walauapa pun restu isteri pertama sangat penting. sebab restu itu adalah titik permulaan untuk korang melayari hidup dimasa depan.

MAMPUKAH DIA MENJADI SEORANG SUAMI YANG ADIL

okei. hal ini sangat penting. korang kena menilai dan buat kajian boleh ke dia jadi suami yang adil? boleh ke dia imbangkan tanggungjawab dia terhadap family korang dan family yang lagi satu? mampukah dia? benda ni kena pikir masak-masak. takut nanti menyesal. 

LETAKKAN DIRI KORANG DITEMPAT ISTERI/ANAKNYA

cuba korang banyangkan apa perasaan korang kalau suami korang nak kawen lain. korang layan dia sikit punya bagus. makan pakai terjaga. tip top dari hujung kuku kaki sampai hujung rambut. semua rapi. tengok-tengok dia cari perempuan lain. hancur bukan. so, pikirlah banyak-banyak dan pikir masak-masak.  kalau dia ada anak macam mana. korang banyangkan ayah korang kawen lagi tanpa sebab yang kukuh. mesti korang rasa macam pahape je kan. ayahku kahwin lagi. oh! tidak.

RESTU IBU DAN AYAH SANGAT PENTING

bincang dan tanya pendapat kedua orang tua korang. restu mak dan ayah sangat penting. sebagai mak dan ayah mereka dah tentu nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. jangan sesekali membelakangkan mereka. jangan cuba nak kahwin lari pulak ye. kelak akan meyusahkan korang. jangan pikir seronok sekarang. pikir masa depan jugak. 

ISTIKARAH

ini adalah antara perkara yang tersangat perlu untuk korang lakukan. mintaklah petunjuk dari Allah. insyaAllah Allah akan berikan jawapan yang terbaik buat korang.


apa-apa pun sebelum buat keputusan, pikir masak-masak. jangan ambil senang je benda ni. ada yang ambil jalan mudah. kawen senyap-senyap. kawen lari kat sempadan. lepas tu nak register kawen ada masalah. register anak sekolah pun susah. benda ni bukan efek pada korang je tapi generasi dan keturunan korang jugak akan menaggung derita jika korang tersilap langkah.

1 comment :