Assalamualaikum
seni mengorat anak orang. korang ingat pendidikan seni je ke yang boleh berseni-seni. nak mengurat pun ada seni jugak tau. atau bahasa halusnya kita panggil skill untuk tackle gurl yang korang suka. untuk tackle boy aku tak ada tips lagi ya. nanti kalau ada aku kasik.
okei. nak tackle anak orang bukan senang ya. melainkan kalau anda tu memang seorang romeo miaw-miaw atau buaya darat yang banyak karat. tak payah susah-susah nak ngurat-ngurat. nak tackle-tackle. semuanya kat hujung jari je. tapi kalau kepada anda yang bukan kaki romeo, memang sepisis lelaki sejati yang setia sampai mati, adakalanya nak ngurat anak dara orang idaman hati ni macam satu perkara yang boleh meletupkan jiwa dan raga.
kalau agak-agak ada gurl yang korang nak tackle untuk dijadikan teman sehidup semati silalah bertindak dengan cepat, pantas lagi tuntas ya. takut nanti kot-kot ada yang masuk line kang kecewa pulak. apa yang penting kena berani. gentleman okei. anda lelaki tak kan nak ngurat pun takut kot.
KENA TAHU KELEMAHAN DAN KEKUATAN DIA
okei. ini bukan tips untuk ambil kesempatan terhadap gurl idaman korang tu ya. tapi satu cara untuk korang tahu dan kenali dengan lebih mendalam tentang gurl yang korang suka. bila dah tahu serba sedikit tentang dia senang sikit nak mengayat kan. jangan main terjah je.
BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH ANDA MENGORAT
tunjukkan yang anda tu memang nak kat dia. tapi jangan terover sangat sebab gurl kalau tengok lelaki over dia akan jadi rimas. jangan terlalu mendesak ye. gunakan pendekatan secara baik, jujur dan lembut. tapi bukan lembut macam insan dua insan dua alam. jujur tu penting tau. korang kene jujur nyatakan kenapa korang nak sangat kat gurl tu.
TUNJUKKAN YANG ANDA ADALAH SEORANG YANG BERKARISMA
ini penting. anda kene tunjukkan yang anda mempunyai nilai kepimpinan dan mampu menjadi pemimpin yang baik. anda jugak kena tonjolkan diri anda sebagai seorang yang berkarisma. hal ini penting bagi menunjukkan bahawa anda mampu memikul tanggungjawab dan menjadi pemimpin keluarga yang baik.
DOA
berdoalah agar jodah anda dan gurl idaman anda itu didekatkan. kalau niat baik insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita. ^^
p/s: boy baik untuk gurl baik, gurl baik untuk boy baik ^^
No comments :
Post a Comment