Assalamualaikum
Hai mata-mata duitan sekalian. [entri mata duitan. hoho]
Siapa yang tak nak duit. Semua orang nak duit. Sekarang ni semua benda kena ada duit. Buat blog ni pun kena ada duit jugak. kalau tak ada duit aku tak boleh bayar bil bodband aku yang terkemut-kemut macam sipot tu.
Duit sangat penting ok. Nak buang air kecik air besar pun pakai duit. Mungkin korang boleh buang merata-rata dalam semak-samun. Tapi kalau korang kena gigit dengan tungau tak ke susah. Korang kena beli ubat. Kena keluarkan duit. Jadi semuanya memerlukan duit.
Dengan duit semua benda boleh jadi. Untuk boys duit jugak boleh buat korang jadi ensem kacak bergaya tanpa korang perlu buat plastic surgery. Korang tak payah susah-susah bedah-bedah muka korang buat sampai jadi macam brad pit.
Berbeza dengan girls, dorang perlu buat treatment walaupun dorang banyak duit. Tapi bagi boys, semua itu tak perlu. Tunjuk je duit berkepok-kepok yang ada, otomatik wajah korang akan jadi superb mulus ensem kacak bergaya. Dengan duit orang akan nampak hidung korang sungguh mancung. Nampak serius ensem gila. Ini adalah kenyataan dan benar-benar kejadian.
Kalau korang pergi majlis kenduri tak sah kalau tak ada makcik-macik kepoh yang complain pasal pengantin. Pengantin huduh la muka tak smart la. Tapi bila dorang tahu yang pengantin tu berduit otomatik yang hodoh tu jadi ensem kacak lagi gagah macam pahlawan dulu kala. Otomatik korang akan dilabel sebagai orang paling ensem hari tu. Itulah kuasa duit.
Lelaki yang tua tak ada duit dorang akan nampak bertambah-tambah tua bila tak ada duit. Tapi bila dorang ada duit otomatik wajah dorang nampak muda belia. Berbeza dengan perempuan yang sudah berumur walaupun dorang ada banyak duit tapi dorang tetap nampak tak macam anak dara muda.
Kalau korang keluar dari kereta mewah otomatik muka korang nampak berseri-seri macam baru baru keluar daripada spa. Padahal tu bukan spa. Tu kereta. Tengoklah. Betapa berkuasanya duit. semuanya nampak molek belaka bila banyak duit.
duit duit duit buat semua orang jadi hamba duit.
Kapal kecil roda lambung
Naik ke darat pasang teropong
Orang muda kacak melambung
Songkok senget saku kosong
p/s: pokok duit-duit
No comments :
Post a Comment