Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 10, 2011

lelaki rambut panjang lelaki rambut pendek : mana lagi best?


Assalamualaikum

Hello to all girls and boys yang ada rambut out there. 

Malam-malam ni korang punya rambut mesti dah serabai kan? Betul tak? ye la dah duduk kat rumah, aku tau sangat la korang bukan pedulik pun dengan rambut korang. Nak buat apa menyemat sakan kat rumah. bukan ada siapa yang nak tengok pun. Lain la kalau korang dah kahwin.

Orang selalu cakap rambut ni mahkota orang perempuan. Asset bernilai untuk orang perempuan. Kenapa orang cakap rambut mahkota perempuan bukan mahkota lelaki sedangkan orang lelaki pun ada rambut jugak. dorang lagi la, tak pakai tudung. Ha siapa nak jawab? Haha. Aku malas nak bersoal jawab tentang benda ni. Pandai-pandai la korang nak pikir sendiri. Di malam yang indah ni aku nak tulis tentang rambut. Ya, rambut lelaki. 

 

Lelaki berambut panjang

Ok. Ada orang suka dengan lelaki yang berambut panjang. Rambut panjang ni kalau kena dengan tuan badan nampak ok la. Tapi kalau tak kena dengan gayanya nampak serius nampak macam k0. Bukan semua orang sesuai berambut panjang. Korang tengok macam rambut mamat ni. Sikit punya smart. molek benar dengan dia. Tapi boys kena ingat kalau korang nak simpan rambut panjang usah la korang biar rambut korang tu mengerbang macam kak limah pulak. Kalau alasan korang biar rambut mengerabang sebab nak jadi macam artis yang rambut macam rockers hentikan lah. Dorang tu artis. Benda buruk pun orang napak cantik walaupun benda tu sebenranya buruk. Korang rajin-rajinkanlah diri korang buat treatment ke apa ke. Kalau malu sangat nak pergi treatment, rajin-rajinkanlah tangan korang tu taruk syampoo kat kepala. Tonyohlah dengan seikhlas hati korang sampai hilang segala daki-daki yang ada.

Lelaki berambut pendek

Majoriti orang lelaki rambut dorang pendek. Rambut pendek nampak lebih kemas, segak, gaya, mutu dan keunggulan. kalau lelaki berambut pendek ni orang selalu cakap yang dorang ni nampak lebih pembersih berbanding dengan lelaki rambut panjang. Rambut pendek yang kemas, hebat, bergaya sangat penting ok untuk dijadikan asset untuk mengorat anak-anak dara pengitan kat luar sana. Orang perempuan ni kalau tengok rambut ada stail sikit mula la terkinja-kinja. Walaupun muka korang tu tak ensem mana pun tapi kalau korang sangat bijak bistari menggayakan rambut korang lepas tu pulak korang punya dressing ala-ala macam hero gitu, kompem ada girls yang eeww eeww tiba-tiba tidur tak lena. Percaya lah. [tapi bukan aku tau].

So, tak kira la rambut korang tu panjang ke pendek, jagalah rambut korang baik-baik dan belailah ia. mana tahu kot-kot dengan kehenseman rambut yang korang ada tu boleh menyebabkan ada gadis-gadis yang tertawan.

sila jangan cair


p/s: rambut hafiz sangat comel


3 comments :

  1. kebanyakan laki nak rambut panjang saje2 nak stylo je..hehe..tapi kalau berserabai kusut masai tu jenis yg stress kot...hehe

    ReplyDelete
  2. hehe. stress sebab putus cinta kot.

    ReplyDelete
  3. Masa sekolah , belajar dan kerja. Lelaki tidak dibenarkan berambut panjang ( bukan panjang sngt pun ) . Bosan rambut semua sama pendek ngan lelaki lain je. Kalau x kena. Mcm nerd pun ada

    ReplyDelete