Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 17, 2011

first impression : tanggapan pertama anda tentang...

Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang comel dan jejaka-jejaka yang tak comel sekalian.
Apa korang punya first impression tentang aku? Aku ni sombong? Rasa macam nak puji-puji kutuk-kutuk aku? Oh. Aku tak kisah sebab tu korang punya tanggapan. Tapi korang tak sepatutnya ada rasa macam tu kat aku sebab ada pepatah cakap tak kenal maka tak cinta. Jadi bila korang dah kenal aku maka mesti korang akan jatuh cinta punya. Haha.

Yes. First impression atau dalam bahasa kita adalah tanggapan pertama. Tanggapan pertama korang terhadap orang atau apa saja benda yang korang tengok secara pertama kali. Tanggapan pertama ni biasanya akan melekat dalam kepala otak korang sebagai suatu benda yang benar-benar terjadi macam mana kepala korang dah set. Contohnya bila korang tengok orang yang cun, comel, cantik, menarik dan tertarik tapi muka serius sombong apa korang punya first impression kat dia? Mesti korang akan rasa yang girl tu memang sorang yang ntah apa-apa dan budget hot. Lepas tu mesti korang akan rasa macam “wowowow muka budget cun la tu”. Atau “ala dia ingat dia lawa boleh la nak menyombong dengan orang kot”. Mesti punya lah.


Ok. First impression ni tak semestinya terhadap orang. Kat benda lain pun boleh berlaku jugak. Contohnya macam aku tengok triler filem klip 3gp. Aku tengok triler filem tu macam bangang semacam je. Oleh itu secara otomatiknya tanggapan pertama aku terhadap filem tu sudah tentulah ianya adalah sebuah filem yang bangang jugak.

First impression ni korang boleh tengok dari macam-macam sudut dan benda ni sebenarnya banyak bermula dan bergantung kepada niat hati korang. Kalau awal-awal lagi korang memang mempunyai hati yang busuk kohong maka dengan tak semena-mena semua orang yang korang nampak tu macam berhati busuk jugak. Kalau dalam hati korang tu berbau wangi ada bunga-bunga baik, maka otomatik korang akan rasa orang tu pun baik jugak.

Tanggapan pertama seseorang terhadap orang lain jugak digunakan sebagai kaedah bagi golongan mak-mak untuk cari menantu pilihan. Sekarang ni dah bukan macam zaman musang berjanggut ok. Kalau korang pakai selekeh macam p.ramli yang tengah cari bakal isteri tu sah-sah korang kena rejek. Mak-mak akan tengok kesegakan bakal menantu yang akan diinterview. Kalau awal-awal lagi dorang tengok molek maka akan moleklah jugak keputusannya.

First impression ni jugak kadang-kadang menyebabkan berlakunya ketidakadilan. Ketidakadilan dalam bidang pekerjaan contohnya. Ada setengah orang pergi interview tunjuk muka je tak payah bawak keluar sijil berderet-deret macam orang lain, dah dapat kerja. hanya kerana dia mempunyai wajah yang cantik dan comel macam pari-pari. Berbanding dengan orang lain yang sedaya-upaya mengumpulkan sijil dan kelayakan sejak dari tadika tapi tak dapat apa-apa sebab tak lawa macam orang lain. Lepas tu korang mesti rasa macam dunia ini tak adil. Rasa macam lebih baik tak payah belajar pandai-pandai. Baik pergi buat facial treatment bagi muka jadi lawa lepas tu pergi mintak kerja. Wuwuwu~


Great first impression : macam mana nak buat?
Otak korang kena positif. Maknanya kat sini korang kena setkan dalam kepala otak korang benda yang positif bila korang jumpa orang yang baru korang kenal contohnya. Macam aku bagitahu sebelum ni. Semuanya bermula daripada hati. Walaupun korang tengok muka orang tu macam sepisis manusia yang macam nak gigit orang je tapi korang kena positifkan otak korang jugak. Sebabnya bila korang berfikir negatif secara otomatik korang rasa yang orang tu macam betul-betul nak gigit korang.

So, kesimpulannya walau apa pun tanggapan pertama korang apa yang penting sekali jangan jadikan tanggapan korang tu sebagai sesuatu yang benar dan landasan untuk korang judge seseorang. kenal dulu lepas tu baru buat kesimpulan. Sebabnya bila korang hanya bersandarkan kepada first impression korang tanpa mendalaminya maka secara otomatiknya akan wujud perasaan prejudis yang akhirnya akan menyebabkan korang buat suatu keputusan yang berbentuk penindasan dan ketidakadilan. ok.  

p/s: tak kenal maka tak cinta


2 comments :