Assalamualaikum
Selamat petang
kepada gadis-gadis comel yang mengalami kecelaruan dan kekeliruan. Keliru dan
celaru nak buat pilihan. Dan selamat petang jugak kepada jejaka-jejaka yang
mengalami kebimbangan dan keserabutan. Bimbang dan serabut nak pilih yang mana satu
awek cun yang harus disunting. Adakah nora danish pilihan yang cute mute tu
atau pilih aku saja. Hahaha. Eheh.
Dalam islam
kalau korang confisue nak buat pilihan dah ada dah garis panduan diberi. Aku rasa
semua orang tahu. Istikarah namanya. Asal sebut istikarah je mesti dalam kepala
otak otomatik dah set dah, barang siapa yang nak buat istikarah sah-sah tak
lain dan tak bukan dia nak kawen la tu.
Oh. Pehlish. Tolong
tukar mind set korang tu. Istikarah bukan untuk kawen je tapi untuk semua
benda. Mungkin sebab kawen adalah sesuatu yang lebih dekat dengan hati dan
perasaan maka sebab tu ramai orang cop and dah set dengan stigma macam tu.
Okei petang-petang
yang dingin ni mari aku bawak korang mengembara lebih jauh. Istikarah tujuan
dia nak dapatkan pilihan yang terbaik antara banyak-banyak pilihan yang ada. Kalau
lah korang memang dah yakin dengan pilihan korang tanpa korang perlu buat
istikarah, itu semua tak ada hal punya. Teruskan je dengan pilihan korang tu.
Tapi kalau
korang rasa confiuse, rasa pening-pening, rasa 50:50, rasa masam masin sampai
semua rasa ada and then tak tahu nak buat pilihan yang mana yang terbaik untuk
korang, maka istikarah adalah jalan yang terbaik.
Bila waktu
terbaik nak buat istikarah?
Bila-bila je
korang nak buat boleh. Ikut suka hati koranglah. Tapi yang paling baik waktu
hening malam. Waktu sahur. Iaitu hampir-hampir ke penghujung malam. Senang cerita
time dah nak hampir ke subuh. Iaitu kira-kira 50 bacaan ayat al-quran sebelum
tibanya azan subuh. Pandai-pandai la korang budget masa. Haha.
Macam mana nak
sembahyang istikarah?
Okeh secara
tulus ikhlas mohon untuk korang rujuk google. Banyak kot korang boleh dapat
info. Tapi istikarah ni korang boleh buat dalam dua bentuk. Pertama khusus dan yang
kedua gabung dengan solat sunat lain. Okeh aku bagi contoh. Khusus ni korang
buat betul-betul berdasarkan kepada solat sunat istikarah yang telah diajar. Manakala
yang gabung ni pulak korang buat istikarah digabungkan dengan solat sunat lain.
Contohnya macam
ni. Korang masuk masjid and then korang buat solat sunat tahiyatul masjid. Lepas
je habis solat sunat tu, korang terus berdoa menggunakan doa istikarah. Faham? Apa
tak faham? Okeh dalam bahasa mudahnya, lepas habis sembahyang sunat, korang tak
payah buat solat sunat istikarah. Korang terus je berdoa lepas solat sunat
tahuyatul masjid tu.
Tapi yang lebih
afdal buat secara khusus sebab khusus tu betul-betul untuk buat pilihan yang
betul-betul korang nak.
Surah apa nak
baca?
Apa-apa surah. Ikut
suka hati korang nak baca surah apa.
Bacaan doa macam
mana?
Doa dia sekali
lagi sila rujuk google. Haha. Kalau nak baca doa dalam bahasa melayu pun boleh
jugak. Tak ada masalah. Tapi kalau korang rasa doa yang sedia ada tu panjang
korang boleh guna doa pendek. Korang ringkaskan je doa yang ada. Contohnya macam
ni:
“Ya Allah pilihkanlah kepada aku
dan tunjukkan pilihan terbaik kepada aku”
Atau
“Ya Allah aku ada dua pilihan,
jejaka itu [nama] dan jejaka ini [nama], aku sayangkan kedua-duanya, Engkau
tunjukkanlah yang terbaik untuk aku”
Ikut suka korang
la nak baca doa macam mana sekalipun. Asalkan berdoa sudah.
Macam mana nak
tahu yang kita dah dapat petunjuk?
Mimpi
Okeh. Ramai orang
dah set dalam otak, barang siapa yang buat istikarah maka dia akan dapat
petunjuk melalui mimpi. Ya. memang boleh dapat petunjuk melalui mimpi asalkan
korang tu orang yang baik-baik. Sembahyang tak tinggal. Pendek kata iman kuat
lah. Sebabnya mimpi ni banyak mainan syaitan ja. Ni korang sembahyang subuh pun
pukul 7.30pagi. Lepas tu perangai haru biru, apa kejadahnya pulak korang nak
dapat mimpi yang baik-baik. Kebanyakkan orang yang dapat mimpi yang baik-baik
tu adalah orang yang baik imannya. Kalau rasa diri korang tak baik sila baik
kan diri okeh.
Gerak hati.
Pentunjuk yang
korang boleh dapat lepas buat solat sunat istikarah selain dari mimpi adalah
melalui gerak hati. Which mean korang punya kecenderungan terhadap sesuatu
benda. Let say ya, korang ada empat awek yang berjaya korang tackle. And then
one day mak korang suruh korang kawen tapi korang tak tahu girl yang mana satu
la yang korang patut nikah. Kalau sapu semua kang orang cakap tamak haloba.
So korang pening
kepala. Jadi jalan terbaik buat istikarah. Bangun dari
tidor korang teringat-ingat kat semua girls yang dah berjaya korang tackle. Dalam
ramai-ramai tu mesti akan ada rasa salah sorang dari dorang tu mampu buat
korang rasa sejuk hati and tenang je bila teringat kat dia. So bila korang
cenderung ke arah dia, maka pilih la dia. Korang lebih tahu tentang kehendak
korang.
Semua urusan
dipermudahkan
Ni pun salah
satu daripada petunjuk yang boleh korang dapat. Apa saja urusan yang korang
buat tu semuanya okei. Lancar je tak ada masalah. Apa saja urusan yang korang
nak buat dengan girl tu semuanya dipermudahkan. Mak ayah korang okei. Tak ada
halangan. Mak ayah girl tu pun sporting tak memilih tak banyak bunyi.
Contoh lain macam
ni, korang dapat dua job dalam satu masa. Dua-dua memang korang nak. Keje best
gaji masyuk. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Job yang pertama mungkin korang
rasa susah sikit prosedur nak lapor diri. Nak mintak cop susah. Nak sediakan
dokumen itu dan ini ada je masalah. And then untuk job kedua pulak korang tak
ada masalah. Semua benda boleh sattle. Benda yang susah semua jadi mudah.
Aku dah buat
istikarah. Aku dah buat pilihan ikut petunjuk yang aku dah dapat. Tapi kenapa
aku tak bahagia macam aku harapkan?
Kalau korang
buat istikarah apa saja keputusan yang korang buat for sure korang tak akan
rasa menyesal dengan apa yang dah korang pilih. Confirm korang tak akan rasa
menyesal punyalah. Sebab apa yang dah korang buat adalah sesuatu yang Allah
lebih tahu apa yang terbaik untuk korang.
Apa yang berlaku
dalam hidup kita adalah kehendak Allah. Dia lebih tahu tentang masa depan kita,
tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Setiap apa yang berlaku dalam
hidup kita Allah lebih tahu apa yang terbaik untu kita semua. Kita tak tahu apa
yang akan berlaku pada masa depan. Hanya Allah saja yang tahu.
Walluhualam.
Selamat berjaya buat pilihan dalam hidup selamat berjaya dalam memilih cinta
sejati. Cinta hingga akhir usia. InsyaAllah.
No comments :
Post a Comment