Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 10, 2012

jangan biarkan mata itu terluka


Assalamualaikum

Hai kepada gadis-gadis manis yang bermata cantik sekalian. Dan holla kepada jejaka-jejaka hemsem yang bermata miang. Eheh.

As usual, hobi aku adalah tengok orang. Aku suka sangat tengok orang, lebih-lebih lagi anak teruna orang. Hahaha. Okei. Aku tipu. Sebagai perempuan yang bermata baik aku tak tengok anak teruna orang tau. Aku mengendap ja. Akaka.

Jaga mata sangat penting. Orang cakap dari mata turun ke hati. Dari mata jugak kita akan nampak sinar. Sinar sedih. Sinar gembira. Mata tak boleh nak tipu-tipu orang. 


Kalau boleh elakkan mata dari melihat benda-benda yang boleh membutakan hati korang. Tapi ye la, zaman sekarang ni nak elak memang susah. Banyak sangat benda yang nak ditengok. Tengok sekali tak  apa. Orang kata rezeki. Eheh. Tapi kalau tengok banyak-banyak kali meh sini aku bagi pelempang dengan harapan korang akan mengalami tahap kesedaran yang tinggi bahawa sesungguhnya mata itu boleh membawa kita ke arah yang tak baik.

Aku pun bukan baik sangat. Nak nak pulak hobi aku tengok orang. Huehue. Tapi sebagai manusia marilah kita jaga mata agar lebih terpelihara. Tak baik seksa mata sendiri. Mari kembali ke pangkal jalan. Tengok orang boleh. Tengok sambil memuji keindahan ciptaan Tuhan. 




No comments :

Post a Comment