Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 25, 2012

Padahal hati dah rabak


Assalamaulaikum

Selamat petang yang gelap dilingkari awan sarat yang berarak mendung. Menunggu masa memuntahkan isi yang ada. Hujan. Rintik-rintik. Renyai-renyai. Lebat-lebat. Hai kepada gadis-gadis comel yang hatinya banjir. Dilimpahi hujan. Adakala lebat. Lebat yang sangat tak terbendung. Tak sempat nak bawak lari hati untuk berteduh. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang hatinya yang hampir-hampir dah nak lemas. Tak apa, jangan bimbang nanti aku bagi pelampung. Eheh.

Soal hati adalah soal yang sangat rumit. Kalau ada exam tentang soal hati, aku rasa sampai meninggal pun tak akan ada orang yang mampu jawab segala persoalan-persoalan yang timbul. Hati selalu berubah-ubah. Kejap okei, kejap haru biru. Lepas tu okei balik. Rasa nak lempang je orang yang ada hati macam ni. Oh. Ya. Aku kena lempang diri aku sendiri tatkala hati aku pun selalu je mengalami ketidakstabilan yang tinggi. Sobs!~


Bukan senang nak bawak hati. Nak tuju ke arah keredhaan. Hati yang sendiri-sendiri, selalu rasa sunyi akan cepat rasa down. Tak ada orang yang sudi bagi sokongan akan menyebabkan korang rasa tersangatlah hidup ni tak berguna. Itu hakikat. Bukan senang nak cari orang yang boleh support kita. Alah, bukan support macam mana pun, just jadi pendengar setia and then mulut tu jangan lah pulak suka jaja cerita. Tapi bak kata metalika sad but true. Bahawa sesungguhnya untuk mendapat manusia yang mempunyai ciri-ciri itu adakalanya memerlukan sebuah keajaiban.

“kau okei ke ni…?”
“aku okei je… tak ada apa-apa…” 

Glup. Aku teruskan perjalanan kaki aku. Entah ke mana aku pun tak tahu.




No comments :

Post a Comment