Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 4, 2013

lelaki dan perempuan itu berbeza


Assalamualaikum

Selamat menghadapi hari yang mendung. Kat sini hari-hari hujan. So no wonder lah kalau kawasan sini digelar sebagai kawasan paling lembab di Malaysia. Yes. Sangat heaven bila cuaca macam ni. Nak nak pulak time weekend. Tapi sangat tak heaven bila mana hari tersebut adalah hari bekerja. Nak menikmati hari mendung pun payah. Jadi jalan terbaik adalah dengan mengulat. Huahua.

Hai kepada gadis-gadis comel yang memang comel. Dan hello kepada jejaka-jejaka kacak yang dah la kacak, bermuka hemsem pulak tu. Heh. Ya. Lelaki memanglah kacak dan perempuan dah tentu cantik dan comel. Tak kan lah nak cakap perempuan hemsem pulak kan? 


Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Berbeza kerana tuntutan keadaan sekeliling. Masing-masing ada peranan masing-masing. Lumrah lelaki diciptakan sebagai pemimpin. Pemimpin dalam pelbagai aspek kehidupan. Baik untuk family atau kerja. Sebab tu kalau tengok daya pemikiran and fizikal orang lelaki ni lain dari perempuan. Orang lelaki ni dia tak fikir serabut macam perempuan. Sebab kalau dia serabut macam mana dia nak handle banyak benda. Macam mana dia nak pimpin family dia? ye dak?

Orang perempuan pulak dorang ni lemah lembut. Penyayang pulak. Sebab benda tu memang sesuai dengan fitrah dorang yang diciptakan sebagai orang yang banyak handle tentang hal rumahtangga. Dari hal anak sampai hal suami. Yang kadang-kadang dorang ni tak berapa nak peduli sangat tentang hal sendiri. Asal anak and suami terurus dah memadai. Orang perempuan jugak memang dah naluri dia termaktub bahawa sesungguhnya kalau diberi pilihan dorang nak jadi surirumah sepanjang masa. Dan pasangan dia pulak bekerja untuk keluarga. 


Kalau masing-masing sedar tentang perbezaan dan tak jadikan benda-benda ni sebagai halangan sebenarnya tak akan ada masalah yang timbul. Asalkan korang tahu macam mana nak handle dan selesaikan perbezaan tu. Give and take tu penting. Jangan ambil kesempatan kalau sebelah pihak beralah. Mengalah bukan sebab kalah. Tapi mengalah dengan harapan untuk memberi ruang agar perbezaan itu mampu membentuk sebuah persamaan.

Ok readers. Have a nice day. Selamat membina hubungan yang bahagia. 




1 comment :