Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 8, 2013

special for you : suami dari masa depan


Assalamualaikum

Sekali lagi diulangi. Ini bukan cerita tentang Nobita yang sangat cintakan kekasih hatinya yang bernama Sizuka lalu meminjam pintu Doraemon dengan harapan agar dapat melihat bakal isterinya dari masa depan. 

Tap! Tap! Tap! Aku taip laju-laju surat cinta untuk bakal suamiku. 
Sweet kan? Ya. Sila muntah sekarang.

***
Dear my future hasben. 
Wah. I speaking dengan you tak pa kan? Walaupun bahasa orang putih I terbalik-balik tapi I nak guna jugak bahasa penjajah ni. You, bakal suami I. Sori lah sebab bahasa tak proper sangat. I harap you suka dengan I bila You baca surat cinta ni. Eheh. Tiba-tiba pulak. 

I tak tahu sekarang You ada kat mana. I tak tahu sekarang You buat apa. I tak tahu apa yang I nak taip sebenarnya. Tapi yang I tahu I sayangkan You. Ekeke. Jiwang la pulak. Ah. Pedulik.

Dear only you.
I nak bagitahu kat You yang I ni degil. Girl yang degil nampak sangat comel tau. Serius. Kalau You tengok I degil mesti You tak jadi nak marah kat I. Nak nak pulak bila I majuk dengan You. Sesungguhnya You akan cair. I suka nangis-nangis. Sikit-sikit nangis. Tak kena marah pun boleh nangis apatah lagi kalau You marah I. Haruslah I nangis laju-laju. Huehue.

Dear my love.
Baik I terus-terang kat You bahawa sesungguhnya I ni tak pandai masak. I bukan tak reti nak masak langsung. I tahu je nak memasak. Tapi I tak tunjuk. Orang cakap kalau menunjuk nanti riak. Haha. Hebat tak alasan I. I ni kuat makan. I kalau makan ikut suka hati perut I je. Perut I ni berpuaka. Nak nak pulak kalau makan nasik. I mintak maaf kalau You terpaksa menyara perut I yang berpuaka ni. Tapi You jangan risau. Walaupun I kuat makan tapi I tetap slim macam model. Harap maafkan perut yang tak bersalah ini. I akan kurang makan bila I susah hati. Oleh itu You jangan buat I susah hati tau. 

Dear my hemsem hasben.
I tahu You hensem. Kalau I cakap you hemsem mesti You tak mengaku kan? kan? and then I tahu hati You kembang-kembang bila I puji You. Haha. Its okei my dear. You nak kembang macam mana sekalipun I tetap suka sebab I sayangkan you. Macam mana I tahu You hemsem? I ni keje part time jadi nenek nujum. Oleh itu silalah takut untuk berlaku curang dengan I. Kang I tikam You laju-laju kang baru tahu.

Wait. You sebenarnya tak hemsem? Oh my dear hasben. Setiap suami akan nampak hemsem dimata isterinya. Serius tak tipu. 

Dear hasben merangkap bakal imamku.
I harap suatu hari nanti You akan bimbing I elok-elok. Bimbing I and our family. Tanggungjawab You besar tau. You adalah anugerah buat I and I pulak adalah amanah buat You. So You kena jaga I baik-baik. Nanti kita kumpul pahala banyak-banyak tau. And then I akan cuba membahagiakan seluruh hidup You. Hehehe. Jiwang karat kan I ni? Ekeke. Jiwang-jiwang la best. I nak buat You happy. I nak you gembira. I nak You suka. Itu adalah janji I untuk You. Janji dicapati. Hihihi.

Dear only you. My love.
Kalaulah ditakdirkan Tuhan kita tak akan berjumpa di dunia, I sangat-sangat harap kita akan jumpa di syurga. You tunggu I tau nanti. I nak You tahu yang I sangat-sangat rindukan You. I ni dah la kuat berangan. Suka sangat berangan tentang You. Berangan itu. Berangan ini. Sangat best bila dapat berangan. Dan sangat-sangat heaven kalau angan-angan tu jadi kenyataan. Sobs!~

Okei my dear. Banyak kot benda yang I nak luahkan kat You. Tapi bila dah tiba masanya nanti I nak bagi You sesuatu. Sesuatu yang tak akan You lupakan seumur hidup You. Hehehe.

Love you cayang,
From your bakal isteri yang comel.
Bukan I cakap. Orang yang cakap I comel. I mengaku je lah. Eheh.

***






No comments :

Post a Comment