Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 29, 2013

jangan pandang sebelah mata


Assalamualaikum.

Selamat petang kepada pencari rezeki sekalian. Kepada gadis-gadis yang gigih bekerja sampai comot muka yang comel tu. Jugak kepada jejaka-jejaka yang sangat berusaha untuk merajinkan diri mengkais-kais rezeki di celahan pelusuk muka bumi. Apa khabarkah? Harap-harap murah la rezeki korang hendaknya. Amin.

Rezeki. Ya. Rezeki.
Tak ada orang yang tak nak rezeki. Orang yang malas cari rezeki pun nak rezeki, inikan pulak orang rajin. Haruslah kan?

Nak rezeki murah kena usaha lebih. Nak rezeki banyak kena korban lebih. Nak nak pulak kalau korang tu bergelar pencari rezeki tegar. Cari rezeki bukan untuk mulut sendiri je. Banyak la pulak mulut yang nak kena suap. 


Orang cakap rezeki ada kat mana-mana. Bezanya nak dengan tak nak ja. Tapi bukan semua orang faham, Bahawa sesungguhnya nak cari rezeki tu kena usaha. Ya. Memang usaha. Tapi orang selalu anggap barang siapa yang cari rezeki nescaya akan dapatlah bergolek-golek rezeki itu depan mata. Oh. Pehlish. 

Aku faham untuk korang yang sakan memulun cari job tapi tak dapat sampai sekarang, itu adalah perkara normal. Tapi yang tak normalnya orang keliling korang tu. Apa kejadahnya pulak dorang ingat asal mintak kerja je terus dapat. And then bila tak dapat korang akan dilabel sebagai insan manusia yang memilih. Heh. 

Tapi standard la tu kan. Belum jadi siapa-siapa dan belum punya apa-apa selagi tu la orang tak akan pandang korang walaupun dengan sebelah mata.

Rezeki ya rezeki. Jangan putus asa.
InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya.






No comments :

Post a Comment