Assalamualaikum
Kali ini bukan
cerita Nobita jugak. Nobita yang teringin sangat nak anak dengan cinta hatinya
yang bernama Sizuka. Lalu seperti biasa merayu kepada Doraemon untuk meminjam
pintu ajaib dengan harapan dia mampu melihat kehidupan keluarga bahagianya di masa
depan.
Tap! Tap! Tap!
Aku taip surat
untuk bakal anak lelaki aku.
Moga-moga dia
akan membesar dengan sihat, hemsem dan penuh bergaya. Heh.
***
Dear my baby
yang comel like me,
Haha. Wah. Awal-awal
dah budget baby sendiri comel. Sungguh perasan mama mu ini. Tapi perasan-perasa
pun mama nak bagitahu kamu, sesungguhnya bila terciptanya baby dalam rahim seorang
ibu maka dengan itu secara otomatik akan wujud perasaan bahawa sesungguhnya
baby yang dikandung itu adalah baby yang paling sangat tercomel sekali di
matanya.
Biarpun orang
kata kamu tak secomel mama, tapi kamu jangan bimbang sebab kamu kan anak mama,
dan sudah pasti gen kecomelan itu akan kamu warisi dalam diri kamu. Kalau tak
dalam diri kamu, gen-gen kecomelan ini mungkin jugak akan diwarisi oleh
anak-anak kamu nanti. Jadi kamu jangan bimbang ya wahai anakku sayang. Tak ke
mana pun status comel tu. Pusing-pusing dalam keturunan kita jugak. Eheh.
Oleh itu untuk
mengekalkan tahap kecomelan yang sedia ada ke peringkat yang lebih optimum,
mohon untuk kamu jaga akhlak kamu
baik-baik. Jangan harus nak memalukan diri mama dan papa kamu okeh. Ah. Mama tengah
serabut ni. sampai kesudah mama tak jumpa-jumpa lagi bakal papa kamu. Kalau mama
tak jumpa papa kamu mana mungkin mama boleh jumpa kamu jugak kan. Ini bukan
kisah magik. Tapi jangan risau. Mama tetap akan tulis surat ini untuk kamu. Untuk bakal papa kamu mama dah siap pos dah. Hoho.
Dear you my
baby,
Ni mama nak
pesan ni. Kamu kalau dah besar, bila dah capai fasa kegatalan yang nyata,
bagitahulah cepat-cepat kat mama awek mana yang kamu berkenan sangat tu. Boleh
mama masuk meminang. Pastikan awek tu comel macam mama. Hahaha. Tapi kalau mama dapat tahu kamu saja nak main-mainkan anak
dara orang siap la kamu. Pehlish okeh. Jaga adab dan tata susila kamu. Please jadi
gantleman. Penat tahu mama nak didik kamu jadi lelaki soleh. Kamu ingat senang
ke.
Dalam sibuk
mengurat tu kamu jangan lah lupa kat adik perempuan kamu. Kemungkinan besar dia
jugak akan dingorat oleh sepisis macam kamu. Mama tahu kamu mesti expert tentang
makhluk yang bernama lelaki. Oleh itu lindungilah adik kamu okeh. Dorang tu
comel. Nak nak pulak comel macam mama kamu ni. Kompem jadi rebutan. So kamu
harus rasa bangga tau. Hahaha. Ah. Mama kamu sungguh suka merepek.
Dear my baby
yang comel like me. Again.
Mama tak nak
taip panjang-panjang. Mama tahu. Kamu bukan nak baca pun. Taip panjang-panjang
buang karen lappy mama ni je tau. Letrik zaman ni dah la mahal. Cumanya mama
nak bagitahu kamu sesuatu. Yang mama sangat-sangat sayangkan kamu. Walaupun mama
tak jumpa kamu lagi tapi rasa cinta dan sayang mama terhadap kamu
sangat-sangatlah mendalam. Ekeke. You see. Your mama sangat penyayang. Harap-harap
kamu mampu jadi penyejuk hati mama dan bakal papa kamu nanti. Hoho.
Okehlah. Mama nak
sambung berangan dulu. Sambung berangan. Berangan, berangan berangan. Antara mama,
papa dan kamu sayangku.
Daripada mama mu
yang comel,
Bukan mama yang cakap. Orang yang cakap.
Kalau tak percaya nanti kamu tanya kat
papa kamu.
Serius.
No comments :
Post a Comment