Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 30, 2013

menangis kerana perempuan


Assalamualaikum

Selamat tengahari kepada pencinta air mata dan selamat tidor buat pencinta taik mata. Waktu tengahari ni kalau dapat tidor agak syok jugak. Tapi time kerja mana boleh tidor nanti kena lempang dengan boss.

Air mata. Orang perempuan teman tapi mesra dorang selalunya air mata. Orang lelaki pulak banyak yang pendam rasa. Eceh. Tapi tak ramai kot lelaki macam tu zaman sekarang ni. Dorang sekarang dah advance. Tak main la keluar air mata. Keluar pisau. Cucu-cuck perut dalam dua tiga kali. Sattle. Baru nampak gagah macam pahlawan. Ye tak?

Tapi kalau ada jugak lelaki yang keluar air mata sebab perempuan pulak macam mana? Oh. Orang cakap kalau lelaki menangis sebab perempuan dorang akan nampak sangat dungu. Hei. Tak baik korang cakap lelaki dungu tau. Cian kat dorang. Dorang pun ada perasaan nak nangis-nangis jugak.

Kalau tengah bercinta orang selalu buat statement bahawa barang ada mana-mana lelaki yang mengeluarkan air mata kerana perempuan maka itu tandanya lelaki itu sangat menyayangi perempuan tersebut.

Wah. Wah. Sangat sweetkan statement macam tu. Tapi sejauh mana kebenaran itu hanya tuan mata dan air mata tu saja yang tahu nilainya. Peace. Mari hidup dengan aman bahagia dan dilimpahi dengan kasih sayang. Jangan biarkan air mata menitik tanpa pedoman. Sakit tahu.



Kelip-kelip api di kapal,
Anak Belanda pasang pelita,
Air mata jatuh ke bantal,
Baru sedar menaggung derita






No comments :

Post a Comment