Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 1, 2013

dilema babyface : tak bersyukurkah?


Assalamualaikum

Hello para pari-pari comel yang berwajah terlalu keanak-anakan sampaikan orang ingat korang tu macam senang untuk dibuli-buli dan diuli-uli. what’s up? Problem? Ololo. Tak baik tau  dorang buli-buli korang. Korang tu dah la bermuka semanis kurma, seharusnyalah korang dimanjakan. Ye tak? Eheh.

Secara jujurnya orang yang dianugerahkan babyface ni memiliki tahap kecenderungan untuk dibuli dan diuli yang tinggi. Sebab dorang akan ingat korang tu budak-budak. Layanan yang korang terima ibarat second class punya layanan. Pergi la mana-mana pun. Selagi dorang tak tahu status sebenar korang selagi tu la korang akan dianaktirikan. Betul. Tak tipu.


Suka hati je nak buli orang kan? Dorang ingat dorang tu Giant kot boleh buli korang macam Nobita.

“Lain kali kamu pakai la makeup yang boleh menampakkan usia sebenar kamu”

Oh. Tak. Tak. Takkan nak pakai makeup 24jam kot.

“Kamu kena bercakap dengan cara matang dan profesional”

Eh. Ni pun tak sesuai jugak. Takkan sentiasa nak pakai ayat berkelas tinggi kan? Lain la kalau time kerja.

Perlu ke korang cakap macam ni, “pakcik saya nak Lycopersicon cycopersicum dalam 3 biji,” hanya semata-mata nak menampakkan yang korang bukan sekecik yang disangka?. Oh. Tak. Tak. Korang tak payah bersusah payah nak meyakinkan orang keliling korang yang korang sebenarnya dah melebihi tahap usia. 

Buat je macam biasa. Kool bebeh. Buat relek macam aku. Yang senantiasa nampak baby-baby gitu. Geli kan? Hahahak. Mohon untuk muntah sekarang. Dan tiap kali korang kena buli dan uli bersyukurlah bahawa sesungguhnya korang sebenarnya dipuji tanpa sedar.






No comments :

Post a Comment