Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 24, 2013

hodoh sangat ke rupa ini?


Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang berhati sangat mulia. Memandang manusia dan makhluk Tuhan seisi alam sebagai hambaNya. Dan hello jugak kepada hemsem-hemsem boy yang berhati baik. Dah la baik. Mampu jadi penyelamat buat gadis-gadis yang ada dimuka bumi ini.

Manusia adalah manusia. Yang akan menilai sesuatu bersandarkan kepada rupa. Bersandarkan kepada apa yang dilihat dengan mata kasar dan bukan menilai dengan mata hati. Orang yang mampu melihat dengan mata hati adalah orang yang tersangatlah beruntung. Orang yang mengalami kadar keuntungan yang tinggi. Huehue. Barang siapa yang dapat hidup dengan orang macam ni nescaya beliau akan menjadi orang yang tersangatlah bertuah dalam muka bumi ni. Sebab apa? Sebab orang yang melihat dengan mata hati ni dia tak akan bersifat prejudis. Dia akan sentiasa lihat pasangannya sebagai bukti kekuasaan Allah.

Betul. Serius tak tipu.


Hidup pasangannya akan sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang. Dia akan segigih-gigihnya akan membahagiakan pasangannya. Dia akan anggap pasangannya sebagai anugerah dan amanah dari Allah. Kalau korang tengok matanya tersangatlah lain. Dia ikhlas. Sebab dia melihat pasangannya dengan mata hati. Melihat dari perspektif sebagai hambaNya.

“kamu nanti nak cari pasangan hidup biar sesuai dengan kamu”

Allah dah tentukan jodoh pertemuan setiap hambaNya. Setiap apa yang Allah temukan itu akan jadi pelengkap kepada hidup masing-masing. Kenapa perlu untuk diejek dan dikutuk? Kenapa perlu untuk kita menjadi juri dalam menilai orang lain? Adakah orang yang cantik itu hanya perlu berpasangan dengan orang yang hemsem? Adakah orang yang huduh hanya untuk orang huduh?

Lupakah mereka bahawa semua itu ciptaan Tuhan yang Maha Esa? Kenapa mereka perlu melihat manusia dalam pelbagai rupa itu dalam bentuk perbandingan? Dan bukan melihat sebagai bukti Allah itu Maha Sempurna? Menciptakan manusia bukan dalam hanya 1 pattern sahaja.

Dan sekali lagi diulangi. Beruntunglah mereka yang dapat pasangan berhati mulia ini.
Sangat-sangat beruntung. 




No comments :

Post a Comment