Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 15, 2013

pendapat kuli-kuli



Assalamualaikum

Selamat petang yang masuk hari jumaat. Hari orang melipat kali gandakan ibadat. Tapi ada jugak yang kalut cari duit time macam ni. Padahal kalau ikutkan kita semua kena mengabdikan diri mengadap dan menyahut seruan Illahi. Alah bukan lama mana pun. Kejap je. Tu pun susah ke?

Hai kepada gadis-gadis comel yang gigih mengumpul dana dengan hasrat dapat mengumpul duit untuk kawen kelak. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang sangat tekun mengumpul duit dangan harapan dapat menikahi dan menjadikan sigadis sebagai surihati dan surirumah korang.

Nak kumpul duit bukan senang. Kena usaha gigih. Kena kerja keras. Sekeras mana? Sekeras mana-mana je lah. Asalkan usaha nak dapatkan dengan cara yang  halal insyaAllah akan dipermudahkan.

Tapi macam biasa akibat duit niat menghalalkan cara. Korang mesti pernah dengar konsep sikit tapi cukup. Tu adalah konsep bermaksud duit yang korang dapat itu adalah duit yang berkat. Macam aku. Duit semedang je tak cukup. Adakah itu bermakna duit aku tak berkat? Huahua.


Sekarang aku berada dalam situasi tempat kerja aku. Aku tak faham. Kenapa dorang tak benarkan pakcik itu pergi sembahyang jumaat. Atas alasan kerana dia guard? Atas alasan itu tugas dan kerja yang dia perlu laksanakan? Atas alasan keselamatan? Perlu jaga kaunter takut kena rompak? Oh pehlish! Semua tu alasan nak mintak pelempang sebenarnya.

Aku kesian. Bila masuk waktu solat jumaat. Aku pandang muka pakcik tu. Lalu beliau buat muka terkulat-kulat.

Kutip la duit 24jam sekali pun kalau tak berkat tak kannya akan rasa cukup. Kalau tak jaga waktu solat. Tak ada makna.

Big big big boss aku selalu pesan, lakukan kerja demi nama baik tempat kerja aku. Lakukan kerja demi tempat kerja. Oh pehlish. Beliau sepatutnya cakap lakukan kerja kerana Allah. Barulah orang akan bekerja sungguh-sungguh. Sebab rezeki itu dari Allah. Ini lakukan kerja demi dot dot dot memang orang pakat tak buat la. Buat kerana Allah. InsyaAllah. Akan ada rezeki itu. Lagi satu buat solat dhuha. Terutamanya boss. Ajak anak buah. Boss jadi contoh. Kalau dorang tak nak buat itu terpulang. Tapi sekurang-kurangnya ada usaha baik di situ.

Aku kesal.
Tapi pendapat aku siapa yang pakai kan?
Lantak ah!
Hahahak!~

No comments :

Post a Comment