Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 4, 2013

habis tu yang tak solehah macam mana?


Assalamualaikum

Selamat petang yang tersangatlah mendung. Bukan macam nak hujan. Tapi memang dah hujan dah pun. Hai adik manis. Yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk yang tersayang. Daripada kurang baik, cuba jadi lebih baik. Walaupun tak sebaik mana tapi nak jugak jadi lebih baik. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang dah tentu nak cari orang baik-baik walaupun kadang-kadang diri tu tak berapa nak baik mana pun. heh.

Tak baik bukan maksudnya tak elok langsung. Cuma perlu ada certain part yang perlu diperbaiki agar jadi lebih baik daripada sedia ada. Lumrah hidup, korang kalau nak cari pasangan hidup kompem nak cari yang bak-baik kan? Orang jahat pun cari orang baik, apatah lagi orang yang baik dah tentu nak cari yang baik-baik.

Berusaha mencari yang solehah.
Habis tu yang tak solehah macam mana?


Amat jarang orang lelaki nak ambik girl yang tak berapa baik jadi isteri. Girl yang jenis haru biru, porak peranda dan hampir lingkup hidupnya tak akan termasuk dalam pilihan bakal isteri rebutan masakini. Nak nak pulak rebutan ibu-ibu mertua. Oh, pehlish. Awal-awal lagi korang akan direjek. Itu dah pasti.

Orang lelaki yang mampu membimbing girl yang hidupnya tak ada arah pedoman adalah lelaki yang terbaik dalam mukabumi ni. Bukan calang-calang orang boleh buat macam tu. Sebab kekuatan itu perlu ada. Kalau tak kuat silap-silap dengan korang-korang sekali akan diheret ke dalam api neraka. Mahu begitu? Oh. Dah tentu korang tak nak kan?

Bukan kehendak girl tu untuk jadi tak baik. Kadang-kadang keadaan sekeliling yang memaksa. Oleh itu mari kita berdoa agar orang yang kurang baik menjadi lebih baik, dan didoakan semoga gadis-gadis comel dimukabumi ini akan bertemu dengan penyelamat yang dinanti-nanti.





2 comments :

  1. Sifat ego membatasi segala namun rasa cinta penuh rela pasti terlonjak jika tanpa kekangan nafsu. Redha di atas ketentuan Ilahi adalah kayu ukur keimanan (setelah mengambil kira ciri mengikut Sunnatullah). Syabas kepada insan yang ingin mencuba dengan penuh yakin, sabar dan setia (;-

    ReplyDelete