Assalamualaikum
Selamat petang.
Mata bengkak. Bengkak sebab macam-macam sebab yang bersebab. Hai gadis-gadis comel
yang selalu bengkak mata. Bengkak sebab menangis tanpa hala tuju dan pedoman.
Dan hello kepada jejaka-jejaka hemsem. Yang bengkak hati. Bengkak hati dan
makan hati. Sangat pedih tahu.
Setiap manusia
ada kehidupan sendiri. Aku pun ada life aku. Dalam dunia ni tak ada manusia
yang tidak ada masalah. Kenapa kena ada masalah? Sebab masalah itulah yang akan
dekatkan diri kita dengan Allah. Tapi itu untuk orang yang boleh berfikir la.
Kalau yang otak dungu tu dorang tak akan dekatkan diri dengan Tuhan. Dorang akan
buat benda diluar batasan agama.
Bila ada masalah
kita akan anggap benda tu sebagai bebanan. Dan bila masalah itu makin rumit
kita akan anggap benda tu sebagai sesuatu yang tidak adil. Ya. Kita akan rasa
memang tidak adil. Kenapa orang tu boleh kawen dengan mudah? kenapa kita tidak?
kenapa orang tu boleh kawen dengan orang yang dia cinta? Kenapa kita tidak? kenapa
orang tu boleh dapat apa yang dia nak? Sedangkan kita tidak? tidak adil la tu
kan? Ya. Tidak adil untuk orang yang tidak kuat imannya.
Allah telah
tetapkan setiap sesuatu untuk kita. Kita sebagai hambaNya kena pasrah dan redha
dengan setiap ketentuan dariNya. Apa kamu fikir benda yang baik dan
menyeronokkan untuk kamu itu adalah sesuatu yang terbaik untuk hidup kamu? Oh.
Pehlish. Tidak ya. Benda yang indah-indah pada mata kasar kita adakalanya boleh
datangkan mudarat dalam hidup. Kita tak tahu. Tentang masa depan. Kita tak tahu
apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Aku tahu bukan
mudah untuk kita terima hakikat yang pada zahirnya nampak seperti tidak adil.
Kerana kekuatan hati dan emosi sangat mempengaruhi. Aku berharap agar korang
yang meraung kerana ketidakadilan ini mendapat kekuatan untuk menghadapi
kenyataan. Bahawa sesungguhnya setiap yang sulit itu pasti akan ada kemudahan.
Percayalah dengan janji Allah. Ingat dan yakinilah. Janji Allah itu pasti.
No comments :
Post a Comment