Assalamualaikum
Selamat malam
kepada gadis-gadis yang masih mengharap. Mengharap kepada sesuatu yang tak
pasti. Dan selamat malam jugak kepada jejaka-jejaka yang terlalu berharap. Berharap
akan ada keajaiban berlaku dalam hidup ini.
Berharap dan
mengharap tentang sesuatu yang nampak seperti tak mungkin akan terjadi adalah
sesuatu yang sangat sakit untuk diterima. Tapi kita tak boleh lupa. Tak ada
sesuatu yang tak boleh berlaku. Tak ada sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Sebab
kita berada dibawah kekuasaan yang Maha Esa.
Kun Fayakun.
Jadilah. Maka jadilah
ia.
Allah jadikan
kita sebagai manusia yang cetek ilmunya. Yang kadang-kadang tak tahu apa-apa
tentang sesuatu perkara. Nak nak pulak tentang masa depan. Tak ada manusia yang
tahu tentang masa depan sendiri. Usah cakap masa depan. Beberapa minit hatta
saat selepas ni pun korang tak akan tahu apa akan jadi pada diri korang. Matikah?
Hidupkah? Semua berada dalam genggamNya.
Apa yang berlaku
dalam hidup kita sebenarnya penuh dengan nilai-nilai keajaiban. Tentang perkara
yang tak dijangka akan berlaku. Tentang perkara yang tak terlintas akan
terjadi. Kehidupan kita
telah diatur oleh Allah. Yang telah menjadi suatu rahsia besar yang tak mungkin
satu manusia pun akan tahu tentangnya.
“Kenapa aku
bertemu dengannya kalau begini pengakhiran yang aku perlu terima?”
Setiap sesuatu
itu telah diatur oleh Allah. Dan setiap yang berlaku itu adalah berlaku atas
kehendak dan takdir Allah. Kerana Dia lebih mengetahui tentang yang tersurat
lagi yang tersirat. Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa. Berdoalah dengan
penuh pengharapan.
Semoga kehidupan kita diakhiri dengan sesuatu yang membahagiakan. Bahagia di dunia dan di sana.
No comments :
Post a Comment