Assalamualaikum
Selamat malam. Hai
gadis-gadis comel yang comel. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang hemsem. Selamat
membengkakkan mata dan muka sendiri. Kalau orang tengok memang tak selamat,
sebab mata dan muka yang membengkak tanpa arah tuju dan pedoman sangat huduh untuk
dipandang. Hu.
Dalam dunia ini,
nikmat yang paling dicari-acari oleh umat manusia adalah nikmat ketenangan
dalam diri. Bila korang tenang otomatik korang akan rasa bahagia. Bila korang
rasa bahagia otomatik hidup korang akan rasa dilimpahi kasih sayang. Dan bila
korang rasa kasih sayang itu maka otomatik perasaan tenang akan menjelma. Ia akan
berputar-putar. Rasa hidup tu lengkap. Rasa hidup tu penuh. Tak perlu duit
berkepok-kepok. Hanya sekadar secukup rasa saja. Penuhi keperluan. Sikit tapi
cukup.
Alhamdulillah.
Bukan senang nak
rasa tenang kalau jiwa selalu rasa tak keruan. Kalau jiwa selalu rasa kena
garu-garu. Disebabkan oleh pelbagai sebab musabab. Perasaan tenang adalah
sebuah perasaan yang sangat susah nak diungkapkan. Perasaan yang tersangatlah
kool and steady. Yang Allah saja tahu apa rasanya.
Alhamdulillah.
“Aku jadi macam
ni sebab dia. Segalanya hancur. Masa depan aku kabur. Kenapa tinggalkan aku
bersama harapan yang terkubur?”
Gundah gulana
akibat cinta adalah antara perkara yang maha hebat melanda hati manusia. Korang
tengok, banyak hidup manusia lingkup sebab cinta. Tak kira apa status kamu. Kamu
tu kaya ke, berharta banyak ke, kalau sekali frust sebab cinta boleh buat korang
jatuh menonggeng-nonggeng. Rasa macam dah tak boleh nak hidup kat dunia ni dah.
Alhamdulillah.
Hidup lengkap
segalanya. Ada duit. Ada orang tercinta tapi belum dapat menjamin yang korang
akan dapat sebuah ketenangan hati yang hakiki. Berbaliklah kepada pangkal
jalan. Berbaliklah ke pangkal Tuhan. Serahkan diri bulat-bulat kepada yang Maha
Esa. Sebab ketenangn itu ada wujud bila kita ada dekat denganNya.
Alhamdulillah.
Terima kasih
Allah.
sebab tu kita tak boleh cinta kpd makhluk melebihi cinta kepada Allah..kalau cinta kepada Allah melebihi segalanya..saat hilang cinta makhluk, senang je boleh cakap macam ni "alahaii..apa sangat pun. Allah tetap ada untuk sayang pada aku. dan DIA memang sentiasa sayang pada aku..Pasti DIA akan bagi yg lebih baik lagi." :)
ReplyDeletejust my 2cents..
Kadang2 xsemestinya org yg kita syg tu milik kita..mngkn bkn allah pasti tahu yg terbaik utk hambanya..
ReplyDeleteJgnlh kita menyalahkan takdir..
Segalanya dh tertulis..
Org yg jauh blh trm hakikat tu..