Assalamualaikum
Selamat petang
hari sabtu. Hari sabtu kalau dapat jalan-jalan dengan orang yang tercinta mesti
best kan? Eceh. sikit-sikit cinta. Macam la hidup kat dunia ni tujuan utama nak
bercinta. Haih. Hai gadis-gadis comel yang sedang mencari arah tuju hidup dan
hello kepada hemsem-hemsem boy yang sedang menimba ilmu agar mampu membimbing
surihati korang menuju keredhaan Illahi.
Dalam hidup ni
semua orang tahu nak seronok je. Kalau boleh tak nak susah. Nak happy. Nak
gembira. Nak bahagia. Semuanya nak. Lebih-lebih lagi dengan orang yang kita
sayang. Tapi hakikatnya kita lupa. Asal usul kejadian kita. Kenapa kita
diciptakan. Kenapa kita ditempatkan disini. Rasa seronok dan khayalan tu dah
buat kita jadi lalai dengan tujuan asal kejadian dan penciptaan kita.
Aku pun tak
terkecuali dari benda tu. Sangat penipulah kalau aku kata aku tak fikir tentang
benda yang seronok dan best-best kat bumi yang fana ni. Bila dah besar yang tak
berapa nak besar ni, aku selalu terfikir dan berfikir. Aku ni nak jadi apa
sebenarnya. Lawyer? Dokter? Majestrit? Oh. Pehlish. Bukan itu yang aku mahu.
Jiwa aku kosong kot. Nak nak pulak time aku muda mudi. Belia remaja. Even aku
bukan tergolong dalam golongan yang social. Aku bukan minah rayap tapi suka
terperap kat rumah. Aku jugak bukan minah lepak. Apatah lagi minah rempit
mahupun geng bohsia. Itu bukan ketegori aku.
Waktu tu aku
suka sangat baca tentang hal yang boleh bagi aku ilmu. Ekonomi. Dunia. Semasa.
Politik. Semua aku tahu. Tanya je semua aku boleh jawab. Aku tak pandang
buku-buku agama ni. Apatah lagi lagu nasyid. Serius. Aku tak layan langsung
nasyid. Bila dengar jiwa aku rasa nak memberontak. Aku hanya dekatkan diri aku
bila time nak solat dan mengaji ja. Lain daripada tu out. Huehue.
Sampailah suatu
hari tu Allah telah bagi aku sesuatu yang cash. Hahah. Hambik kamu mardiana.
Kerek sangat. Lupa dengan kuasa Allah. Lama gila kot aku mengalami fasa
kemeroyanan yang tinggi. Tapi aku berlagak kool. Konon tak ada apa-apa masalah.
Waktu tu aku fikir, kenapa kawan-kawan aku tak jadi macam aku? Haih. Ini tidak
adil. Aku mengalami penyeksaan batin yang nyata. Huahua.
Aku kenal
tentang buku-buku agama ni bukan waktu aku tengah meroyan. Tapi kebetulan time
tu mama aku suruh kerja. Asyik membesarkan badan je. Apa kejadah pulak. Income
tak masuk. Buat pehabeh beras. Tak kira lah kerja apa pun. And then waktu
tengah meronda mama aku nampak ada job kosong kat kedai buku. Arggghhh! Hati
aku memberontak. Tapi aku tak tunjuk. Tak mahu kerja kat situ. Ditakdirkan
Allah dari situlah aku mula kenal apa itu ilmu agama. Huehue. Jahiliyah sungguh
aku kan?
Bermula dari
situ baru aku sedar tentang tujuan utama hidup. Bukan hendak memenuhi tuntutan
hidup kita sebagai manusia tapi hakikatnya adalah lebih daripada itu. Untuk
memenuhi kehendak kita sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta.
Terlalu panjang
dan tragis perjalanan hidup aku. Hingga saat ini, dugaan masih ada dan masih
berlaku. Aku redha dengan takdir dan ketentuan Illahi. Kerana Dia lebih mengetahui
tentang sesuatu yang terbaik buat hambaNya.
Allahu Akhbar.
No comments :
Post a Comment