Assalamualaikum
Selamat siang
yang macam malam. Untuk orang yang kuat tidor, siang bagaikan malam. Apatah lagi
malam yang dah tentulah malam. Pagi petang siang malam kalau boleh keje nak tidor je. Hai gadis-gadis comel yang suka tidur dan hello hemsem-hemsem boy yang kaki tidur. Apa khabarkah anda? Wah. Tengah tidur?? Bagus.
Tidur adalah ibadah. Ya ibadah kalau kena pada tempat, gaya mutu dan keunggulannya. Ni kalau pantang ada masa je nak tidur. Ada ruang je nak tidur. Asal terlentang tidur. Asal tergolek je tidur. Bila masa tak tidurnya pun ntah. Huahua.
Orang cakap tidur adalah masa yang terbaik untuk melihat ke"cute"tan seseorang manusia. Atau dalam bahasa mudahnya kecomelan. Time tidurlah korang akan tengok betapa comelnya empunya wajah itu. Waktu tu muka korang tak boleh nak menipu. Tak mungkin korang boleh berdrama swasta time tidur. Apa korang ingat korang tu erra pajira atau aeron ajis ke nak berdrama-drama. Kalau nak tidur, tidur je. Tak payah nak berdrama swasta sangat. Buang masa kamu tahu.
Antara lelaki dan perempuan yang manakah lebih kuat tidur?
Aku tak tahu sebab aku tak buat kajian lagi. Tapi biasanya orang cakap lelaki lebih kuat tidur berbanding dengan perempuan. Sebab biasanya kalau melibatkan perangai yang huduh-huduh ni semuanya orang cakap perangai lelaki. So aku pun cakap lelaki kuat tidur la jugak. Hahahak. Perempuan kuat tidur sangat huduh untuk dipandang. Serius. Asyik tidur je. Bila masa nak mencomelkan diri ye tak? Bangun tidur je dah mengalahkan kak limah.
Orang cakap orang perempuan kalau tidur sesungguhnya dorang ni akan nampak cute. Nampak tak bersalah je muka. Eceh. Tu sebabnya aku suka tidur. Bagi tujuan untuk memelihara tahap kecomelan agar berada pada tahap semaksimum yang mungkin. Huehue. *Alasan*
Nak tidur boleh tapi jangan overdose. Sebab sesungguhnya barang siapa yang suka tidur, kaki tidur, kuat tidur dan yang seumpama dengannya maka otak beliau akan lembab macam Nobita. Kamu nak jadi macam Nobita? Dungu je mamanjang. Nak mengorat Sizuka pun tak reti-reti. Lepas tu kerja sekolah tak nak buat. Asyik nak tidur je. Bila Giant buli nangis-nangis cari Doraemon. Insaf dan buat balik perangai huduh kuat tidur tu.
Oleh itu jangan kuat tidur sangat. Takut terbawak-bawak time kerja. Kang kena pelempang dengan boss, sentap pulak.
Heh.
Heh.
No comments :
Post a Comment