Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 28, 2011

sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan

Assalamualaikum

entri kali ni aku nak cerita pasal nafsu. berbelanja ikut nafsu, makan ikut nafsu, bertindak ikut nafsu, tengok orang pun bernafsu. hoho. okei. semua orang ada nafsu. kamu, kamu, dan kamu pun ada nafsu jugak. nafsu ini perlu untuk disalurkan melalui saluran yang betul. kalau tak betul maka terjadilah onar. onar buang baby, onar buat maksiat, macam-macam jenis onar lah.

nak berperang dengan nafsu bukan senang tau. macam nafsu makan, tengok macam-macam jenis makanan ada, dan dan time tu jugak nafsu makan menjadi-jadi naiknya. macam tu jugak kalau nafsu bershopping. tengok pulak ada sale. memang syiok habis. tu belum lagi nafsu-nafsu syaiton yang lain. memang haru kalau tak dapat nak kontrol. tapi kita wajib lawan nafsu sebab syaitan tak kan dapat kuasai manusia tanpa nafsu. contohnya kes seks bebas. semua tu sebab dorongan nafsu. bagi merancakkan lagi suasana agar lebih hot, syaitan pun hasut-hasut buat maksiat. semuanya bermula dengan nafsu. kalau korang tengok orang pun tak bernafsu macam mana nak buat maksiat kan.


ada orang kalah dengan nafsu. dia tak cuba nak elak daripada ikut nafsu. ikut ja apa yang nafsu suruh buat. nafsu ni benda yang kita suka. kalau tak suka tak bernafsu namanya. ada juga orang yang berjaya lawan nafsu tapi nak lawan nafsu bukan mudah sebab perlu untuk ada kekuatan dan usaha yang konsisten.

bila kita cuba nak lawan nafsu tu, apa yang penting kita kena ingat yang Allah akan menilai usaha kita dan bukannya menilai samada kita dah sampai ke hujung jalan atau tidak. 

"katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengehtahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan," surah annur ayat 30. 


ok. nak kawal nafsu ni kena ada strategi. benda yang paling penting kita kena buat adalah tahan sumber kekuatan nafsu dengan berpuasa. bila perut lapar dan dahaga, ia boleh melemahkan semangat dan keinginan fisiologi dan biologi. tutup sumber kekuatan nafsu, mata kena jaga, telinga, kaki, tangan. cuba kawal tapi bukan sekat. paling penting sibukkan diri dan korbankan diri dengan ibadat. bila busy dengan ibadat insyaAllah kita tak sempat nak ingat nak buat maksiat.

macam mana nak mulakan? emm.. apa yang penting mula kan secara perlahan-lahan takat kemampuan kita. jangan terlalu tekankan diri sangat sebab ia mungkin akan bagi tekanan pada korang. tapi walaupun mula perlahan korang kena pastikan apa yang korang buat tu adalah secara konsisten. bak kata orang sikit tapi selalu. nak buat benda ni kita kena mula as soon as possible. kalau kita tangguh dan tangguh nanti lama-lama diri kita jadi payah nak buat sebab dah sebati hidup berlandaskan nafsu.


ilmu penting kalau kita nak berubah. sebab dari situ kita akan tahu tahap mana kita berada. kita kena kuatkan hati dan berazam yang kita boleh lawan nafsu tu. ikut nafsu akan bawa kepada penyeksaan. penyeksaan jiwa semasa hidup dan penyeksaan diri kita bila kita dah tiada lagi di bumi ini.

seelok-eloknya cari orang yang boleh bimbing kita. kawan dengan orang yang boleh bagi teguran dan ingatkan kita. dan rajinkan diri join program amal dan ibadat. dan paling penting sentiasalah berdoa kepada Allah. insyaAllah. kerana ikut nafsu sangat la yang buat kita jadi buta. maksiat sana sini. buang baby. rogol bunuh dah jadi perkara biasa. 


surah an-nazi'at ayat 40-41: "dan ada pun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keiginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tiggalnya."

No comments :

Post a Comment