Assalamualaikum
I.K.H.L.A.S. dah nama pun ikhlas jadi dah tentulah kita tak harap kepada apa-apa balasan. tapi korang pernah tak dengar ungkapan lebih kurang macam ni bunyinya;
"aku buat kerja ikhlas, macam ni dia balas?"
ikhlas kah kita bila kita ungkit kembali apa yang dah kita lakukan? wallhualam. aku tak pandai nak ulas benda macam ni. cumanya disini aku nak bincangkan tentang dilema bila kita berbuat sesuatu, apa yang kita buat tu tak dihargai dan hanya dipandang sepi. senang cerita macam kita ni tak wujud je. padahal kita adalah antara penyumbangnya.
ada setengah orang kerja bagai nak rak, bertungkus lumus bagi idea. kerja dengan sangat komited, tapi tak dihargai. naik pangkat usah harap lah. naik gaji, tinggal harapan. berbanding dengan setengah orang, kerja relek je. kerah tenaga dan otak orang untuk bagi idea pada dia, tapi last-last dia yang dapat habuannya. memang tak patut. dan waktu tu mesti kita akan rasa;
lumrah manusia kalau buat sesuatu mesti dorang harap kepada balasan. siapa yang tak nak kan? sekurang-kurangnya nyatakan penghargaan. bila kita dihargai kita akan rasa macam apa yang kita buat tu dipandang serius oleh pihak lain. rasa macam... rasa macam best kot bila orang hargai hasil kerja kita. rasa macam lubang hidung ni tak henti-henti kembang kempis bila orang puji. haha. tapi tak payah puji pun tak apa, memadai dengan ucapan terima kasih pun dah kira okei jugak.
kadang-kadang tu bila dikenang-kenangkan rasa macam tak berbaloi je apa yang dah kita buat, apa yang dah kita sumbangkan. tapi kita tak sedar sebenarnya apa yang kita buat selama ini sebenarnya sudah terbalas. bukan balasan melalui kerja yang kita buat tetapi Allah balas melalui bentuk lain. habuan yang kita sendiri tak sedar. sebab biasanya bila kita buat sesuatu kita harap balasan atau penghargaan yang kita dapat tu adalah dalam bentuk yang sama jugak.
aku pernah borak-borak dengan sorang makcik ni. dia cleaner kat tempat kerja aku. dia cerita tentang betapa susahnya dia nak sara family dia dengan gaji hanya RM450.00. dia jugak cerita tentang betapa sombong dan bongkaknya orang-orang yang menganggap diri mereka high class memandang rendah terhadap diri dia yang hanya bekerja sebagai cleaner. dia cakap dia agak penat buat kerja macam tu tapi dia tak ada pilihan. korek punya korek aku dapat tahu yang anak dia dua orang tengah study engineering kat UTM dan yang kecik study kat MRSM. terdiam aku sekejap. sebenarnya makcik tu sangat bertuah. walaupun dia kerja cleaner, orang tak hargai apa yang dia buat, tapi Allah bagi kurniaan yang lebih hebat.
jadi kesimpulannya apa yang kita buat tak semestinya akan dibalas sama seperti yang kita harapkan. apa yang penting jangan mengharap kepada balasan daripada manusia sebab manusia tu sendiri pun tak sempurna. ^^
"aku kerja penat-penat, tak boleh ke dorang hargai apa yang aku buat?"
"nak resign lah kalau macam ni!"

No comments :
Post a Comment