Assalamualaikum
entri kali ni aku nak cerita pasal jodoh. sangat sesuailah dengan musim kahwin sekarang ni. kawan-kawan aku pun ramai yang dah bertemu jodoh dan ada yang akan bertemu jodoh dalam masa terdekat ni. congratulation to all of you. semoga berbahagia sampai akhir hayat.
okei. ladies and gentlemen. tadi waktu aku merayap-rayap aku terjumpa satu blog ni. agak menarik dan tertarik jugak entri-entri dia. dan dalam banyak-banyak entri tu aku agak suka dan agak teruja dengan penulisan dia yang bertajuk "jangan risau bila tiada jodoh". kredit untuk beliau manjemusyuk. nickname yang tersangat la eeww eeww. aku tak pasti tuan empunya ni gugurl or boboi. tapi nampak gaya mesti cute gugurl ni. ^^
dalam entri tu dia cerita pasal cinta. pendek je nukilan dia tak panjang macam aku selalu mengayat. bila bercerita pasal cinta, budak kecil zaman sekarang pun tahu pasal cinta. cuba kalau kita sakat sikit, mula la ehem-ehem, malu malu, tersengeh tersipu semua ada. budak dah besar apatah lagi. lagi expert. tu belum masuk lagi bab orang yang dah terlebih besar.
hakikatnya cinta diciptakan oleh Allah agar kita dapat ketenangan hati dan dapat bagi kesenangan pada pasangan kita. bukan untuk cari pasal lepas tu gaduh-gaduh. lukakan hati dia. apatah lagi untuk dipukul-pukul. bukan ya. please don't do like that. tak suka tau.
"Aku akan pertahankan dirimu bila kau dicerca oleh sesiapa saja.."
"Sampai bila?""Selama aku masih hidup"
"Selepas kau tiada?"
"Aku tahu kau tabah..."
"Bagaimana jika kau sudah tak lagi mencintaiku..siapa akan membela nasibku?"
"Itu tak mungkin berlaku"
"Hari ini kau kasih padaku. Esok belum tentu.."
huhu. sadis pulak dialog dia.
aku pasti korang mesti tahu yang cinta hakiki adalah cinta kepada Allah. cinta manusia tak akan kekal lama. dan sesungguhnya cinta tak semestinya akan diakhiri dengan perkahwinan. tapi siapa yang nak macam tu kan. semua orang nak cerita cinta dia happy ending punya. tapi kita manusia hanya merancang dan Allah yang tentukan semuanya. kita kena terima kena redha. hati kena kuat!
gugurls and bobois yang belum kahwin-kahwin lagi disarankan agar jangan berputus asa untuk berdoa kepada Allah. berdoalah dengan yakin bahawa jodoh korang memang ada. ada tu.. mesti ada punya. sebab Allah telah menyatakan bahawa Dia dah ciptakan setiap makhluk tu berpasangan. termasuklah kamu, kamu dan kamu.
tapi macammana pula sampai mati kita tak kahwin? jangan risau ya sebab Allah akan temukan jodoh kita dengan pasangan yang juga tak bertemu jodoh semasa didunia. aku pernah dengar ceramah tapi tak ingat siapa yang bagi ceramah. dia cakap Allah akan sandingkan pasangan tersebut dengan pasangannya yang telah dipilih oleh Allah di syurga kelak. insyaAllah.
kepada bobois out there sebelum kahwin sila penuhkan ilmu di dada dulu. pastikan nanti korang mampu bimbing isteri yang korang cintai itu. bukan mampu pukul belasah macam dia sorang je ada perasaan orang lain tak ada. perkara itu perlu dielakkan. penuhkan ilmu di dada macam abang salih yaakob kita tu. sampai semua kouta full. huhu.
kepada girls prepare yourself dengan benda yang patut korang prepare. aku sangat sarankan korang penuhkan ilmu di dada korang dengan ilmu seni mempertahankan diri selain daripada seni kulinari. sebelum ada mana-mana kaki dan tangan hinggap dimana-mana badan kita baik kita beware. aku rasa tak salah kot sebab kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi pada masa depan bukan.
Salam kenal..& thanx :)
ReplyDeletejgn segan2 merayap lg ke blogku syurgaku, eheh :P